Apa punya bangang la cikgu sekolah ni ?

by - Khamis, September 29, 2011

 

5 murid ditegah ambil ujian UPSR kerana takut pencapaian sekolah tercalar ! Bangang ke tak bangang ??? Ni salah sapa ? Kalau rekod sekolah cemerlang , pentadbir sekolah dan guru dapat 'ganjaran' kan kalau tak silap aku ??

image

 

Aku bukan bidas semua guru laa tapi ni haaa.. kat Baling , Kedah .. Bharian melaporkan ;

 

" Lima murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Telok Sira, dekat sini, mengalami nasib sama seperti yang berlaku ke atas tiga murid sebuah sekolah di Sarawak baru-baru ini apabila dilarang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pertengahan bulan ini.

Mereka mendakwa dilarang ke sekolah dan mengambil peperiksaan itu pada 13 hingga 15 September lalu kerana disifatkan lemah dalam pelajaran serta boleh menjejaskan prestasi sekolah jika menduduki peperiksaan berkenaan.

Perkara itu terbongkar apabila ibu bapa murid terbabit tampil mendedahkan perkara itu semalam kepada media dan kesal dengan sikap pengurusan sekolah menganiaya anak mereka.


Lima murid terbabit ialah Mohd Fazli Md Isa, Mohd Zulfikar Mohd Fauzi, Mohd Zulhilmi Abd Mizan, Mohd Hakim Hasan dan Mohd Zulidham Yusof yang semuanya berusia 12 tahun.


Bapa Mohd Fazli, Md Isa Che Lah, 43, berkata dia hanya mengetahui perkara itu apabila diberitahu anaknya, seminggu selepas UPSR berakhir.


Katanya, Mohd Fazli beritahu seorang guru sekolah itu memaklumkan kepada lima pelajar terbabit supaya tidak datang mengambil UPSR kerana mereka dikatakan `bodoh' dan lemah dalam pelajaran.


“Saya kesal dengan tindakan guru terbabit yang menghalang anak saya menduduki peperiksaan, sedangkan saya bertungkus-lumus menghantarnya ke sekolah sejak Tahun Satu lagi. ".

 

Ni la dia akibat mengajar semata mata mengejar ganjaran ! Hampehhhhh....  @!$@%&$**#! ... Suruh ajar NAMAWEE tu kang baru tau ...

You May Also Like

41 comments

  1. cikgu mengong.. kata pendidik bangsa?? ni la yang terjadi bila takde keikhlasan dalam mengajar.. asyik nak kejar ganjaran semata.. cammana ilmu tu nak berkat??

    BalasPadam
  2. abang ben, tu la jadinye kalau guru tu mengajar bukan niat kerana Allah untuk mengajar murid-murid ni..

    BalasPadam
  3. cikgu2 skrg ...haih.....niat nk mngajar utk anak2 dah kurang....cume mngejar pangkat dan ganjaran saja...nk naik kan point sekolah konon...

    budak yg lemah sume di tindas...patutnye dorg la pendorong utk anak itu rajin belajar...

    BalasPadam
  4. Sebagai manusia biasa yang mempunyai hak yg sama rata, memang tidak adil kerana hak mereka dinafikan... Tak perlu menilai mereka bodoh atau tidak kerana keajaiban berlaku di mana mana...

    Dalam kes ini, Yang perlu Ben salahkan ialah Guru Besarnya, kerana jika murid murid ini dihalang menduduki peperiksaan oleh guru sekolahnya, guru besar boleh mengambil tindakan...

    Atau, mungkinkah arahan melarang menduduki UPSR datangnya daripada guru besarnya sendiri??? Mungkin kerana takut prestasi sekolah merudum...

    Maaf Ben, terpanjang...


    http://www.syima.com/

    BalasPadam
  5. kalau cikgu zaman skang pon berperangai mcm ni, apelah gaknye nasib anak bangsa kita akan dtg kan? urmm alahai!!

