BEN ASHAARI



 

Maaf yer .. ni segmen sekadar suka suka ... Cuma yang mana benar benar menarik mata aku akan layak berada di sticky post selama 24 jam .. hehehe.. Walaupun bukan benar tapi yang penting ialah keikhlasan namun begitu pastinya aku ada sesuatu yang aku mahukan di pada harijadi aku kan ... hehehe.. tapi bukanlah aku mintak pada kawan kawan .. aku beli sendiri la.. hadiah untuk diri sendiri .. kan kan ?

Berikut adalah hadiah yang aku berkenan .. hehe .. semua berkenan tapi aku terfikirkan ini :

image

 Section sub zero

image

Malek ku

image

MILA

image

FIQAS

image

AKU BERSAMA CAHAYA

Ok... semua hadiah menarik sangat .. cuma skang ni aku mencari hadiah apa yang aku nak beli .. hehe.. Yang aku pilih tu adalah mungkin yang akan aku beli .. Tapi yang manakah paling aku nak buat masa sekarang ??? Yang itulah akan beli nanti... hehehe. ..

Buat mereka yang sertai segmen ini , jutaan terima kasih !!! Aku amat amat amat hargai sangat .. Mereka yang mengucapkan selamat pada aku juga , dengan rasa rendah hati aku mengucapkan terima kasih yang tak terhingga.. Anda semua yang terbaik !!

Untuk lihat hadiah yang mereka bagi , sila ke sini ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Terharu .. bila lihat undian di BLOG PILIHAN MALAYSIA kategori BLOG SUAMI PILIHAN , blog BEN ASHAARI , menduduki tangga teratas buat masa sekarang dengan undian 538 dan paling hampir ialah 107 undian .. Sangat jauh jaraknya .. Wow.. aku tak sangka menjadi pilihan.. Sebenarnya aku tak harapkan apa apa pon .. Aku mintak dijauhkan segala pujian agar kerana aku tak mahu lupa diri ..

Cukuplah bagi aku berblog ini aku dapat pendapatan sampingan untuk membantu keluarga aku dan aku sendiri membina kehidupan yang lebih sempurna di masa sekarang dan akan datang ..

Aku dah cukup gembira dengan keadaan sekarang di mana skarang ni blogger blogger baru dah mampu bergabung tenaga bantu membantu sesama sendiri .. Bercerita dan berkongsi maklumat dalam blog masing masing sambil mencuba mendapatkan wang poket secara sambilan .. kan ? Tak guna nak bergaduh atau bertekak ... sama sama makan .. Sapa rajin usaha dan kreatif dia lebih berjaya .. Tak perlu ada perasaan hasad dengki ..

Dunia glamer memusnahkan kita .. Ingatlah ... dunia glamer tak menghalang maut dari menghampiri kita .. Biarlah sederhana dalam apa jua yang kita buat ... 

Berbalik dengan undian tadi tu .. sapa yang berminat nak mengundi , bolehlah menjengokkan diri kat sana .. Nah.. ni linknnya .. BPM .. TERIMA KASIH SEMUA KERANA MENYOKONG SEGALA SEGMEN AKU SELAMA INI ! KERANA KAMU SEMUALAH AKU MASIH LAGI DISINI !

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

image

{DITUTUP PADA 28/11/2010 }


Sangat mudah contest ini ... Tak perlu buat entri atau tagged apa pun .. Sekadar teka berapakah harga kesemua barang barang ini .. Hanya yang tepat saja layak dikira pemenang ...

Hanya sekali saja boleh teka ... hehehehe .. Tinggalkan jawapan di ruangan komen .. TULIS : HARGA dan URL BLOG .. tu je .. tak susah kan ? ehehehe .. Paling pantas dan tepat adalah pemenang ...

Share
Tweet
Pin
Share
85 comments

Erm.. Kat Alamanda tadi aku usha jualan murah oleh MPH .. Byk giler buku ... Sambil tengok tengok tu , aku ternampak buku pasal blog .. Cara cara menjana pendapatan dari blog .. hurmm .... Menarik gak ...

Ok.. kat sini aku nak amik kesempatan untuk rakan rakan yang berminat mengetahui selok belok mengenai pembelian rumah .. Ada rakan blogger kita yang menyediakan blog untuk menerangkan serba sedikit mengenainya dan banyak lagi.. Kalau berminat , rajin rajinkan diri tu ke blog rakan kita , HAYATI ..

Kembali ke segmen kita .. REDAH KAU DAN AKU OLEH BEN ASHAARI ... Kita masuk senarai nama ke 3 .. Jap je kan ? Aku pon tak sempat nak redah lagi sebab nak siapkan senarai nama ni .. Baru buat satu senarai , masuk lagi .. hehehe.. Syukur... diterima ramai.. hehe.. Terima kasih kawan ... OK.. jom tengok senarai terbaru :

  1. AiDa
  2. hazlin
  3. ijatnuar87
  4. Eliyana
  5. sekamar rindu
  6. ibh
  7. LugieAmir
  8. @cu SaYaNg
  9. AKO @ retna
  10. Budak Botak
  11. .shark.grown.up.
  12. fatin hanani
  13. Miss Nina
  14. Syafiq Rosli
  15. MiSz OnYz
  16. SHA
  17. Ellen
  18. azieazah
  19. . the Owner .
  20. rieyana ynn
  21. Adam
  22. silent thinker
  23. ain mustaza
  24. Haris Khairuddin
  25. nora amila ghazali
  26. Shafa
  27. husniah zaimah

Hehe.. selesai senarai ke dua ... Pasni ... contest sehari .. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Mak aih .. aku ingatkan takde sambutan sebab kena redah meredah ni tapi tak sangka la pulak ramai giler ikut serta .. Ok.. bagi mereka yang dah buat SSBA tapi lom submit atau terlepas pandang tu , sila paste url tu kat sini .. Tqqq..

