Selamat Hari Polis buat warga Polis !

by - Sabtu, Mac 25, 2017

Hari ni eh Hari Polis ? Hehehe... Aku respek sungguh mereka yang sanggup bergadai nyawa menjadi pasukan keselamatan negara ni.. Walaupun bergaji kecil , masa untuk keluarga tak menentu, nyawa senantiasa terancam tapi mereka tetap memilih untuk setia dengan kerjaya ini. Tabik ! 
Teringat aku ketika aku di usia 26 tahun. Ketika tu ada tawaran jawatan Inspektor dan aku ada memohonnya. Diterima untuk induksi selama dua minggu kalau tak silap aku.. ke seminggu ? Di Pulapol KL. Aku bangga giler laa dapat masuk tapi arwah ayah tak beberapa minat. Aku tau dia ada pengalaman 'kurang best' tapi dia tak menghalang. Dia kasi jer dan senantiasa beri semangat dan nasihat. 
Hari yang ditunggu tiba. Aku jejakkan kaki ke dalam Pusat Latihan Polis. Bangga siut ! Maklumlah , dari kecik dok tengok cerita polis. Aku tengok ramai calon yang berkelayakkan disitu. Satu cabaran jugak untuk bersaing bersama mereka termasuk dengan anggota anggota yang memohon kenaikkan pangkat secara lantikan.
Aku ditempatkan satu dorm bersama anggota anggota KPSL. Cuak aku. Tapi diorang sangat bagus. Tak la nak poyo malah berkongsi pengalaman.Di situ aku memikir semula tindakan aku. Apakah benar aku nak jadi polis ?? Secara jujurnya , aku mintak polis ketika tu sebab takda kerja tetap. Dan aku memikir hala tuju aku sebagai polis. Dengan usia begitu , poket kering.. iman lak satu hal ! Aku rasa aku mampu mencemar nama baik PDRM ! Aku tak nak buat gitu. Aku boleh malukan mereka dan juga keluarga malah boleh membahayakan keluarga.
Aku berdoa pada Allah.. mintak jalan keluar andai aku tak sesuai dengan pekerjaan ni. Aku lulus ujian fizikal tapi ketika ujian psikologi , aku kantoi pakai cermin mata walhal ramai calon lain jugak rabun cam aku. Aku terlupa. jangan pakai cermin mata. 
Dan saringan pertama dibuat.. nama aku dipanggil. Ramai rakan rakan dalam tu tak percaya. Mereka kata aku layak masuk tapi aku redha. Air mata aku mengalir.. teringin nak jadi polis dan berkhidmat untuk negara tapi aku tau ,perancangan Allah lebih bagus untuk aku di masa hadapan. Aku keluar dari Pulapol dengan berat hati. Tak pe laa.. 
14 tahun kemudian.. di sini aku. Walaupun tak bergelar pegawai polis , aku tetap berjaya menjadi 'sebahagian' dari membantu mereka.. walaupun kecik je sumbangan aku tapi aku tetap berbangga.. Sapa sangka kan ? Hehehehe

image
Dan paling membanggakan aku , dalam kelab komuniti blogger yang aku tubuhkan , ada pegawai polis join sama ! Cantik kan perancangan Allah ? Sapa sangka , kan ? Alhamdulillah.. Dan aku bangga dengan pencapaian mereka sebagai blogger. Mereka buktikan dalam kesibukan menjaga keamanan negara , mereka juga mampu mengejar cita cita mereka dalam dunia media sosial. Tahniah. 
Buat Puan Shiqeen Sattar dan Puan Noraini serta suami mereka yang juga pegawai polis , terima kasih atas sumbangan kalian pada negara dan semoga puan berdua kekal bersama kami, #KBBA9 walaupun dah punya nama sebagai blogger top gitu.. heeee.. 
Selamat Hari Polis buat semua ! Kita juga polis walaupun takda kuasa.. hehehee.. 

You May Also Like

5 comments

  1. Selamat hari polis untuk kak SS DAN kak umminani

    BalasPadam
  2. Salute Mr Ben....Blogger Hebat n Terbilang. Saya Terharu dgn Coretan Anda Pada Hari Ini...210 Tahun PDRM. A very BIG TQ krn Support n Berkongsi rasa dgn PDRM. KIPIDAP .....
    DR BAKRI ZAINAL ABIDIN

    BalasPadam
  3. bangga dengan kawan polis kita ....semoga mereka berdua terus berjaya dalam dunia kerjaya dan dunia blogger

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas sokongan KBBA9. Tahniah Ben!

    BalasPadam
  5. Juju baca entry ini rasa sebak ben!
    Banyak betul pengalaman ben ya...dulu nak jd polis...tp hebat perancangan Allah ni...akhir sekali ben berjaya menjadi blogger yang disegani...malah berbakti kepada kami blogger yang mentah utk bersama dalam group...

    banyak jasa ben...selamat hari polis!

    BalasPadam