    BalasPadam
  6. memang hampeh lah!
    sepatutnya cikgu beri lebih galakan supaya murid2 dapat result cemerlang..

    BalasPadam
  7. @simanis

    btul tu...biasanya pengetua yang memainkan peranan dalam membuat sebarang arahan... guru2 biasa ni just folo je...

    BalasPadam
  8. kalau tak ok, bagus dalam mata pelajaran kenapa tak diusahakan supaya jadi bagus sikit dari tak bagus langsung...ni dak, bg depa gagal terus...apa da cikgu2 yg pentingkan grade sekolah semata2...memang hampeh !

    BalasPadam
  9. memang tak patut..sangat tak patut..

    BalasPadam
  10. semua pelajar berhak untuk duduk ujian..Ini hal masa depan la, alahai...

    BalasPadam
  11. ish tak patutlah halang hak sebagai seorang pelajar...

    sepatutnya sebagai seorang pendidik kena bagi galakan kat anak murid..

    BalasPadam
  12. cikgu tu takut kelemahan dia sebenarnya..tanda dia mengajar tak betul

    BalasPadam
  13. sekolah tu nak gelemer je..

    cikgu lak nak duitt.. mana tanggungjawab? patut dia mengajar betul2 sampai budak2 tu pandai..

    BalasPadam
  14. badigol soot btlla cikgu tue.. PPD kena ambik tindakan tegas nie.

    Adakah maruah cikgu akan makin tercalar?

    p/s: Korang yang suka bawak kete laju2 patut tengok senarai speed trap nie.

    Senarai Speed Trap Terbaru di Bawah Flyover

    BalasPadam
  15. Cikgu sekarang "terlalu sampai hati" dan cikgu2 zaman dulu2 lak jenis "tak sampai hati" membiarkan anak2 muridnya....tiada lagi dlm hati, anak murid kita, anak kita....Jenis yg mcm ni, dia kira anak dia jek yg sapu bersih segala kalau boleh...huh!

    BalasPadam
  16. hahaha.. memang BANGANG!!.. sungguh BANGANG!! & tersangatlah BANGANG!! (^_^).. tak sekolah punye cikgu...

    BalasPadam
  17. memang bangang cikgu tersebut. mengajar tak ikhlas. kesian budak2 tu.

    BalasPadam
  18. ntah apa yg difikirkan cikgu2 tu? mengajar pun ada makna...perlu ikhlas bila jadi cikgu ni...adui..

    BalasPadam
  19. as salam..

    sbg seorang cikgu sy terpanggil nak bagi komen kat sini..bukan sbb sy cikgu, sy nak membela apa yg diperkatakan diatas..sy anggap ia lebih sebagai kutukan tak berasas....rata2 yg bagi komen dlm entry ni mmg "sangat membodohkan" cikgu kan..

    sy akui..mmg tindakan melarang murid2 dari menduduki peperiksaan adalah satu perbuatan yg salah..dan mmg tak patut langsung..tapi tuan2 dan puan2 disini bercakap seolah2 tahu benar segalanya2 tentang siapa itu cikgu...siapa itu murid...siapa itu ibu bapa dan segala2nya tentang sekolah..kalau benar salah sekalipun..janganla mengeluarkan kenyataan sebegitu pd guru2..lebih molek kalau menggunakan perkataan yg lebih membina kpd kami sbg seorang guru..bukankah sikap kita melambangkan diri kita????

    mmg.....apa2 jua masalah...semua menunding ke arah cikgu..biasalah....bila sekolah cemerlang...cikgu2 la yg dijulang....cikgu cemerlang bukan kerana atas usaha mereka sdiri sahaja...tapi dari murid2 juga yg bersifat dan bersikap cemerlang..tapi ada tuan2 dan puan2 fikir...sekolah yg tak cemerlang apa puncanya??adakah kerana semua cikgu disekolah tersebut hanya makan gaji buta??kesalahan tak boleh diletakan sepenuhnya pd cikgu..