Aku baru balik dari Alamanda .. Shopping barang dapur skit dan beli buku kat MPH tu .. ada jualan murah MPH .. sambar satu buku .. hehe.. dalam pusing punya pusing , berkenan satu buku ni .. KAPAL HAJI DALAM KENANGAN .. hehe .. best ! Nak tau pengalaman orang dulu dulu g haji .. baru leh rasa semangat haji atuk nenek kita dulu .. kan ?

Ok.. tamo bebel.. Kita ke segmen terbaru aku iaitu REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI .. Hurm .. menarik penyertaan kali ni sebab ramai blogger lelaki gak join .. biasanya perempuan yang yang monopoli .. hehe.. skang seimbang aku rasa..Alhamdulillah .. ini bermakna skang ni blogger lelaki dan perempuan boleh bergabung dan berkongsi pendapat dan idea tanpa mengira jantina .. Terima kasih semua !

Senarai terbaru REDAH AKU DAN KAU OLEH BEN ASHAARI :

  1. aNa d'sKoDenG
  2. Amirah Su'aidah
  3. AkU bUdAk pRoGrAmMiNg!!
  4. haniz
  5. nuR izyan
  6. nadia
  7. ieda
  8. Rafidah Bakri
  9. res ipsa liquitor
  10. Shaofie
  11. adrina sidek
  12. Syat0za
  13. LUKISAN PENA
  14. Ummi Alifya
  15. Love hurt aeNnn
  16. Miss Syamsina
  17. iqbalhakimi
  18. moChaCCino
  19. Lydia Miza(Aidyl Azim)
  20. MTL
  21. WannZ_AzryN
  22. Scarlett O'Hara
  23. ~AsiahRazali~
  24. Cik Kamoo
  25. Pendekar Berkuda

oK.. Ada lagi tau .. sabaq... ni saja buat 25 nama dulu .ada lagi 20 lebih .. hehehe .. Huih.. meriah gak eh.. hehehe..

Tengah malam ni ada satu pertandingan nak buat..  Satu hari punya pertandingan .. Pemenang akan berada dapat promosi sticky post selama 24 jam .. amacam ? Menarik tak ? hehehe .. tungguuu ... Sementara tu , g redah blog kawan kawan tu.. kot kot ada ilmu dunia dan akhirat yang boleh dikongsi bersama .. Sapa tau ???

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

{ SEGMEN DITUTUP PADA 29/11/2010 }


Wah .. tajuk berhantu ! hahaha .. kasi REDAH AKU DAN KAU PUNYA ! Redah menda ??? Heheh.. segmen ni kalau diperhatikan memberi peluang untuk mempromosikan blog yang menganjur dan yang terlibat.. Sama sama untung sama sama rugi... OK la kan ?

Mudah sekali tapi agak rumit namun begitu berbaloi... InsyaAllah .. sama sama mencubanya .. Bukan kena keluar duit pon kan ? Yang penting , cuba jaya dulu ... OKeh ? Caranya begini.. Sila baca dengan teliti .. Markah akan ditolak sekiranya terdapat.. hehe.. acah jer.. Caranya ialah :

  1. Buat satu entri ;
    • Tulis tajuk REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI , kemudian linkkan ke entri ini agar mereka yang nak join nanti tau mana nak cari ..
    • Sila redah blog BEN ASHAARI dan cari 5 ENTRI yang korang rasa korang sukakannya dan tulis kesemua entri tu termasuk linknya sekali .. Contoh 1 ) Bila lihat mereka yang popular tu .. 2) .... 3 ) .... dan seterusnya ..
    • Kemudian , sila beri 5 entri milik blog korang sendiri yang korang rasa berbaloi dibaca oleh pengunjung blog korang nanti ... Caranya pon sama gak .. Tulis tajuk dan linkkan sekali ..
  2. Kemudian , sila tinggalkan url entri korang di sini agar dapat dipaparkan bersama sama ..

Ok.. amacam ? Senang je kan ? Kalau berminat , silalah buat .. kalau tak nak , tak perlu nak bising bising .. Tu saja .. Terima kasih ..

