Malaysian Blogger First Aid Workshop
Sabtu lepas , bertempat di MAHSA UNIVERSITY COLLEGE , Jalan Universiti , Kuala Lumpur .. aku dan rakan aku , Broframestone telah menghadiri satu bengkel pertolongan kecemasan ( first aids ) anjuran ADVERTLETS dan MAHSA UNIVERSITY ..
Sampai kat MAHSA tu dalam kul 10.30 pagi... Kalau ikutkan jadual , kul 11 pagi baru mula .. tapi dah mmg gitu cara aku , biar awal dari lambat ... heheh ..Bengkel Pertolongan Kecemasan anjuran ADVERTLETS dan MAHSA ini dihadiri 18 orang blogger dan juga big boss ADVERTLETS sendiri , En. Josh Lim ..
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk mendedahkan bloggers mengenai kepentingan pertolongan kecemasan ( first aids ).. Yelah , sapa tau kan , disaat kemalangan berlaku , kalau semua tak tau nak buat apa sekurang kuranngya mereka yang ada asas bantuan kecemasan ini tau nak buat apa .. kan kan ?
Sesi bengkel bermula dengan penerangan mengenai struktur organisasi MAHSA ... Bagi yang ingat MAHSA ini cuma ada Universiti dan kolej saja , sila buat ulangkaji lagi yer .. hehehe.. Macam macam adaaa .. termasuk klinik komuniti MAHSA okeh !
Selain dari itu MAHSA UNIVERSITY juga ada program kerjasama dengan universiti dari luar negara ...
Dan juga universiti yang akan datang seperti Adelaide University, Flinders University,Wollongong University, Australia dan National American University, USA ..
Manakala hospital pula ...
Ok.. cukup dengan intro tu dulu .. Bengkel bermula dengan belajar teknik CPR .. Hehe.. nasib baik diorng guna patung .. Kalau orang ??? Perghhh... hehehe ..
Apa itu CPR ? CPR dalam bahasa Melayu di sebut Resusitasi jantung paru-paru .. Dan dalam bahasa omputihnya ialah , Cardiopulmonary resuscitation ..
Nak belajar ? Perghh.. Nak terangkan dlm ni , bahaya... Maklumlah , nak dapatkan sijil asas CPR ni sebenarnya makan masa 2 hari .. Siap ada ujian lagi okeh ! Aku belajar pon sejam jer.. Tu pun ujian teori jer.. Aku tak buat praktikal sbb demam.. nanti berjangkit lak pada bloggers yang lain.. Sian diorng kan ?
Penerangan diberi melalui slideshow dahulu diikuti dengan praktikal ..
Bengkel CPR ini berlangsung selama sejam dan taklimat diberikan oleh pengajar dari MAHSA UNIVERSITY sendiri .. Sangat mudah difahami dan sangat mesra ! Aku amik kesempatan untuk menanyakan soalan secara peribadi ... hehehe ..
Selesai kelas CPR , kami di bawa 'melancong' ke bahagian bahagian lain yang terdapat di sana seperti makmal perubatan dan pembedahan .. Gulp... Tengok mayat yang bakal digunakan untuk ujikaji para pelajar .. Pengsan sat .. hehehe...
Kemudahan pembelajaran yang amat hi-tech .. Kira senang banget laa nak ikuti kelas gini. .Tarak bosan punya wooo .. Berbaloi baloi kata orang ... Tak macam aku punya lab di zaman sekolah dulu.. hehehe..
Bilik mayat .. tak dibenarkan amik gambar.. Hehehe.. sensitif isu woooo.. kang ada yang fengsan lak .. hehehe.. Tak la.. ok je kat situ.. takde apa yang nak dingerikan .. Kita sendiri pon akan mati gak kan ?
Selesai ! Perghhhhhhhhhhhhhhhh.. Best .. Tak puas.. Patut la mereka yang amik medic ni belajar bagai nak rak .. Belajar macam macam wooo.. Yelah , main dengan tubuh badan manusia yang amat kompleks .. Respek ! respek !
Apa pon , jutaan terima kasih kepada MAHSA UNIVERSITY dan ADVERTLETS kerana memberi peluang untuk belajar dan mengenali dunia perubatan walaupun secara ringkas tapi bermakna sekali bagi aku !
Sebelum aku tutup entri ni , ada beberapa makluman untuk dikhabarkan buat mereka yang ingin belajar di MAHSA UNIVERSITY ni (psst ...mmg best ! )
Ada Hari Terbuka dan Intake baru pada 10hb September dan 11hb September 2011 di Jalan University Campus , jam 9 pagi hingga 5 petang ..
Degree Intake
-MBBS
-DDS
-BSC Bio Medical
-BSC Medical Imaging
-BSC Environmental Health
Manakala pada 18hb September 2011 pula , di tempat yang sama dan waktu nya 9 pagi hingga 5 petang .. Intak bagi jurusan ..
- Foundation in science
- Diploma in Nursing
- Diploma in Allied Health
Sebarang pertanyaan , bolehlah hubungi pihak MAHSA UNIVERSITY sendiri ... :) .. TERBAEKKKKK !
8 comments
abg ben nurse! hehehe
BalasPadamadvertlets nie boleh percaya ke?ke dorang nie pilih bulu?sebab member blog dia earn Rm2000 tpi sampai sekarang tk dpt lagi bayaran..ke member sy tue yg ada error tang mana2..
BalasPadamEntri Terhangat!! :
Oh Kemaluan Wanita Dan Onani!!
HOT!!Apa Kata Artis Kita Tentang Aurat!!
http://alyaeyanaqaisara.blogspot.com/2011/09/2-in-1-contest-by-yana.html
BalasPadamJEMPUT JOIN YER SEMUA <3
HADIAH SEHINGGA RM1000 MENANTI KORANG
iklan kejap leyh..
fuyoooooooo
BalasPadamhehe..kolej saye tueee..!!!!:)
BalasPadammmmg best pon belajar medic nie,,,
BalasPadamamboi,kolej saya tu.bangga sekejap.hee~~^^
BalasPadamFor First Aid Store
BalasPadamWe are selling trauma bags, medical bags, first aid bags and other pouches.
Welcome to view our page at http://www.facebook.com/forfirstaidstore
Have a nice day!