Ipoh Gengster bakal ganti KL Gengster ?

by - Isnin, September 26, 2011

 

Tu dia.. Realiti kehidupan di Malaysia .. Sekarang tak takut dah pada pihak berkuasa.. Takut pada Tuhan ? Lagi la tak .. Takut mati , ye la kot.. Berani tu kejap je ...

 

Dulu , aku tak tau pun kewujudan perkataan 'Langsi' dan 'Apa celup' ni .. Terima kasihlah pada pembikin filem masakini yang telah membuka mata aku .. Nampak sangat aku ketinggalan zaman .. Perghh... Tapi syukur , alhamdulillah .. Biarlah aku ketinggalan zaman dari mengikuti arus zaman sekarang ni yang entah semakin hilang nilai nilai moralnya.. Salah siapa ?? Jangan tuding menuding .. Sila selak kain sendiri ..

 

Haa.. ni berita terkini hiburan sensasi . Berbekalkan pengalaman belajar bergaduh yang ditonton  kat filem barat ( filem kita tak ajar gitu ) , maka telah berlaku satu kes yang mana seorang remaja maut akibat ditetak oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan ianya berlaku di IPOH ..

 

"Dalam kejadian 8 malam tadi itu, mangsa yang menunggang motosikal dikejar oleh sekumpulan lapan lelaki yang menaiki empat motosikal berhampiran simpang empat lampu isyarat Falim, Menglembu.

"Mangsa kemudian dikepung dan kumpulan lelaki itu menyerang dengan menetak di kepala dan badan dengan parang.Kumpulan itu kemudian melarikan diri selepas mangsa terbaring di atas jalan manakala polis yang menjalankan siasatan ke tempat kejadian menemui dua bilah parang yang dipercayai digunakan oleh kumpulan berkenaan.".

 

Perghhh.. tu aku kata tadi .. Bukan KL je Gengster tapi IPOH pon dah mula Gengster .. Aku percaya bukan takat IPOH malah bandar bandar lain pun ada Gengster .. Perghh... Aku hidup dikalangan Gengsterisme ..

 

Nak join group mana eh ???  4U2C ada lagi tak ? Newboyz ?? Aiseyman .. Aku g masjid je la ... Geng Masjid .. Geng Surau ada dah .. hehehe ..

 

Sumber Berita : Bharian

You May Also Like

10 comments

  1. saya yg dok ipoh ni pon udah kecut nak kuar minum waktu malam, bahaya betul di mana2 skang ni kan bro..

    BalasPadam
  2. ngerinya... minta anak aku dijauhkan dari terjebak dgn benda2 camni.

    BalasPadam
  3. Ipoh mmg banyak gangster tp bab2 parang ni selalunya gang2 india..hampir setiap hari ada kes bunuh, tetak, samun kat ipoh, time mlm minggu lg la kena hati2..

    BalasPadam
  4. bahaya..memang bahaya..siap parang lagi...dah xselamat malaysia nie...

    polis la nie...

    lelaki tumbuk perempuan di bahagian sulit

    BalasPadam
  5. 'Langsi' = 'bongkak' = 'eksyen'.

    Berasal dari perkataan Kantonis, sepatutnya ia dieja sebagai 'lansi'. Tapi mungkin orang Melayu lebih senang menyebutnya sebagai 'langsi', maka 'langsi' lah jadinya.


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Hujung minggu yang terganggu

    [11PG] Gambar lori Alam Flora eksiden...

    [U] Here In My Home

    BalasPadam
  6. dok kat seri iskandar pun takut gak... tempias nye semacam dah sampai ke sini...

    BalasPadam
  7. mana2 pun dh sama kan skarang ni... takottt..

    BalasPadam
  8. takutnya...kes mcm ni ada di mana2.rasa dah tak aman dah kat negara sendiri dgn kes2 camni.

    BalasPadam
  9. ish2.dak2 sekarang..bukan main gengster lagi.

    BalasPadam