Yang dah join :

  1. Izamir
  2. AfiqBukhari.com
  3. Orange
  4. iDeaLz cRazEe
  5. amad sarpix
  6. faizah
  7. oshin

Tarikh tutup ? Bila tiba masanya .. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
121 comments

Ok.. dengan ini , saya umumkan penutupan segmen SAYA SUKA BLOG AWAK LA ...Ini kerana saya .. eh.. apasal sopan benar lak aku kali ni ?? Iskh.. Ini kerana aku nak lancarkan satu segmen baru .. Baekkk punyaaa .. hehehe .. Sebelum tutup , aku nak senaraikan blog blog yang terakhir join segmen SSBA ni .. Blog tersebut ialah :

  1. F.a.S.h.E.e.H.a
  2. Syat0za
  3. Peri PiA
  4. nadia
  5. HAZWAN17
  6. Black Winter
  7. LadyzuL
  8. WannZ_AzryN
  9. Nia Dhani

Apakah segmen yang akan muncul selepas ini ?? Hehehe.. Segmen yang bakal mempromosikan blog masing masing .. Walaaahh.. hehehe.. sediakan pen dan kertas.. tekan buzer bila soalan dikemukan.. haaha.. cam kuiz lak.. ok.. tunggu entri selepas ini .. Iklan sebentar ... g blogwalking tu dulu..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

FOLLOWER .. Penting ? Bagi sesetengah blogger , mungkin penting .. ada yang tak kisah .. Bagi aku , penting .. Kenapa ?  Hehe .. Rasa dihargai .. tu jer .. Sbbnya aku tak paksa sapa sapa follow aku .. Dia nak follow , dia follow .. Kalau aku ada masa , aku cuba ikut skit skit .. Maklumlah , aku bukak laptop hanya untuk update entri.. Blogwalking aku dilakukan di hp aku .. kat situ , tak boleh nak follow atau bagi komen ..

Ok.. ni tips mudah nak tackle FOLLOWER ..

  1. Blog yang menarik .. maksud aku dari segi template ..
  2. Entri yang best.. penggunaan bahasa yang mudah difahami ..
  3. Tiada semak samun dalam blog ..
  4. Kerajinan mengupdate blog .. Apa guna orang follow blog yang 'dingin' ?

Tu je la yang aku nampak sekarang sebab tetiba mata mengantuk.. penat kot .. hehehe.. Kalau kawan kawan ada nak tambah , silakan lah ..

Biarlah mereka follow sbb blog kita menarik perhatian mata mereka .. Tak guna follow sebab 'arahan' dari kita .. Okeh ? Maaf dari saya ..

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

Entah kali ke berapa entri aku berkaitan isu  I FOLLOW U dah ! Wajib FOLLOW ME tau !!

Blogging ni bukan berkaitan I FOLLOW U... Yang melibatkan I FOLLOW U ni hanya lah DIGI dan bedak FOLLOW ME .. Tapi blog tidak sama sekali ..

Soal I FOLLOW U ni adalah soal keikhlasan .. Tertera di  widget tu adalah PENGIKUT dalam bahasa melayu dan FOLLOWER dalam bahasa inggeris .. Tidak ada jaminan di situ yang mana aku akan follow balik ..

Apa yang mampu aku pada mereka yang sudi mengunjung blog aku ni hanyalah segmen suaikenal antara blogger .. Berbaloi atau tidak .. Wallahualam ..

Alhamdulillah .. ramai blogger dah tau isu ni dan tak gunakan dah .. termasuk juga komen komen yang tidak membina setiap kali meninggalkan jejak ..

Tu je la aku nak bagitau .. terpulanglah pada diri masing masing .. Kalau nak follow memfollow , lebih baik 'lepak' kat FACEBOOK jer .. Ok ? Harap jangan ada yang terasa .. Bukan nak tegur atau nak mengajar .. Sebagai seorang sahabat blogger , aku nak bagitau sebelum ada blogger lain sembur korang nanti ... hehehe...ok ??

Share
Tweet
Pin
Share
32 comments

 

Segmen ni sampai penghujungnya dah sebab , nak cari hadiah apakah yang sememangnya dalam kepala otak aku ni mahukan .. hehe.. Ok.. kita lihat senarai mereka yang dah antar assignment mereka .. hehehe .. Macam yang aku bagitau , takde hadiah .. cuma .. paling menarik mata aku ni akan dapat sticky post 24 jam yang mana harganya , tak yah la sebut.. cuma berbaloi .. InsyaAllah..

Berikut senarainya :

  1. nursufi81
  2. Mama Zara
  3. Siti Noraisyah
  4. MamaFaMi
  5. rabiatul
  6. misza
  7. Hishyamuddin
  8. Ummi Alifya
  9. ::Cikgu Akim::
  10. -hanyaaku-
  11. Nia Dhani Nasir
  12. MiSz OnYz
  13. aref seven
  14. ♥NuR SyAFiQah♥
  15. akubersamaCahya
  16. ♥..permysuri_hati..♥
  17. AiMaN
  18. peni anani
  19. Songo
  20. Sya Hassan
  21. Noor Faezah Mazli
  22. Fiqas
  23. ana ayesha
  24. Ummi Zaihadi
  25. Hannan Al Qudsey
  26. ayah_ibu_nasuha
  27. Aisyah AR
  28. apezs shah
  29. razucute
  30. Mila
  31. Sabihah
  32. Apezs
  33. nur
  34. Malek ku
  35. Izamir Ridzwan
  36. wida
  37. efa nur
  38. efa
  39. Cahaya Senja
  40. ijatnuar87
  41. Scarlett O'Hara

Semua yang 'bagi hadiah' ni mmg menarik sekali cuma sayangnya aku Terpaksa pilih satu jer .. Yang manakah bakal  menarik perhatianku ?

