" Jom makan nasi lemak ! "

by - Sabtu, September 24, 2011

 

 

image

" Fuiyoooo .. sedap ni ! Nasi lemak sapa ni bang ?? ".

 

" Ni abang g amik kat rumah Mat Gebu tadi. Dia buat kenduri skit.. Bertunang katanya.. Entah sapa bertunang pon tak tau la .. Janji ada makan .. hehe .. ".

 

" Wahh.. sedap bang.. Saya makan eh ?? " .

 

" Kamu dah solat Asar ? ".

 

" Erk.. lom bang.. Hati lom ikhlas nak solat ni .. Tunggu ikhlas baru solat ?".

 

" Kalau gitu , jangan makan selagi tak ikhlas ! ".

 

" Kenapa pulak ?? ".

 

" Rezeki ni Allah yang beri.. Rasa-rasa kamu la kan , Allah beri ni pada kamu ikhlas ke tidak ?  Kamu tak tau kan ? Ikhlas atau tidak , itu antara kamu denganNYa ..  Wajib tetap wajib .. ".

 

" Tadi dah makan skit kan ? Jadi , g solat dulu.. Ikhlas tu akan hadir bila kamu berdepan denganNya nanti .. Ingat , bila solat , kamu sedang mengadapNYA .. Ingatlah akan kematian kamu dimana hanya kamu saja akan menhadapiNya .. Takde orang lain akan dapat bantu kamu ketika itu  ... ".

 

" Yelah bang.. Tinggal tau nasi tu skit untuk saya .. ".

 

" Jika kamu percaya pada Allah , percayalah juga rezeki ini milik kamu sekiranya Allah memberinya pada kamu.. "

 

" Yelahhhhhhh ... "

 

Blog Pilihan : Mirul

You May Also Like

13 comments

  1. menikam kalbu...
    nak tunggu ikhlas bila agaknya ye..
    mungkin masa dalam kesusahan barulah sentiasa ingat kepada Allah swt

    BalasPadam
  2. Sekejap lagi Majlis hari raya peringkat kampung. Macam2 makanan ada tapi sah, nasi lemak tak de.

    BalasPadam
  3. Sarapan I tiap-tiap pagi dari Isnin hingga Jumaat -- nasi lemak. :->

    *Teringat pulak telefilem kat TV3 baru-baru nih ~ 'Oh Haram'. Kelakar giler! :-p


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Hujung minggu yang terganggu

    [11PG] Gambar lori Alam Flora eksiden...

    [U] Here In My Home

    BalasPadam
  4. betul3. ikhlas ke tak, wajib tetap wajib.

    pssst , sedapnye nasi lemak.lama dah tak makan (biarpun mak jual nasi lemak.haha)

    BalasPadam
  5. Salam, wow that pic really makes me hungry!!!. Lama x komen kat sini, sem baru, line internet pun slow :(. Btw lain pulak nasi lemak nie, ade tauhu. Selalunya ikan bilis. Yup ikhlas, thx for reminding :D

    BalasPadam
  6. ringkas dan padat.yang wajib tu tetap wajib;)

    BalasPadam