    berapa banyak kes ponteng sekolah??tak payah cakap pun tuan2 n puan2 pasti tau dah penah dengar..berapa ramai ibu bapa tau bahawa anak2 yg "dihantar" kesekolah ikut pintu belakang lari dr sekolah?berapa ramai ibu bapa yg bersungguh2 memberi sokongan pd pihak sekolah dlm apa jua program kecemerlangan anak2 mereka..terutama dipinggir bandar...tak berminat langsung..menoreh getah lagi untung dr dgr program anjuran sekolah..hurrmm....kalau nak dikira dan disebut....berlambak masalah guru yg ramai tak tahu..

    jgnlah kerana nila setitik...rosak susu sebelanga....cari punca sebenar....murid2 dimalaysia ni sy yakin pandai2 semuanya..cuma sikap sebenarnya punca utama kenapa pelajaran merosot..dan bila pelajaran merosot....mulalah berlaku terjadinya perlakuan yg tidak sepatutnya dilakukan seperti masalah guru menghalang murid menduduki peperiksaan....kenapa guru tersebut sampai sanggup bertindak diluar kawalan tersebut????tanyala balik kepada pihak atasan....KPM...JPN..PPD....kenapa selalu mendesak dan terus mendesak sekolah hingga berlakunya tekanan untuk mendapatkan keputusan yg baik sedangkan titik puncanya dari bawah sekali....fikir2kanlah....sebab itu disetiap sekolah wujudnya PIBG....kalau tiada kerjasama yg baik....mcm mana guru2 nak mencapai matlamat yg dikehendaki..??kamu semua fikir guru2 tak berusaha kah untuk murid2nya..??entahla....tepuk dada tanya selera....kalau masih menganggap guru yg bodoh dan guru yang salah...sy sebagai guru terima....semoga ALLAH SWT memberi jalan sebenar kpd kami...dan membuka mata kalian semua....amin....

    BalasPadam
  20. Fuuu...camna la hati mak bapak diorang kan..Jahanam punya "pendidik.."

    BalasPadam
  21. Salam,
    Sepatutnya sekolah atau cikgu yang terbaik ialah yang dapat menjadikan pelajar paling bodoh menjadi pelajar paling baik/terbaik walau apapun masalahnya, bukan dengan menafikan hak pelajar terbabit. Renung2kan, fikir2kan......

    BalasPadam
  22. kesian betul, kalau tak amik UPSR macam mane nak masuk sekolah menengah? sedihnya. harap perkara ni tak berulang. semua orang punya hak yang sama.sedih betul!

    BalasPadam
  23. @fuadnis

    salam cikgu...

    walaupun saya bukan seorang guru...saya memahami situasi yang dihadapi oleh guru di sekolah kerana kakak-kakak saya selalu juga meluahkan kepada saya mengenai tekanan kerja mereka di sekolah...


    pelajar2 zaman sekarang perlu diajar untuk menganggap guru sebagai insan yang amat perlu dihormati, semoga keberkatan dalam menuntut ilmu itu tercurah kepada diri si pelajar....

    saya doakan cikgu serta rakan2 guru yang lain sentiasa mendapat berkat dan rahmat dari Allah...

    JASAMU DIKENANG SEHINGGA AKHIR HAYAT....

    BalasPadam
  24. @Wattie

    Salam wattie...

    "Kejayaan bermula dari diri sendiri.."

    bukan dari guru yang mendidik...

    BalasPadam
  25. @cik Ida

    Pada pendapat saya,ini berlaku kerana dasar pendidikan negara sendiri yang mahukan pencapaian cemerlang pelajar,tetapi sayang jiwa serta hati pelajar sekarang kosong.Sekolah tidak ada pilihan lain selain terpaksa target lulus 100% kepada pelajar.Bagi pelajar kategori hampir lulus atau lemah pelbagai pendekatan boleh digunakan.Cuma dari segi pendemokrasian pendidikan,cara ini kurang sesuai.Keluarkan nama pelajar ini dan jadikan mereka sebagai calon menumpang,bukan calon sekolah,jadinya pelajar ini masih boleh mengambil peperiksaan dan keputusannya nanti tidak mempengaruhi result sekolah.