Jawapannya bakal keluar pada harijadi aku nanti .. hehehe...

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Sedih .. sayu jer .. M.RAJOLI .. AZEAN IRDAWATY .. dua pelakon yang hebat ... dan salah seorang dari mereka telah pon kembali ke rahmatullah .. Al-Fatihah buat arwah M. Rajoli.. Semoga arwah tenang di sana ..

Aku sedang menonton drama bertajuk TANAH KUBUR di Astro Prima .. Hurm.. Kita lihat kehidupan mereka dulu penuh dengan glamour serta kemewahan .. Itu yang kita lihat secara kasar .. Hakikatnya ? Hanyalah mereka dan keluarga mereka saja tau keadaaan ..

Dunia glamer ni hanya tipu daya syaitan jer.. Kita dibutakan dek 'kebanggaan' ciptaan kita sendiri yang mana akhirnya hati kita menjadi hitam kerana terlupa akhirat .. Majoritinya yang mengejar dunia glamer ini terlupa akan saat kematiannya .. Yang dia nampak hanyalah dunia .. dunia .. dunia ..

Lihatlah contoh contoh yang ada .. Bagaimanakah pengakhiran mereka ? Micheal Jackson .. dan ramai lagi .. Bukanlah aku nak kata itu hukum Allah .. Kita tak boleh sewenangnya menjatuhkan hukum cuma kata aku ialah , apalah yang nak dikejar glamer???

Berapa ramai yang berblog sbb nak kejar glamer ? Tengok la cermin sendiri .. jangan tuding jari kat orang .. hurmmm .. Berhati hatilah .. jangan sampai tersesat jalan .. Kalau sempat kembali, alhamdulillah ... kalau tak ?

 

Hanya padaMu aku meminta
Sesungguhnya Kau pemurah
Ampuni segala dosaku..
Kesejahteraan,kedamaian,keimanan,ketaqwaan
hindarku dari Mu Tuhan
{Selawat serta salam
buat Nabi junjungan kepada muslimin dan juga muslimat
Ya Allah Ya Tuhanku
aku mendengar seruan dan hanya kepadaMu ku beriman}
KeranaMu aku disini
KepadaMu aku kembali
Apabila tiba saatnya nanti
Sehingga tiba detik itu
Ku bermohon hanya dariMu
Engkau peliharailah diriku
Dengan namaMu Allah Yang Agung
Yang Pengasih Yang Pengampun
kepadaMu ku berlindung

LAGU : DOA oleh  RAHIMAH RAHIM

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Huih.. atas permintaan seorang sahabat , maka aku akan list semua blog blog yang dah join SAYA SUKA BLOG AWAK LA dari mula hinggalah ke ..er.. tadi la kan ? sampai sesi 6 la kan .. hehe..

Ok..ini adalah linknya ... 1 , 2 , 3 , 4 , 5 dan 6 .. kata dah.. aku salah kira.. hahaha .. ni satu lagi.. sepatutnya ni jadi 7 .. hehe.. jgn marah aaaa..

Hurm... blogwalking pon jangan sampai tak solat yer .. dahulukan yang penting dulu yer ... Terima kasih kawan kawan yang menyertai segmen ni ... Nak lagi ke segmen ? Kang ada yang meluat .. hehehe

*tq azhar

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Soalan yang diambil dari HMETRO 

SAYA berusia 22 tahun dan mempunyai kakak berusia 27 tahun yang bekerja di kelab malam. Dulu kakak pernah bersekedudukan dengan lelaki A hingga melahirkan anak yang kini dijaga ibu yang sudah tua. Dia tidak peduli langsung anaknya.

Kakak bekerja di kelab malam untuk menyara anak dan ibu saya. Saya tertanya-tanya adakah duit itu halal?

Selepas itu, kakak berkahwin dengan lelaki B dan hanya bertahan setahun saja sebelum bercerai. Puncanya, dia �mempunyai ramai lelaki di belakang suami. Akibat tidak mahu dituduh dayus, suaminya menceraikan kakak.

Sikapnya masih tidak berubah dan kami tidak mahu mengambil tahu hal kakak kerana bosan. Baru-baru ini, dia mengaku duduk sebilik dengan lelaki lain di rumah kami.

Jawapan .. di sini

 

Kalau korang la kan.. apa jawapan nak bagi kat kawan kita ni ? Bagaimana nak selesaikan masalah mereka ? 

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

PUTRAJAYA: Kegiatan ajaran sesat Islam Jamaah (IJ) yang antaranya menghalalkan tulang babi dimakan dikesan bergerak semula di negara ini selepas penahanan 21 pengikutnya selepas mereka melakukan solat Jumaat di surau tanpa tauliah di Sungai Tangkas, dekat Kajang, semalam.

Kegiatan ajaran sesat yang dipercayai didalangi lelaki warga Indonesia itu menjadikan surau berkenaan sebagai markas sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kira-kira jam 1.40 tengah hari.

