Isu Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara : Dah dikesan dan diambil tindakan undang-undang.

by - Khamis, September 29, 2011

 

Hurm.. Ada orang nyamar dia ke atau mmg dia ? Ini isu hina agama sekali ngan Agong ke ?? Confius.. Kata budak tu tinggal kat Malaysia.. Yang ni tinggal kat Sweden .. Loh .. Patut berani menyalak !

 

Utusan:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran ‘Makcik Hajjah Siti Al-Wuzara’.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini hari ini.

"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu,” katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana ‘berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa’.

Bagaimanapun, Rais berkata, SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya, individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air. — Bernama

You May Also Like

12 comments

  1. waa syukurlah...akhirnya dapat juga...semoga ianya menjadi teladan buat kita semua..kan.. Amin.


    http://cayob.blogspot.com/2011/08/inilah-orangnya-mak-cik-hajjuah-sitti.html

    BalasPadam
  2. huhu maknanya dia untung la kalau xbalik T_T

    BalasPadam
  3. sorry lah yer, ni pandangan saya. huhu

    kenapa bila Agong kita kena hina je baru tindakan baru betul2 nak diambil eh?

    masa makcik ni hina Islam teruk2 dulu, takde sape pedulikan and ambil tindakan.

    sorry kalau ada salah silap.

    BalasPadam
  4. @nazim Nasri : tak reti la undang2 tapi maybe isu agama belum cukup kuat untuk ambil tindakan besar buat dia. bila dah hina agung ape lagi kan. serbu je! dia patut dibalas ngan tindakan setimpal. anggap je dia dihukum atas menghina islam. *azie bdak kecik je. tatau pape* hehe

    BalasPadam
  5. ade jgk ar org sebegitu...hope dijdkn pengajaran utk kita semua..

    BalasPadam
  6. http://wanwidget.com
    baguslah dah dapat kesan siapa perilakunya

    BalasPadam
  7. rasanya masa dia hina islam dulu pun ada yang mencari tapi salah orang.. dan sebelum2 ni pun dah beberapa kali blog dan facebook dia kena delete.. wallahualam.. syukur akhirnya dia dikesan dan harap takde lagi org mcm tu muncul..

    BalasPadam
  8. mcm2 lah sekarang ni. harap2 dia ni akan insaf bile dah dikenakan tindakan.

    BalasPadam
  9. salam...


    semoga makcik nih akan dapat hidayah dari Allah s.w.t.....

    BalasPadam
  10. mentang2 dok sweden, berani bwat mcm2..agk2 dye balik x malaysia? huhuhu

    BalasPadam