Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] [27] [28] ..
"Entahlah Riana. Bukan mudah nak membuka pintu hati untuk menerima kehadiran cinta yang baru. Takut dikecewakan lagi. Sungguhpun itulah satu pertarungan. Kalah atau menang , belakang cerita. Yang penting menyahut cabaran. Masalahnya , nak menyahut cabaran tu yang susah. ".
Balas sms aku. Rasanya abis jugak prepaid aku malam ni.
" Pergh.. tak sampai 10 saat dah balas ? Nampak sangat tengah sunyi.. Nape tak layan si Wan ?? ". Hati aku berbisik sambil membalas sms Riana
" Cuba korek rahsia nampak ? Hehe..Gurau je.. Ada la sorang yang Ben berkenan tapi dia pulak tak berkenan kat Ben. Maklumlah , kita ni bukan ada rupa sangat sampai ada orang nak pandang kita kan ? Hehehe... "
Aku balas kembali smsnya. Selepas itu aku hantar sms pada Wan . Bertanyakan di mana dia berada dan apa yang sedang dilakukannya.
" Hahaha.. Adawiyah ?? Takkanlah dia nakkan Ben .. haha.. Dia tu kan ramai peminat di Facebook. Tak pe la , Ben senang begitu. Biarlah segalanya rahsia dan hati ini saja mengetahuinya.. Jika sampai masanya , maka terbuka dengan sendirinya pintu hati ini.. Hampir dah nak terbuka ni .. Pasni nak sambung update blog .. Itulah kekasih hati Ben ..Hahaha..Bye , Wsalam.. "
Sms dihantar kembali kepada Riana. Dan itulah sms terakhir. Manakala dari Wan , hampeh ! Sahih dating. Entah bila nak insaf pon tak tau .
"Eh... Adawiyah online ! ". Tiba-tiba hati aku kembali ceria. Lewatnya dia online.