    Sekolah hanyalah merupakan salah satu institusi pendidikan fromal sahaja,yang paling penting ialah gabungan sekolah serta ibu bapa yang ada parenthing skill serta penerapan Agama yang jelas.Akhirnya bukan hanya pelajar yang pandai dunia shaja tetapi pelajar yang berkualiti dunia akhirat,contoh- doktor,doktor yang beriman
    Allahhuaklam.

    BalasPadam
  26. @Ummi

    Salam ummi...

    berbeza jugak pelajar sekarang dengan pelajar dulu2...

    pelajar dulu2 sgt hormat, sgt takut dan mungkin juga sangat kasih kepada guru2 mereka...guru dianggap seperti ibu bapa sendiri..menderhaka kepada guru samalah seperti menderhaka kepada ibu bapa....

    pelajar sekarang???

    huh..silap hari bulan tak pasai2 cikgu yang kena penyepak...ada ka patut..???....buktinya dah banyak masuk dalam newspaper dan berita...

    BalasPadam
  27. @Zainal..

    terima kasih..

    @Wattie..

    sy tertarik dgn ayat kamu yg sy tak pasti ianya luahan perasaan benci thadap guru disebabkn masalah ini...atau sememangnya kamu sdiri seorang yg mempunyai semangat dalaman yg terlalu tinggi ..klu apa yg kamu luahkn benar2 mbawa maksud semangat juang seolah2 kamu berada ditempt kami sbg guru dan kenal benar rencah kehidupan yg dilalui sbg seorang guru..sy yakin..mana2 sekolah terutama disekolah yg bermasalah...amat2lah memerlukan kehadiran kamu sbg pendidik..pasti tiada lg masalah spt ini atau apa2 jua yg buruk akn blaku....

    BalasPadam
  28. @ zainal & @ fuadnis

    tapikan.. pelik la.. xkn la sbb nk jage reputasi smpi tak bagi budak2 tu amik periksa?? xkn smpi macam tu sekali kot?? macam syuzi.. syuzi x benci cikgu2.. cume rase tindakan cikgu tu keterlaluan smpi tak bagi masuk periksa... klu tindakan cikgu tu betul.. xkn la smpi menteri di kementerian pelajaran pn marah dengan tindakan cikgu2 tu... mmg btol.. x semua cikgu macam tu.. tapi yg kami marahkan sekarang ni kat cikgu yg bertindak sedemikian tu je.. bkn la marah & membodohkan kt semua cikgu2 di m'sia ni... (^_^).... sbb mmg betul pn.. murid2 sekarang ni perangai smpi ade yg mengalahkan beruk kt utan.. huhu...

    BalasPadam
  29. syuzi....

    tula namanye tekanan..bila seseorang tu menghadapi tekanan yg melebihi dr kemampuan..maka akan bertindakla diluar batasan..nk memenuhi kehendak atasan yg sentiasa inginkan terbaik tanpa memikirkan faktor2 baka dan keturunan yg turut menyumbang..dan dalam masa yg sama buntu dgn segala usaha berterusan yg tidak membantu..maka,perkara buruk inilah yg terjadi..perlu diingat..guru ini juga manusia biasa..kadangkala terlepas melakukan sesuatu yg difikir tidak memberi kesan yg besar..sy tak nafikan..mmg salah perbuatan dan tindakan cikgu tersebut..kerja sebagai seorang guru mmg memerlukan kesabaran yg tinggi..setakat menjadi guru sandaran setahun dua...2-3tahun..belum cukup utk menyelami profesion sebenar seorang guru..

    setakat bercerita diruangan komen ini..sy amat pasti belum cukup utk memberi kamu semua fahaman sebenar situasi hidup seorang guru....kenapa dan mengapa sesuatu itu kadangkala boleh berlaku pd seorang guru..

    yg pasti....jadikan apa yg berlaku sbg iktibar..dan kita sebagai penonton jgn hanya tau bersorak menyalahkan setiap perbuatan..berbalik pd kata2 sy diatas..fikir dulu...CARI PUNCA...baru berkata-kata....

