Bukan sado atau besar yang aku kejar tapi...

by - Jumaat, Oktober 01, 2021

Bila ada yang kata kenapa tak  besar macam mereka ? Aku senyum je la. Aku dari awal awal lagi dah cakap.. aku bukan bodybuilder dan juga bukan atlet bina kekuatan gitu. Aku buat semua ni sebab hobi. Aku mencari hobi sihat yang mana mampu mengubah cara hidup aku. Selepas aku berhenti bermain bola, kehidupan aku hanya tertumpu pada dua benda jer. Kerja dan makan. Lepak pun satu hal gak. Dan akhirnya , aku ada HYPERTENSION ! 

Sapa yang ada HYPERTENSION ni tau la camana rasanya. Ditambah ketika pandemik ni, mereka yang berisiko tinggi, adalah golongan yang mudah masuk ICU ! 

Alhamdulillah.. maka fokus aku dalam bab penjagaan kesihatan ni lebih tertumpu pada nak sihat dan berstamina. Nak basuh pinggan senang.. nak jemur baju pun tak mengah. Bawak anak anak jalan pun ok jer.. Pendek kata, kita sihat gitu ! 



Sado ? Hahaha.. Payah yer nak sado sado ni ! Kau kena jaga makan. Kos tinggi. Kita amik yang sederhana je la. Bagi nampak kemas, kacak dan segak. Barulah mata yang memandang tu, sedap. Pengambilan makanan berkhasiat tu penting. Kang ada yang tak sabar, guna cara singkat ! Salah dah tu.  Kalau tanpa pengawasan pakar, rosak badan. Aku, alhamdulillah.. busuk busuk pun amik whey protein dan seangkatan dengannya. Pastu banyakkan bersenam. Di rumah mahupun gym. 

Bab makan ni.. nak makan apa pun , makan je la. Tapi sederhana la yer. Biar makan untuk rasa dan sekadar kenyang. Aku pun bedal je bila bab makanan ni . Tapi tak melampau la banyak macam dulu. Yang mana lepas makan tu, terus mengelembung perut. Pastu nyesal. Huhuh.. Makan ala kadar ni banyak manfaatnya. Badan pun rasa rileks. Nak bangun pagi pun selesa jer. Dan paling penting, bila kita di saat tidak ada makanan , kita mampu bertahan. 



Alhamdulillah.. Aku yang pernah 'kehilangan kaki' terasa lain sangat kehidupan. Nak berlari tak boleh. Nak lasak ngan anak anak skit pun tak boleh. Nak dukung anak pun kena hati hati. Dan bila kaki dah pulih, aku bersyukur sangat. Aku nikmati anugerah Allah beri ini dengan sebaiknya. Berhati hati ketika bersukan dan dalam penjagaan makanan. Yang penting , kita hargai kesihatan yang Allah berikan. Jangan sampai kehilangan.. ketika tu...hurm... 



You May Also Like

2 comments

  1. Kesihatan salah satu daripada banyaknya nikmat dan rezeki daripada Tuhan kepada kita.

    BalasPadam
  2. Salam ziarah.
    Setuju dengan anda. tak apa biarkan ja ada yang cakap tu..kita jadi diri sendiri.
    Amalan yang baik yang mereka tak nampak tu yang kena bawa di akhirat. InshaAllah

    BalasPadam