Rentas Negeri untuk 2021 dibenarkan tapi aku masih takut !

by - Isnin, Oktober 11, 2021

Hari ini dalam sejarah negara. Lebih 90 peratus rakyat Malaysia telah divaksinasikan. Maka dengan itu, kerajaan membenarkan kembali sempadan negeri dibuka. Haa ? Apa lagi.. Jom lagi balik kampung. Rindu mak ayah dah kan ? Tapi sebelum tuuu.. sebelum tu.. pastikan semua orang yang bakal terlibat nanti tu, buat swab kendiri. Bukan apa.. nanti pergi tu sihat , balik tu.. hurm.. Banyak kes dah yer. Virus Covid 19 ni bukan main main yer.. Berpuluh ribu dah hilang nyawa dan setiap hari lebih 2 digit angka kematian. Aku ingatkan jer. 

Amalkan TRIIS ! Ramai tak tau ni. TRIIS bermaksud TEST , REPORT , ISOLATE , INFORM dan SEEK. Ada kat bawah ni haa..


Hurm... Rentas Negeri punya cerita , kita akan tau dalam tempoh 2-3 minggu lagi. Yang sebelum ni punya 'kebebasan' dah nampak kesan dia. Ada yang dah mula gagal patuhi SOP. Macam aku ke Sungai Congkak kelmarin.. Walaupun tidak mandi sungai, mereka berjalan sana sini tanpa memakai pelitup muka ! Alooooo... pakai laaaa ! Nak mandi n makan je baru bukak ! Takkan tu pun tak reti nak ajar ? Tak kisah la ko sihat ke atau aku sihat.. Pakai tu memang kena pakai ! Bila takda orang.. baru bukak. Susah sangat ???

Nak masuk kedai satu hal lagi ! Memang takda sapa sapa yang check pun. Kedai yang patuh SOP ni sikit sangat. Pasaraya macam AEON , Jaya Grocer.. memang check. Tapi yang kecik kecik tu.. hurm.. ko masuk je la ! Jadi apa apa.. pandai pandai laaaa.. 

Serupa dengan pusat kesihatan yang aku gi ! Adeh.. Aku pakai je face mask masa workout. Kecuali bila takda orang je , baru aku bukak. Tu pun aku pastikan kipas dan tingkap dibuka. Aliran udara tu ada. Ikut SOP yang disarankan.. susah ke ? Rasanya baik kerajaan kompaun sekali kedai kedai yang ingkar ni. Yang masuk , langgar SOP tu pun kasi kompaun sekali ! Aku penat dah nak duduk rumah. Income banyak hilang. Kalau gaji tetap masuk tiap bulan dengan duduk rumah je , ok la.. Grrrr...

Kita jaga kita ? Memang laaaa... Tapi spesis yang tak reti nak jaga orang lain ni ramai kat Malaysia. Bila kes naik.. motto KITA JAGA KITA tu hanya part membekalkan makanan jer. Lain lain part , ko pandai pandai la sendiri ! 
 


Bersihkan diri selepas workout di gym

Memang kita kena hidup bersama dengan virus.. tapi kita kena tau yang mana ubat untuk ubati Covid 19 ni belum ada di negara kita. Cara terbaik buat masa ini ialah , vaksin dan patuhi SOP. Aku ingatkan jer.. Selebihnya terpulang pada diri sendiri. 

Jaga diri. 
 

You May Also Like

3 comments

  1. Jujur memang rasa syukur sangat dah boleh rentas negeri, tapi rasa teruja tu hambar, entah la ada rasa takut pun ya. Belajar darpada yang lepas-lepas. Bukan bersangka buruk dengan Allah atau apa tapi apa yang telah terjadi perlu juga kita ambil kira jadikan sempadan.

    BalasPadam
  2. Setuju, tak ada ubat lagi, cuma vaksin utk melindungi je tapi risiko untuk dijangkiti tetap tinggi. Kena jaga SOP dan jarak tu selalu semat di ingatan. TQ ben atas nasihat. Semoga senantiasa di lindungi. Amin.

    BalasPadam
  3. quickbooks tool hub provides many types of software like Expenses, Sales, Profit, Loss, and many other things. this is a very useful tool for small businessmen and shopkeepers. you will use it very easily, everyone uses this for your purpose.

    BalasPadam