Sebelum serbuan, beberapa penguat kuasa Jais menyelinap ke dalam kumpulan terbabit yang taksub mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang disampaikan lelaki itu.
Selepas mereka selesai bersolat, penguat kuasa Jais mengepung surau itu dan menahan 21 pengikut kumpulan itu yang turut membabitkan beberapa wanita.

Mereka yang berusia antara 20-an hingga 50-an, sebahagiannya ditahan di dalam sebuah rumah berhampiran surau itu dan kebanyakan mereka warga Indonesia.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, berkata ajaran sesat IJ sudah diwartakan haram sejak 1980-an selepas ia didapati bertentangan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

Menurutnya, ajaran itu dibawa dari Indonesia dan disebarkan di kalangan penduduk tempatan yang terpedaya kerana ingin menggunakan jalan singkat bagi mendekatkan diri dengan Allah.
“Antara kepercayaan pengikut kumpulan itu ialah tulang babi halal dimakan, yang haram daging babi saja. Jelas pegangan ini bertentangan dengan ajaran Islam sebenar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, serbuan semalam dilakukan pihaknya selepas siasatan dan pemantauan Jais mendapati kumpulan ajaran sesat itu cuba mengembangkan ajaran mereka bukan saja di kalangan pendatang Indonesia, tetapi juga kepada penduduk tempatan.

Menurutnya, tindakan pengikut ajaran itu yang mengadakan solat Jumaat dengan jumlah makmum hanya 20 orang satu lagi bukti kesesatan mereka.

Selain itu, kata Khusrin, satu lagi kesalahan mereka yang jelas ialah melakukan solat Jumaat di surau yang tidak pernah diberikan tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan menjadikan surau itu sebagai markas menyebarkan ajaran sesat terbabit.

“Jais serius untuk memastikan ajaran sesat terbabit tidak terus berkembang. Sebab itu kami menempatkan ‘orang kita’ dalam kumpulan itu ketika mereka melakukan solat Jumaat tadi (semalam).
“Dengan tindakan itu, Jais berharap dapat memiliki bukti kukuh, malah selepas ditahan semua mereka dibawa ke Mahkamah Syariah Kajang untuk didakwa atas kesalahan menjadi pengikut ajaran yang difatwakan sesat,” katanya.

Sementara itu, portal e-Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan antara penyelewengan pengikut IJ ialah mendakwa kumpulan mereka saja mengamalkan cara Islam sebenar manakala bukan ahli dianggap kafir.

Pengikutnya juga dibenarkan melakukan solat Jumaat di rumah, menganggap lelaki dan perempuan ajnabi tidak batal wuduk jika bersentuhan, selain mengeluarkan hukum binatang yang mati di perkampungan orang Islam tidak perlu disembelih dan halal dimakan.

-HMETRO-

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

6 dah ke ? Tak hengat la .. Ramai banget .. Ok.. terlebih dahulu aku mengucapkan jutaan teramat jutanya buat mereka yang telah mencalonkan serta mengundi BEN ASHAARI BLOG di BLOG PILIHAN MALAYSIA .. klik link jika berminat nak mengundi ( link ) .. Terharu sangat bila tengok undiannya .. Aku ingat takde sapa nak undi aku memandangkan saingan mmg mantap sekali .. hukhuk ..

OK... skang kita ke SSBA lak .. senarai terkini ada lebih dari 10 .. Alhamdulillah .. ramai kenalan baru kita dapat kan ... Okeh.. kita tengok senarai terkini :

  1. Ati Masrif
  2. Cik Eka Katsumi
  3. NurulAsyikinAziz
  4. alinac lover
  5. pink
  6. Zafirah Majdiah
  7. iqbalhakimi
  8. Liyanaziz
  9. aeinio
  10. AiMaN
  11. tomatokering
  12. Aisyah AR
  13. riena
  14. Shaa

Pada yang nak join tapi tak tau camana nak buat ? sila ikut macam kawan kawan lain yang dah buat .. klik link yang ada disediakan dalam blog mereka.. ok ?

Hurm.. Sapa dah g MAHA ? Best tak ?

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

Sapa kata berblog tak berbaloi ? Meh habaq mai sat .. haaa .. Berbaloi baloi ... Skang ni nak simpan duit untuk buat apa yang patut buat dengan rumah tu .. Yang pasti aku nak ada mini gym !! Dah ada rumah sendiri boleh buat apa saja la kan !!! Hahaha.. i likee !

Tadi .. seperti yang dirancangkan .. maka pergi la ke BANDAR BARU SALAK TINGGI ... Hehe .. Cadangnya nak terus 'sapu 'memandangkan wife kata berkenan dan juga yang tinggal pon cuma dalam 4 unit je lagi .. hehe .. amik , jangan tak amik ! Aku ok kan je .. hehe.. Duit pon dh standby .. kasi keluar itu simpanan hasil dari .. hehe.. ;) ..

image image Ruang tamu , dapur , 5 bilik serta parking yang boleh memuatkan 2 bijik kereta serta belakang ada tanah lagi yang boleh tanam bunga gitu .. hehe.. Dari Putrajaya ke situ cuma amik masa 20 minit.. tu pon sbb jalan kampung.. kalau highway ? Lagi dekat .. Tol pon takde .. hurmm.. Harga ? Keluasan ..22x75 .. ok la kan ?

imageMinggu depan nak selesaikan urusan peguam lak .. haih.. part ni mmg boring skit .. uhukkss.. Bila nak beli rumah , mmg main dengan duit .. Nasib baik skang ni tak perlu bayar duit peguam .. Katanya percuma .. ke dah termasuk sekali ?? Wallahualam ..

