Akan ku miliki hatimu itu .. (25)

Episod [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21] [22] [23] [24] [25] ..

 

" Hurm.. aku nak kata apa dah .. Kau sendiri yang cari pasal .. Dan tak pasal-pasal Riana tuduh aku subahat .. Nak salahkan dia pon tak boleh sbb memang aku subahat pon ngan kau ! Apa kata kau tackle ramai lagi awek awek supaya ramai lagi kena tipu ? Aku pon leh tolong kau.. Leh sama sama masuk neraka kan ? ". Geram terpancar diraut wajah aku.

 

" Sori la Ben. Aku dah try pujuk dia. Tak jalan. Aku tak sangka lak dia leh nampak aku dengan Rozita sewaktu nak keluar dari KLCC tu selepas kau call bagi amaran kat aku tu.. Haihhh... ". Wan menunduk sepi.

 

" Kau ni betul ke sayangkan Riana atau sekadar nak lengkapkan koleksi ? Kalau betul , kenapa kau buat begitu ? Pasang sana sini ? Ingat baik sangat ke mainkan perasaan perempuan ? Kau tu pon ada adik perempuan. Jangan lupa tang tu.. ". Aku mula 'pegang microfon'.

 

"Hurm... ". Wan diamkan diri..

 

" Kau betul-betul nakkan dia ke ? Kalau tak nak , aku amik kanggg...". Aku saja ugut Wan.

 

Sekadar melemparkan pandangan kosong pada aku .

 

"Entah.. Kau cerita je la yang benar pada dia .. Aku pun kesian kat dia. Dia tu budak baik. Lebih sesuai dengan kau kot.. ". Wan tersenyum.

 

" Amboi.. mudahnya .. Dah tak nak , baru bagi aku eh ? Haih.. Lelaki lelaki.. Tak pe la.. nanti aku bagitau dia .. Tu pon aku kena pujuk dia dulu.. Bab nak bercinta tu , aku tak pasti langsung. Hati aku ni masih tertutup. Suka tu mmg suka... Tapi bab bercinta tu.. Tu yang susah.. ". Kata aku sambul menepuk bahu Wan.

 

" Apa pon segalanya terserah pada Allah. Yang penting , belajar dan persahabatan kita. Bab awek tu , nanti nanti je la fikir.. ". Aku teruskan bicara aku.

 

" Nanti aku cuba cari Riana dan jelaskan pada dia .. Dan kau , tolong jangan kacau Riana dah. ok ? ". Aku pandang Wan.

 

Wan tersenyum kambing .

 

-SAMBUNG-

12 ulasan:

  1. sabul..=)



    smbung jer kejenya..derm

    BalasPadam
  2. baik...tak kacau dah..lagi?hehe..

    BalasPadam
  3. macamana boleh kantoi ni? hadoi... badan aku dah cukup besar sebenarnya, boleh sgt wan sembunyi kat belakang... tapi ana nampak jugak...

    BalasPadam
  4. erkkk...ada can lah abg ben hehhee...

    BalasPadam
  5. hehehehe...Ben dah ada peluang nak rapat dengan Riana!

    BalasPadam
  6. suka baca hhehehe teruskan teruskan :)

    BalasPadam
  7. dah sampai episod ni..bru nak komen..

    jgn ingat org pompuan di buat mcm tarik tali..time suka tp bt tak jujur, tapi bila taknak/kesian, bt main tendang macam bola je tau!!! :p

    huhuhu amik je laaaaaaa Ben.. :p

    BalasPadam
  8. muingkinkah?..wah nk lagi..nk lg..

    Akan ku miliki hatimu itu .. (26) plesss

    BalasPadam
  9. sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua :)

    BalasPadam
  10. makin best.rasa cm cepat2 nk tau ape ending die.huh!

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009