Mungkin aku bodoh kot ..

by - Ahad, Oktober 07, 2012

 

GENNEVA diserbu oleh BNM ! Wahhh .. terkejut aku .. Dulu aku tak tau apa kemendanya GENNEVA tu . Tapi ada sekali hari tu , seorang kenalan aku ada cerita yang dia melabur emas kat GENNEVA tu. Yang pastinya bukan kecik anak punya la pelaburan tu memandangkan dia pun ada duit ..

Wife pon , ada sekali tu ajak aku join melabur memandangkan skang ni ramai melabur dalam emas . Katanya ada kawan dia ajak. Siap buat pinjaman lagi ..

Jawapan aku ialah , maaf ! Aku tak berminat pada kekayaan yang akan melenakan aku . Cukuplah dengan apa yang ada skang ni . Lepas , makan beli itu ini serta bayar hutang sana sini . Kalau ada lebih , tu rezeki dari ALLAH . Tapi kalau nak tambah pendapatan yang menjanjikan keuntungan luar biasa tu , aku kurang berminat .

Kalau modal kecil dan ada kerja yang perlu dilakukan seperti berniaga tu , mungkin aku lakukan.Kalau sekadar duduk goyang kaki .. Tak pe la ..

Yup , mungkin aku bodoh tapi itulah cara aku. Berusaha untuk majukan diri adalah pegangan aku tapi bukan dengan cara mudah. Tiada jalan mudah untuk kaya dan aku tak berminat pada kekayaan dengan berhutang ..

You May Also Like

9 comments

  1. Bro, nasib baik akutak join, dah hampir hampir dah hari tu, macam terpedaya juga dengan janji janji Pelaburan emas tu. syukur tak sempat ditipu. Apapun, eloklah simpan sahaja duit kita dalam bank yang berlesen. InsyaAllah, walaupun dividennya kecil, tapi selamat. Dari kecik aku menabung dalam account Mebeng sampai sekarang duit tak pernah hilang atau ditipu.

    BalasPadam
  2. nasib baik tak join,nklu tak kompom rugi... Hehe macam buluh mas lak... Semua member masuk, siap rancang beli kereta caldina, skg dah rugi.. Haha

    BalasPadam
  3. bagi aku kalau melabur dpt emas fizikal ok lg.. tp kalau just tulis on paper tu yg bhya..

    BalasPadam
  4. pernah juga ada orang ajak join, tapi mls nk kaya cepat..nnt miskin pun cepat...

    BalasPadam
  5. Beli emas wit out fizikal emas nya adalah haram....klu nak join pelaburan emas...beli la emas yg mmg kta pegang...if takut simpan sndiri beli la save box or security box d bank yg opkos ada fee. ...

    BalasPadam
  6. hmpir tjebak dgn bnde nih..nsb bek ms tuh mmg xckup duit & xrse nk wt pnjaman...Alhamdulilah...ade hkmah d sbaliknya....klu x cnfirm mnyesal skang

    BalasPadam
  7. ape benda cmpany ni jual?ehhee..skang mmg xberani dah nak join pelaburan2 mcm ni lps pengalaman pertaman & terakhir..naseb xgune byk sgt duet....better go to saving or ASB..lebh selamat even ade risk jugak la..but at least die xkan tipu kite..:)

    BalasPadam
  8. kalau saya pun saya tak berani nak join atau melabur macam ni.. lebih baik usaha sendiri daripada menanggung kerugian dikemudian hari..

    BalasPadam
  9. Nasib baik M tak jebakkan diri ari tu..last2 beli gelang mas ja la..

    BalasPadam