Apa pun , syukur alhamdulillah .. selesai dah bahagian yang peningkan kepala ni .. Skang ni kena simpan duit banyak banyak lagi.. HD7 ? IPAD ? Oh tidak !!

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Hurm.. Sabtu menjelma .. mau kemana tanpa membazirkan duit ? Syaitan menjemput aku membazirkan duit di LOW YATT PLAZA untuk membeli HD7 atau iPAD .. Wallaahhh .. Daku tergodaa.. daku tergoda dan terkecewaaa ... Terkecewa sebab tak lulus dek bahagian kewangan.. huh .. Bikin panas je mata ini bila tengok iklan HD7 atau iPAD ..

Ok .. aku skang ni nak perkenalkan lagi blogger blogger best yang mana telah menghasilkan penulisan yang menarik sekali untuk dibaca .. Haaa.. Cam ari tu , aku dah bagi ulasan mengenai blog mamat senaman ( DARKBATMAN ) awek cun ( IRINE ) ,  ulat buku terhandal ( EQ ) dan skang ni aku nak perkenalkan pulak blogger yang mana tulisannya yang penuh dengan bunga bunga bertangkai duri .. Haaa.. hehehe..

Aku rasa ramai yang dah tau tapi ada jugak yang tak tau ... Dengan ini , aku amat berbangga sekali nak perkenalkan kat korang semua blog yang patut korang jadikan contoh untuk memantapkan lagi penulisan korang ..

Nak tau sapa ? Ok.. aku amik contoh ayat dia ek.. sat no ...

' Semalam, aku mungkin rebah. Semalam aku biarkan diri aku tunduk pada kesakitan atas nama sebuah penghormatan pada mereka yang aku sayangi. Biarlah air mata itu tumpah sekalipun kerana aku percaya, tangisan itu adalah kekuatan untuk aku bangkit lebih kuat. '

Haa.. baca skit pon dah tau sapa punya kan ? Tak lain tak bukan .. dia ialah .... meh sini .. klik > BEST

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Aku tengok diorg bergaduh macam dalam filem ! Berparang parang !! Sorang tu berbadan gempal besar dengan kepala berdarah tapi masih berdiri tegak sambil menghayunkan parang dia ke arah sekumpulan lelaki yang datang menyerang dia ! Kawan kawan dia ada yg terbaring mati dan ada yang dah lari !

Aku seolah olah nampak seperti kelibat Awie .. Mungkin dia dan kawan kawan dia di serang .. Tau je la kan .. Awie tu pon ramai musuh .. Mungkin lelaki berbadan gempal tu bodyguard dia ..

Aku hanya mampu tengok dari jauh .. Tak berani nak g tolong atau buat apa apa.. Aku suruh wife aku kunci pintu pagar rumah dan berdoa agara mereka tak datang menganggu ...

Tiba-tiba pintu pagar aku diketuk dengan kuat ! Aku bukak pintu dan lelaki berbadan gempal itu meminta tolong ! Dia nak masuk untuk berlindung dari kumpulan lelaki tadi ! Aku serba salah ..takkan nak bagi dia masuk ? Nanti diorng mesti datang rumah aku pulak.. Haih .. Apa yang perlu aku buat ???

Baru aku nak buka pintu , tiba tiba wife aku pegang bahu aku !! ...

" Bang , bangun cepat .. lewat dah ni.. kata nak g tengok rumah tu ! Kang abis orang beli rumah tu.. Cepat la g mandi .. "

Potong stim betul la.. aku baru nak tolong lelaki tadi .. Kena sambung malam kang lak mimpi tu la... haih

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

image

Aku target ... tengah bulan depan baru dapat cecah 4900 ni memandangkan sasaran 5000 aku adalah hujung tahun ini .. Tapi sebaliknya berlaku.. Hari ni saja aku dapat 100 follower ..

Apa pun.. jutaan terima kasih.. rasanya minggu depan la kot cecah 5000 .. hehehe.. Satu kebanggan sebab aku baru setahun berblog ..walaahh..

Share
Tweet
Pin
Share
36 comments

 

image

Wujudkah kategori kategori blogger ni ? Yang muda ..Yang matang dan yang dah layak digelar 'otai' .. Old timer ni biasanya blogger yang dah lama berkecimpung dalam bidang penulisan blog .. Ada jugak yang teror IT dipanggil otai .. Cuma lom ada lagi yang digelar diva la .. Takat ni lom ada .. Ada ke ? Tak de lagi kan ?

Ada lagi kategori , popular , famous dan juga picisan .. Hehehe.. aku pon tak tau la dari mana datangnya segala kategori ni .. Wujudnya segala kategori ini menyebabkan mereka yang baru lagi dalam dunia blog agak segak bercampur gaul dengan blogger yang lebih lama dari mereka ..