    BalasPadam
  30. @fuadnis

    tekanan ? apa saja kerja ada tekanan .. Polis , penjawat awam biasa .. malah seorang blogger juga ada tekanan sendiri .. Selagi bernama manusia , kita ada tekanan dan pengalaman mengajar kita bagaimana nak hadapi tekanan .


    Nak memenuhi kehendak atasan . Agama kita ada ajar .. kalau permintaan diluar batasan , perlu ke kita ikut ? dalam kes ini , guru tu ada pilihan untuk menolaknya. Takut tindakan tatatertib dari sapa ? Dia boleh buat laporan. Dia ada pilihan. Dia takut dosa atau takut tindakan tatatertib..


    2-3 pengalaman sebagai guru sandaran belum cukup nak menyelami profesion guru sebenar ? Pergh... cuma guru sebenar bergaji 800 sebulan dan setelah dipotong kwsp , hanya tinggal 600 lebih dengan tanggungan kerja seperti mengajar mata pelajaran teras dan mengganti kelas guru yang pergi kursus atau cuti . Guru sandaran tidak dibenarkan duduk diam je.. Kena mengajar jugak ..

    Tu tak termasuk lagi dengan arahan dari guru guru tetap yang memandang sebelah mata guru sandaran ni .. Kena hadir meeting malah jika diserang oleh ibu bapa , pentadbir pon lepas tangan .. Perbezaan antara guru sandaran dan guru tetap cumalah kursus perguruan ..


    Jadi guru terlatih ini punya latihan untuk menghadapi semua ini .. Kekuatan mental dan fizikal sememangnya dah ada pada seorang guru terlatih ..


    Alasan TEKANAN tidak boleh dipakai langsung kerana semua manusia ada tekanan ..

    Apa yang berlaku boleh dihindarkan sekiranya kita tahu protokol dan undang undang.


    Dan akhir sekali , teringat kata bekas guru besar yang mana saya pernah mengajar dulu berkata .. " kalau tak mampu hadapi tekanan , pergi cari kerja lain ! ".


    Jangan beri alasan yang semua orang tau dah .. Terima kesilapan dan perbaiki .. Kita sama sama manusia ada kekurangan diri.

    Apa yang berlaku di sekolah itu berpunca dari sikap pentingkan diri sendiri .. Samada cikgu atau pentadbir sekolah ..

    Kalau saya jd guru tersebut , saya takkan buat arahan yang diberikan .. Apa yang boleh buat ? Guru terlatih tak perlu takut ,. Bukan mudah untuk jatuhkan hukuman pada mereka yang sudah TETAP ini .. Banyak kertas kerja kena buat ..


    2-3 tahun sebagai guru sandaran dan saya sudah tau selok belok pentadbiran sekolah kerana saya duduk semeja dengan guru yang bagus , dedkasi dan bermasalah !

    Jangan pandang enteng pada mereka yang kurang pengalaman tapi memanfaatkan setiap minit untuk mengutip kenangan bagi memantapkan dan memajukan diri sendiri.

    BalasPadam
  31. tahniah en ben..

    tuan mmg pandai dan bijak berkata2..sejak membaca blog tuan pun saya dah boleh agak dan teka rentak tulisan tuan ben..dan boleh agak tuan ben bagaimana orangnye..

    saya juga dah agak tuan agak terganggu dgn komen saye berkaitan pengalaman sebagai guru sandaran selama 2-3tahun nie..:-)

    menjadi guru sandaran selama 2-3 tahun mmg ckup memperolehi pengalaman..bukan level atau kemampuan yg jadi perbandingan..tapi ape yg tuan rase selama 2-3 tahun menjadi guru...????saya berani jamin..apa yg tuan rase takkan sama apa yg guru2 rase dan alami selama berbelas tahun..berpuluh tahun menjadi guru..

