Khas untuk pengguna jalan raya di Kuala Lumpur !

by - Jumaat, Oktober 05, 2012

 

Cuba tengok gambar ni .. Takde apa apa yang menarik kan ?  Takde sapa sapa cun dalam gambar tu kan ? Adaaaa !!! Cuba perhatikan betul betul !!!

image

Tuuu haaa .. Kat tiang lampu isyarat tu haaaa… Kalau korang duduk lane kiri semasa memandu di bandaraya Kuala Lumpur, kena perhatikan papan tanda gini ! Kalau kena hon dari belakang , jangan nak melenting lak ! Mana la tau kot kot ada yang tunggu lampu hijau sedangkan dah terang terang tulis ..

“ BELOK KIRI JIKA TIADA KENDERAAN DAN PEJALAN KAKI “

Tapi jangan gatal lak ‘duduk’ lorong kiri tiba-tiba celah kanan ! Ada jugak dapat makian dari mereka yang berbudi bahasa itu .. hehehe ..

“  Lebih 4.5 juta pengguna jalan raya di ibu kota kini dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat bagi melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Buat permulaan, peraturan itu dilaksanakan di enam persimpangan utama. Enam jalan tersebut ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz.

Pengguna jalan raya boleh membelok kiri di persimpangan jalan-jalan tersebut walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda berhenti dengan syarat tiada kenderaan lain atau pejalan kaki melintas di hadapan mereka.” .

 

Faham tak ni ? Kang keliru lak bila memandu nanti .. hehehe .. G beli Kosmo .. hehe ..

You May Also Like

3 comments

  1. Eh bro.. kat Seremban banyak dah macam nie terutamanya dekat dengan LEKAS highway tuh..

    BalasPadam
  2. jalan paling serabut otak, adalah jalan KL

    BalasPadam