Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's Malaysia 2021

by - Khamis, Jun 03, 2021

Daripada 4 ribu pencalonan  Anugerah Guru Inspirasi McDonald's Malaysia 2021 , akhirnya 25 orang guru terpilih sebagai penerima anugerah.  Kesemua calon adalah terbaik tapi sayangnya hanya 25 orang guru saja yang akan terima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5 ribu seorang , trofi dan sijil pengiktirafan manakala pencalon mereka pula menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan. Untuk pengetahuan para pembaca , para penerima anugerah dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada wakil-wakil dari McDonald's, Kementerian Pendidikan, dan media.

Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia  berkata Anugerah Guru Inspirasi  ini menjadi platform untuk mengetengahkan golongan pendidik sebagai insan luar biasa dan wira dalam kehidupan seharian kita dan  mereka telah menerima pelbagai kisah menarik mengenai guru-guru yang sanggup berkorban tanpa mengharapkan balasan atau ‘go the extra mile’ untuk memupuk minda generasi muda dan membina asas kukuh yang akan membentuk masa depan mereka. Kisah-kisah yang mereka terima menceritakan dedikasi dan komitmen tidak berbelah bahagi guru-guru ini dalam melaksanakan tugas harian mereka, sama ada besar atau kecil, yang membentuk keseluruhan profesion mereka.

Ok.. Jom , kita layan video ni terlebih dahulu..

 

Ahaa... Dah layan video kan ? Sekarang kita baca kisah salah seorang penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's Malaysia 2021. 


MR JOHARI MOHAMAD
Dari SMK DATO' IBRAHIM YAACOB
Dicalonkan oleh BAIZURA BINTI MOHAMAD


Cikgu Johari atau Cikgu Jo sudah genap 8 tahun mengajar di SMK Dato' Ibrahim Yaacob, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Seorang guru yang sangat komited terhadap kerjayanya. Dikatakan beliau pernah mengumpul dana daripada rakan guru dan sahabatnya apabila mendapat tahu ada anak- anak muridnya yang terpaksa menolak tawaran untuk masuk ke IPT akibat masalah kewangan.  Sebolehnya, Cikgu Johari ini mahu melihat semua anak didiknya berjaya melanjutkan pelajaran dan mampu mengubah taraf hidup masing-masing. 

Selain itu, Cikgu Jo sangat menyokong setiap perniagaan kecil-kecilan bekas anak muridnya yang mereka usahakan terutamanya di media sosial. Kadang-kadang Cikgu Jo sendiri membelinya. Ada kalanya dia akan turut sama membantu mempromosikan perniagaan tersebut. 

Cikgu Jo juga selalu menyokong murid-muridnya untuk menjadi yang terbaik dalam karier masing-masing. Ada juga anak muridnya yang berjaya menjadi selebriti terkenal hari ini dalam industri seni tanah air yang sebelum ini di peringkat sekolah Cikgu Jo berusaha menghantarnya ke beberapa pertandingan nyanyian bagi menggilap bakat bekas murid tersebut. Pernah sekali beliau membiayai kos bagi satu kursus nyanyian untuk bekas murid tersebut kerana dia yakin potensi diri yang ada pada anak didiknya itu. Dan bekas murid itu telah berjaya menempa nama dalam bidang yang diceburinya itu. 

Pada Januari 2021 yang lalu, Cikgu Jo telah menerima pengiktirafan setelah dipilih oleh jawatankuasa penganjur dalam '#Bersama2.0 : SPOTLIGHT ON HEROES' oleh Syarikat Sime Darby Property atas usahanya kepada murid-murid dan komuniti setempat dalam mendepani pandemik Covid-19.

Tahniah buat Cikgu Jo dan juga pada cikgu cikgu yang berjaya terima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's Malaysia 2021. Tak lupa juga buat kesemua cikgu cikgu di Malaysia. Semoga kejayaan cikgu cikgu ini mampu memberi inspirasi buat kita semua. Tak semestinya jadi cikgu baru nak berkorban pada anak bangsa kan ? Haaa... Kita sama sama membangunkan negara dan melahirkan masyarakat yang mampu memberi manfaat buat semua.. bukan saja pada negara tapi pada juga dunia ! 

Ok.. buat rakan rakan pembaca, korang boleh baca kisah kisah inspirasi dari penerima anugerah kali ini di Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2021 

Tahniah sekali lagi buat semua ! 


You May Also Like

3 comments

  1. semoga mereka lebih semangat dlam melaksanakan tanggungjawab mengajar. tahniah cikgu2

    BalasPadam
  2. Antara contoh guru-guru yang komited dgn tugas mereka di samping ribuan lagi yang serupa,,,tahniah!

    BalasPadam
  3. Tahniah cikgu... contoh terbaik...

    BalasPadam