Ada jugak yang tak kurangnya anggap diri tu dah popular .. Pelik tul.. Tang mana popularnya dalam bab blog ni ? Takat cerita g sana sini pastu ramai baca dah kira popular ker ?

Bagi aku .. popularnya sesuatu blog adalah disebabkan penulisan yang bagus .. Kalau orang kata blog aku ni popular , maka aku nafikan sekeras kerasnya malah aku sendiri tak leh nak labelkan lagi diri aku ni seorang blogger .. Baru nak jadi blogger , adalah .. hehe..

Entahla..bila adanya jurang begini , maka mereka yang baru dalam dunia blog ini amat segan nak bercampur gaul dengan mereka yng dah lama .. maka wujudlah puak puak gini .. Bila wujudnya puak maka wujudlah cerita cerita yang lebih pada mengarut. .. Mula mula ok la..bab berforum... tukar idea .. lama lama ?

Tapi tu laa.. dunia realiti mahupun maya , manusia takkan boleh bersatu sampai bila bila .. hanya bila bab agama saja akan bersatu ... Entahlah ...

Share
Tweet
Pin
Share
31 comments

 

Hurmm.. ada orang malam malam ni ? Hehe.. mesti la ada ..esok kan cuti ... Ok .. jom tengok sapa pilihan blog mereka pulak ..

  1. Matika
  2. ::Cikgu Akim::
  3. GombakMali
  4. CT NoArIzAh ArIs
  5. oshin
  6. Fatihah
  7. nur
  8. Faezah Hannah Al Baj
  9. rizaros
  10. amimarz
  11. ...aensyazliana...
  12. missalongwani
  13. ~ch@wi~
  14. wannurfazrini
  15. Kalamhati
  16. lady morgana
  17. yana zuera
  18. ZaHusNa Collections
  19. luvYou

OK.. 19 blog yang menawan kalbu.. cun dan kacak gitu.. hehehe.. ciptaan Allah.. semua indah belaka.. terpulang pada cara nak perindahkan lagi jer .. kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Hurm .... mungkin aku bukan taksub sangat kot dengan cerita Harry Potter maka aku boleh menguap dalam panggung ditambah lagi dengan bengang dek budak kecik kat sebelah aku bersama ayah dia yang dari mula sampai ke tengah cerita yang tak habis habis melantak !!! Ya Allah.. sabar je la aku ... Mmg la sukahati dia nak makan .. tapi bunyi plastik yang tak henti henti tu menggangu 'jiran sebelah ' ... Tak reti nak prihatin langsung ..

Review aku mengenai HARRY POTTER kali ni ? Pendapat aku ? Bagi mereka yang ikut filem ni dari bahagian satu , sudah pastinya best .. dan aku pulak ... mmg tengok dari bahagian satu tapi tu la... bersambung yang buat tensen tu .. nak tunggu sambungan dia , tahun depan lak tu .. tah panjang nyawa entahkan tidak ..

Filem yang aku nak tengok selepas ni adalah TRON dan AKU TAK BODOH.. Boleh tahan gak pelakon filem AKU TAK BODOH ni .. Disebabkan takde pelakon yang aku tak gemar berlakon dalam filem ni , maka aku nak g tengok .. heheh..

Tapi sebelum tu , aku nak layan RAPUNZEL .. Diorng kata best .. Tu diorng kata la.. aku tak kata apa apa pon .. kena tengok dulu baru leh nak komen .. hehehe.. mana aci komen tanpa tengok kan .. kecuali 2 Alam tu la.. Tak yah tengok pon dah leh review.. Tak adil bukan ? Salah filem tu atau penerbit dia ? Hehehe.. Dia kisah pe kan ? Duit banyak ... hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Misteri pelakon, krew dilanda musibah sepanjang penggambaran, tayangan di pawagam

PERCAYA atau tidak, beberapa filem Hollywood yang dihasilkan turut membawa cerita yang tidak enak didengar di belakang tabir pembikinannya. Ia bukan kisah skandal atau kontroversi, sebaliknya sesuatu yang tidak ingin dialami sesiapa saja.

Mungkin satu kebetulan, namun cerita menyeramkan yang menimpa krew dan pelakon beberapa filem Hollywood yang dikatakan terkena sumpahan agak menarik untuk diikuti. Lebih menarik daripada filem itu sendiri ialah apabila sebahagian krew dan pelakon filem terbabit dilaporkan meninggal dunia selepas dikatakan terkena sumpahan.

Trilogi The Poltergeist antara filem yang dikatakan disumpah kerana empat pelakon filem itu meninggal dunia dalam tempoh enam tahun selepas filem pertama diterbitkan. Kematian turut menimpa pelakon kanak-kanak, Heather O'Rourke yang muncul dalam kesemua tiga filem. Dia meninggal dunia sebelum filem ketiga ditayangkan.
O’Rourke dikatakan menghidap selesema dan dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia di atas meja bedah akibat beberapa komplikasi. Tidak lama kemudian, Julian Beck, yang memegang watak lelaki tua menakutkan dalam siri kedua filem berkenaan mati akibat barah.

