Pelajari Program Detox di The LifeCo Phuket #2

by - Rabu, Oktober 19, 2016

Hari pertama berlalu. Ingatkan tak dapat nak lalui sebab masing masing dah ‘teringin nasi’ sangat ! Sampai satu tahap kitorang semua dari resort berjalan kaki ke kedai runcit , semata mata nak cari apa boleh dimakan tetapi selepas berfikir berkali kali.. inilah tujuan kitorang ke sana ! Nak mengalami sendiri semua ini.. mengapa nak menipu pulak , kan ? Rugi laaa !

Balik bilik… jam 10 malam dah lena… Hehehehe.. Tapi ada bagusnya juga kitorang kat sini.. Dapat rehat sebenar benarnya rehat tanpa ada gangguan serta makan makanan yang.. hurmm..

Hari Kedua dan seterusnya..

Jam 5 pagi aku dah terjaga ! Pegang perut , masih ada ! Tapi terasa sesuatu jer di perut ! Aku tak pernah rasa sebegini. Rasa lapang je ! Kalau tidak , sebelum tidur , mesti makan macam macam.. Segalanya dibawa masuk ke bilik tidur dan bila bangun , terasa letih jer ! Tapi kali ni tidak sama sekali ! Segar semacam ! Awal lak tu bangn. Kalau tak , memang selalu lewat la bangun..

Kali ni , aku mandi awal. Bersiap dan selesaikan subuh.

image

Lepas subuh , aku terus turun ke bawah. Cuaca dah cerah. Tapi yang paling menarik ialah..kicauan burung serta udara yang menghembus. Allahu Akhbar.. nyamannyaaa ! Tiada gangguan dari bunyian muzik yang kuat.. segalanya memenangkan.. Damai sungguh.

image

Bila semua rakan dah turun , kitorang dihidangkan minuman pagi. Bukan coffee , tea atau air batu campur tapi air detox. Er , aku lupa lak campuran apa kali ni.

Aku tak banyak tanya sebenarnya melibatkan sayuran ni.. aku minum je dan aku takda masalah langsung dengan sayur sayuran ni.. Hahahaha… sedap ! Sekali hirup je , selesai ! Macam nak tambah je lagi tapi jangan mengada-ngada.. minum apa diberi.. makan apa saja yang dihidangkan. Jangan tambah dan jangan buang !

image
Morning Walk

Di sini , tiada lari lari.. semua rileks jer.. jalan ! Memang diorang nak terapkan perasaan tenang. Tak perlu nak kejar kejar masa.. Nikmati saat dengan penuh keriangan dan kesempurnaan..

Rileks..

image
Gambar oleh Shiqeen Sattar

Tak sangka berjalan di pantai dengan perasaan gini , mendamaikan. Sambil berjalan .. amik gambar ombak. Bukanlah takda laut di negara kita tapi laut di sini macam mengamit sesuatu di lubuk hati.. huhuhu..

Lama dah tak rasa tenang gini.. Secara jujurnya , aku dah lama tak dapat rehat. Asyik sibuk dengan blog dan kehidupan berkeluarga. Bila dapat peluang gini , sila gunakan dengan sebaiknya. Ternyata program The LifeCo Phuket serta aktivitinya memberi kesan pada mereka yang terlibat.

image

Morning Walk ni penting untuk menghadirkan mood yang bagus untuk sepanjang hari. Dan ternyata memberi kesan positif pada kitorang. Tersenyum riang semua rakan rakan.. Kemudian , balik ke resort untuk menikmati sarapan pagi. Fuh , tertanya apakah yang bakal dihidangkan ! Hahahaha.. Apa jua yang ada atas meja tu nanti , tak cerita banyak.. bedal je laa !

 Segelas air hingga ke petang 

Sampai resort.. tunggu punya tunggu.. takda apa apa ! Terus naik ke bilik. Dan tak lama kemudian , ada orang ketuk pintu bilik !

Wah.. makan makan !

Dan bukak .. aik , sorang segelas air je? Ni je ????

image

Minum je laa.. orang dah bagi , banyak lak bunyi eh ? Hirupan pertama.. rasa cam air spinach Popeye lak ! Hahahaha.. Terus terasa cam ada power gitu.. Ah , selesaikan je la..

Ok.. ni best part ! Seminit selepas air dihabiskan , aku sendawa kekenyangan ! Hahahaha.. kenyang rupanyaaa ! Maunya tak kenyang ?? Segelas air tu macam macam ada dalam dia ! Haaa… Ingat air kangkung kee !

Sebenarnya , hari tu bermulanya Program Master Detox untuk kitorang. Inilah pelan program tu..

image

Gempak ! Minum jus jer tapi tenaga banyak ! Siap aku boleh gi gym dan juga mandi kolam ! Huhuhuh.. Ada yoga tapi aku terlepas sesi pagi tu..

Best..

image

Selesai mandi kolam.. jalan jalan kat kawasan tu sebelum senja menjelang.. Dan.. segelas jus lagi untuk setiap kami. Hahahaha.. Bau sayur dah kitorang. Kentut pon wangi jer.. Huhuh.. Yelah , mana ada toksin sepanjang kat sini. Makan sayur jer… hahaha.

Memang rasa datang sini untuk berehat jer . Kalau korang ada stress , atau rasa cam nak belasah orang sebab tak leh tahan sabar.. meh la datang dan berehat di sini. Ni baru betul betul berehat ! Hahahaha..

image

Dan malam kitorang berakhir awal. Masing masing balik bilik dan siapkan kerja.. Banyak kerjaaa wooo.. termasuk call anak bini ! Baru teringat nak call .. haha.. Tapi aku whatsapp okk ! Aku tak nak call.. nanti rindu ! Hahahaha..

Badan penat. Kaki lenguh. Nasib baik ada Deep Heat Lotion. Kasi sapu kat betis , dan terus zasss.. lenaaaa ! Berbaloi bawak !

image

Program progam gini kan , patut ada banyak di negara kita. Maklumlah , negara kita ni mewah ngan makanan.. Makanan sajaa ! Tengok la badan memasing. Muda muda dah boroi ! Apa citaaaa ????

Apa pakej program kitorang kat sini eh ? Amacam ? Best kan ?

image
Kalau korang ada masalah dan perlukan tempat untuk berehat , sila la ke sini.. Memang mampu mengubah kita punya.. Cuba la try !

You May Also Like

5 comments