    bercakap panjang pun tak guna...malah akan dikatakan menegakkan benang yg basah..apa yg pasti salah tetap salah..itu saya akui..

    bukan tekanan utk saya jadikan alasan besar..tapi ia adalah salah satu punca..namapun manusia..tuan sdiri mengakui blogger jua punyai tekanan kan??cuma situasi je yg berlainan..walaupun seorang guru..kalau sempurna sangat sifat dan sikap manusia tu takde dosa dan nodalah didunia ini..

    simple je benda yg dah berlaku ni..dah tau benda tu salah jangan buat..apa hak kita nak nafikan hak budak2 tu kan??tapi apa pulak hak tuan2 dan puan mghukum orang dgn cacian dan makian..nak hukum salah orang tu kerja tuhan..bukan kerja kita sebagai manusia ni..apa yg kita perlu buat ambik ikhtibar...sudah..jgn ulangi lagi..

    guru ke...polis ke blogger sekali pun sebenarnye ade bahagian masing2...cuma tak terlihat secara jelas je seperti kes ni..mengata org tu memang manis kan..huh..

    bercakap mmg mudah..cuba kalau terkena batang hidung sdiri..masa tu barulah tersedar..aku pun manusia mcm si "dia"..

    kata2 tuan ben ni banyak benarnye...tapi baru suku je yg terluah saye kira..kalau dibentang dan dihampar berlawan mulut jadinye..politik ade dimana2..

    tuan ben..saya yakin tuan ben lebih tua dan lebih pengalaman dr saye...tapi dari ape yg tuan ben sebut diatas..belum 100% menghuraikan segalanya..

    last but not least..salah tetap salah...tindakan cikgu itu mmg salah..tapi ingat sebagaimana kita marah hak orang lain dinafikan..cermin balik diri kita sejauh mana hak kita bersuara....ada batasnya...kita juga dah diajar dalam agama..renung2kanlah....

    BalasPadam
  32. @fuadnis

    Tak perlu bertuan pada saya. Cukup dengan Ben saja. Buat pengetahuan , saya bukan sekadar seorang blogger saja. Saya juga penjawat awam yang mana boss besar jauh berpangkat besar tapi , bila kebenaran , kita kena fikir sendiri sbb kelak kita kena tanggung sendiri dan mereka akan lepas tangan .


    Saya tau bila disebut bab guru sandaran tu , mmg saja ditujukan pada saya .. :) Saya juga bukan sekadar guru sandaran. Pengalaman dalam bidang lain juga ada .. Swasta dan juga awam.. Bukan nak dibanggakan tapi sepatutnya mereka yang berprofesion guru patut banggaa dengan jawatan mereka.

    Dengan kelebihan mereka , anak pon boleh sekolah di mana cikgu mengajar. Tak tau la kalau ada sekolah yang tak membenarkannya .

    Dengan pengalaman berbelas tahun mereka yang bergelar guru ni , pastinya isu tekanan ni tak wujud. Dah lali kata orang ..

    Mereka yang baru ini sepatutnya perlu tunjuk ajar dari mereka yang lama tapi rasanya susah guru berpengalaman nak turunkan ilmunya bukan ? Ini pengalaman saya la.. Kalau ada tu , syukur Alhamdulillah .. Semoga Allah berkati beliau..

    Betul.. Bercakap mmg mudah ..Isu begini kalau tak dibangkitkan , nanti ada yang tak waspada. Sekurang-kurangnya , ada guru yang akan tau apa yang perlu dilakukan pada masa depan .. Apakah akan ada guru yang berpuluh tahun pengalaman akan beri tunjuk ajar ? Rasanya pandang dari jauh apatah lagi guru guru baru yang masuk punya ijazah dan bergred lebih tinggi.. Politik tak dapat lari dari guru bukan ?


