Menang , sepasukan. Kalah pun , sepasukan ! Jangan kecam seorang saja !

by - Rabu, Ogos 30, 2017

Hehehee.. Pastinya ramai yang tidur dengan perasaan yang.. hurmmm... Rileks laa.. Kita dah bergelar JUARA KESELURUHAN. Ok la kan ? Takkan semua kita nak sapu bersih. 'Sedekah' la skit kat negara jiran.. kan kan ? Heee.. 
Tadi aku layan final bola Sukan SEA di Hotel Perdana , Kota Bharu.. Kelantan bersama rakan blogger , Sohoque dan rakan Facebook yang juga orang kuat Hotel Perdana , En. Taha dan Eh Chiau aka Bird. Aumm.. Bird gituuuu.. Aku sanggup ke sana walaupun kepenatan memandu lebih 8 jam jam dari KL ke Kelantan , tak hilang lagi.. hehehee.. Bukan apa.. takut esok lusa dah sibuk.. payah dah nak ke situ.. 
Aku yang tak layan Sukan SEA kali ni , tak tau langsung corak permainan ke dua dua pasukan tapi berdasarkan analisa dari atas kertas melalui surat khabar dan juga komen komen di media sosial , aku dapat rasakan betapa tertekannya pemain Malaysia dan ini adalah peluang baik untuk pemain Thailand yang mana hanya perlu menunggu pemain negara melakukan kesilapan. Secara jujurnya , kedua dua pasukan mantap dari segi serangan dan pertahanan. Hanya kesilapan saja akan menentukan kemenangan.. 
Sambil tengok bola , makan besar.. heeee.. Tak la stress sangat kan ?

Thailand menang.. 1-0 . Aku tak nak analisa permainan mana mana pasukan. Aku tak layak. Heee.. tapi tahniah buat Thailand kerana dapat emas,  ibu segala pingat ! Heee. Kekalahan ni patut diambil positif oleh kita. Pasukan U23 ada cabaran lebih besar selepas ini. Sukan SEA ni cuma batu loncatan untuk perbaiki segala kekurangan permainan dan ternyata masih ada jurang perbezaan ! Banyak kerja perlu dilakukan lagi.. 
Kalah atau menang.. aku tak kisah. Janji perut aku kenyang ! Makanan di Hotel Perdana , tidak pernah mengecewakan aku. Huhuhu.. Tapi apa yang mengecewakan aku ialah sikap segelintir mereka yang mengelarkan diri mereka penyokong pasukan.. kecam pemain yang melakukan kesilapan ! Jangan gitu. Mereka dah berusaha sehabis baik dah. Mereka juga tertekan sebagai tuan rumah. Rileks sudah la.. Layan je ! Nikmati permainan. Kalau nak menang jer , korang je la main. Aku jadi penyokong lak. Teringin nak kecam korang ! Hahahahha.. 





You May Also Like

3 comments

  1. Haaa makan sedap. Malaysia lak ketinggalan masa tu. Mata aku kuyu dan terus kuyu. Sib baik en Bird bawak kopi kaw. Segar sikit mata lepas tu

    BalasPadam
  2. Betul tu.. jangan salahkan seorang je. Lagipun mereka dah bermain bersungguh-sungguh hingga berjaya masuk ke Final walaupun kalah.
    Tahniah buat pasukan Thailand dan juga Malaysia.

    BalasPadam
  3. Mereka dah usaha main sehabis baik, kesilapan tu satu penyebab. Memang sebagai penonton saya kecewa tapi apakan daya bukan rezeki. Moga pasukan bola kita sukses di kejohanan² lain.

    BalasPadam