Akan ku miliki hatimu itu .. (26)

by - Rabu, September 14, 2011

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] [26] ..

 

"Kenapa Ben nak jumpa Riana ? Tak cukup lagi ke mainkan Riana ?? Ingatkan Ben ngan Wan adalah kawan dan teman yang jujur .. Tapi ?? Sampai hati korang !! ". Perlahan seolah-olah menahan sebak di dada.

 

"Hurm.. Memang salah Ben sebab subahat dengan Wan. Tapi percayalah , Wan mmg sukakan Riana ( dan Ben pon ! ). Mungkin sikap dia tu masih belum diubah. Riana sendiri tau Wan tu kaki perempuan sewaktu di sekolah kan ? Kenapa Riana mencuba nasib ? Tau sendiri balanya kan ? ". Aku cuba bermain psikologi dengannya. Part ni , biasanya aku memang bagus.Maklumlah , pengalaman.

 

"Betul ke Wan sukakan Riana ? ". Makin lembut kata-katanya. Tidak seperti mula tadi sewaktu aku menelefonnya untuk berjumpa di cafe.

 

"Kalau tak suka , takkan la Wan beria mintak Ben jumpa Riana ? ( Padahal tak pon. Aku kesian tengok mamat tu dok murung memanjang. ) .. ". Aku memandang wajah Riana. Senyum.

 

" Maafkan Ben yer.. Kita masih berkawan kan ? ". Senyum lagi seolah-olah nak pikat Riana lak lagak aku.

 

"Baiklah.. Ni peluang kedua. Kalau selepas ni Wan tipu Riana lagi , Riana takkan bagi peluang dah ! Ok ? ". Riana tengok muka aku. Senyum padahal bagi amaran. Kalau jadi polis trafik ni , sahih takde kereta kena saman.

 

"Nanti Ben bagitau Wan suruh ubah perangai buaya tembaga dia tu. Ben cuba ye ? ". Dalam hati aku , aku sendiri kurang yakin sebab tabiat dia tu umpama bayang-bayang dirinya. Dah melekat !

 

" Terima kasih Ben sbb sudi jelaskan pada Riana.. ". Kembali ceria di wajahnya.

 

" Takde apa yang perlu berterima kasih pon.. Eh , mana Adawiyah ? ". Aku tercari-cari wajahnya di sekitar cafe itu.

 

" Oh.. tadi Riana bagitau Ada yang Ana nak jumpa Ben kat cafe. Pastu dia kata dia nak balik terus. Tak sihat katanya.. Kenapa ? Rindu kat dia ke ? ". Riana berkerut dahi.

 

" Eh , takde la.. saja tanya...Kan korang berdua cam kembar siam. Kemana-mana berdua jer.. ". Aku nafikan padahal memang pun rindu. Dah berhari tak nampak muka dia .

 

" Tak pe la, nanti Ben cari dia di Facebook je yer.. Ben balik dulu yer .. Assalammualaikum... ". Terus aku berlalu dari situ. Hati aku tertanya-tanya .. " Cemburukah Ada ?? "

 

-SAMBUNG-

 

"

You May Also Like

9 comments

  1. Macam mana la muka Ben tu tatkala dia kata " Maafkan Ben yer.. Kita masih berkawan kan ? " hahahahhahaaa...

    BalasPadam
  2. xmo laa abg ben kwn ngn riana.. nk abg ben kwn ngn adawiyah.. lgpun mcm best je klu anon tu adawiyah.. waaaa smbung lgi abg ben.. ;))

    BalasPadam
  3. xmo laa klu riana dpt kat abg ben.. xmo xmo.. x best sbb riana xde prsaan kt abg ben.. kan best klu abg ben accept Ada.. hti sy pun kuat menyatakan anon tu Ada.. kn abg ben kn? lalala~

    BalasPadam
  4. nape lah abang ben bagi peluang lgi kat wan tu? demm semenyih tol la... aduhai...

    BalasPadam