    Pernah dengan seorang ustaz panggil anak muridnya dengan perkataan yang tak enak langsung saya tulis di sini ? Atau seorang guru memanggil anak murid bodoh ? Atau seorang guru seenak-enaknya menampar pp anak muridnya yang baru berusia 10 tahun tanpa tau apa kesalahannya ? Tak perlu dibangkitkan disini bukan ?


    Saya bukan cari salah guru.. Tapi apa yang saya tulis ditujukan pada guru tersebut. Seperti polis yang mengambil rasuah. Atau penjawat awam yang pecah amanah , mereka berhak keluarkan pendapat mereka. Cuma mungkin kasar sedikit tapi mereka manusia seperti mana guru juga.


    Sebelum mereka marah , cikgu di sekolah tersebut dah terlebih dahulu menafikan hak orang lain. Jadi apakah mereka tak berhak marah ?

    Kita jaga kain masing masing. Dan saya rasa , pendapat saya tiada salahnya. Saya bukan maki hamun. Meluahkan perasaan yang sangat tak puashati bila melihat ada orang memperkecilkan hak orang lain.

    Isu dalam artikal ini merujuk pada guru tersebut.Mudah. Jangan dibabitkan dengan guru guru yang lain.

    BalasPadam
  33. @fuadnis seperkara lagi... tak kena pada anak kita kan ? Cuba kena pada anak kita .. Apakah kita akan pergi dengan bawak nasi lemak dan bawa berbincang dengan baik ? Pada mulanya ?

    BalasPadam
  34. terima kasih ben...

    setelah mebaca komen ben yg seterusnye...saye dapat rasakan, bahawa ini baru lah komen yg lebih kearah positif dan lebih "sedap" telinga utk didengar..terutamanya utk guru2 yg bermasalah ini..bukankah begitu??

    walaubagaimanapun ben...berbelas tahun..malah berpuluh tahun bergelar guru pun...istilah tekanan itu tetap wujud dan ada walau sekebal manapun guru itu..kalau lali pun pada setengah perkara je..

    hidup dalam keluarga yg kebanyakkan guru..lebih membuatkan kita kenal malah intim dgn profesion seorang guru..pahit manis yg dilalui dah rase tempiasnye dr kecik lagi..malah lebih senang menyelami hati seorang murid..seorang guru dan juga ibu bapa..

    menjadi guru sandaran selama 2-3tahun mungkin berkesempatan mengutip pengalaman disebuah atau 2buah sekolah,atau setahun sebuah sekolah..:-)tapi selama 10tahun sy bergelar guru...tak pernah lagi sy jumpe guru veteran/lebih bpengalaman susah nak turunkan ilmunya..minta saja asal mahu..lainlah kalau minat mmg takde..maklum sajalah..kebanyakkan sekarang yg minta jadi guru bukan betul2 nk jadi guru..pkerjaan yg dah jadi pilihan terakhir..kaum lelaki la yg biasanya..kenyataan!!

    bila sentuh bab menafikan ni..dah jadi mcm telur ayam dan ayam..yg mana wujud dulu??hurrmmm.....

    rasanya perlu juga dibangkitkan isu tanggungjawab ibu bapa terhadap anak2 dalam pendidikan....guru yg sebenar2nya pada anak2 adalah ibu bapa itu sendiri....klu salah dicorak dr awalnya..maka beginilah jadinya....

    terlalu luas kalau nak dibahaskan....

    apapun thanks ben..harap selepas ini pembaca blog ben lebih positif dan berhemah dlm memberi komen masing2...thanks u all..

    BalasPadam
  35. kebijaksanaan seseorang bkn terletak pada peperiksaan semata-mata..

    BalasPadam
  36. aku dgr hot fm smlm katanya budak2 tu y taknak amik exam plk.entahlaaaa......

    BalasPadam
  37. dengar sblh pihak.. tu pn dr media.. terus masuk kt blog (pndgn peribadikn) dan bg justifikasi 'bangang cikgu'.. Pegila wat research lg.. pegi dengo dr side sblh cgu yg dah d tuduh bangang tu plak..

    BalasPadam