Begitu juga dengan pelakon Orang Asli, Will Simpson, yang meninggal dunia ketika menjalani pembedahan. Terakhir ialah Dominique Dunne yang dicekik sehingga mati oleh teman lelakinya pada tahun sama filem pertama ditayangkan.

Ketika itulah khabar angin mengenai sumpahan Poltergeist makin rancak. Pengarah filem berkenaan dikatakan menaikkan kemarahan roh kerana menggunakan mayat manusia sebenar dalam filem Poltergeist pertama yang dianggap sebagai satu penghinaan.
Salah seorang pelakon, JoBeth Williams, yang memegang watak Diane Freeling, mendakwa dia kembali ke rumah dari set penggambaran setiap hari dan mendapati gambar di dinding senget. Dia membetulkan keadaan tetapi gambar itu kembali senget keesokan harinya.

Filem Superman juga dikatakan membawa nasib malang kepada mereka yang terbabit dalam francais filem itu selama beberapa dekad - daripada sekadar kerjaya menjunam kepada kematian.
George Reeves yang melakonkan watak Superman dalam siri televisyen Adventures of Superman pada tahun 1950-an ditemui mati dengan kesan peluru di kepala pada tahun 1959.

Pelakon Christopher Reeves bukan sekadar berkongsi nama keluarga yang sama tetapi turut mewarisi nasib malang George. Selepas kejayaan empat filem Superman, dia terjatuh daripada kuda pada 1995 yang menyebabkan dia lumpuh dari pinggang ke bawah. Sementara pelakon Margot Kidder yang memegang watak Lois Lane pula mengalami masalah mental.

Filem bertajuk Atuk yang berkisar mengenai seorang lelaki Eskimo melawat New York dan ia turut dikatakan ‘membunuh’ pelakon John Belushi. Filem berkenaan tidak pernah ditayangkan.
Belushi membaca skripnya dan berminat dengan watak yang ditawarkan ketika mati akibat pengambilan dadah berlebihan pada 1982.

Selepas kematian Belushi, watak utama diberi kepada Sam Kinison. Beberapa masalah melewatkan penggambaran, Kinison meminta beberapa babak dalam filem itu ditulis semula. Beberapa tahun selepas itu, skrip masih terus terkena sumpahan dan Kinison meninggal dunia dalam kemalangan kereta.

Ia kemudian diberikan kepada John Candy pada 1994. Candy menerima tanpa menyedari skrip itu terkena sumpahan dan meninggal dunia akibat serangan jantung. Skrip itu dikatakan ditanam di Hollywood dan semua pelawak tidak berani lagi menerima tawaran membintangi filem itu.

- BHARIAN -

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

DIRIWAYATKAN, seorang sahabat menjumpai al-Quran, menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah janjikan syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala.

Inilah kebesaran untuk mereka yang menjaga serta mengagungkan kalimah Allah yang diwahyukan kepada rasul-Nya, Muhammad SAW, menjadi petunjuk kepada umat sekalian alam, tidak kira bagaimana cara dilakukan.

Malangnya, tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kita suci ini. Kejahilan ramai inilah yang turut mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.

Malah, pengalaman Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, menyaksikan sendiri naskhah al-Quran dilonggokkan bersama buku lain di pusat pengumpulan barangan kitar semula miliki bukan Islam, menjadi antara titik tolak kewujudan syarikat itu pada 2008.
“Terkejut dan sedih apabila melihat al-Quran dibiarkan bersepah di pusat kitar semula dan ini menyedarkan saya mungkin ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan al-Quran. Orang dulu akan bakar tetapi timbul juga persoalan selepas dibakar nak buat macam mana pula?

“Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak di langkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut. Itu yang terlintas di hati saya untuk membantu mereka yang ingin melupuskan al-Quran terutama yang sudah lama dan koyak.

“Selain itu, saya ingin pastikan keagungan ayat Allah dipelihara dan cara saya ialah menyediakan kemudahan mengumpul dan membakar al-Quran supaya umat Islam tidak lagi membiarkan ayat al-Quran begitu saja,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut Rahmat, pihaknya sentiasa mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk memastikan al-Quran yang sudah buruk, tidak berkulit dan terkoyak tidak diaibkan dengan dibiarkan begitu saja.

Sebagai usaha menyelamatkan serta memelihara kesucian kalimah Allah, beliau dan keluarga memulakan usaha mengumpul al-Quran, buku teks, Yasin, risalah, akhbar mengandungi surah dan cebisan al-Quran. Hatta, kad jemputan kahwin yang ada kalimah Allah turut dikumpulkan.

Katanya, bahan terkumpul itu kini dibakar secara berkala menggunakan mesin insinerator dan abunya sama ada ditanam dalam telaga khas yang digali di kawasan pengumpulan dan pelupusan atau dihanyutkan di laut di Negeri Sembilan.

Mesin pembakar khas untuk tujuan melupuskan barangan bercetak ayat Al-Quran mengikut prosedur dan syariat Islam iaitu secara pembakaran selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-30 yang bersidang pada 22 Ogos 1992.

Rahmat berkata, Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.

Syarikatnya juga mendapat kebenaran Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran untuk membekal dan memulihara ayat suci di sekolah kebangsaan dan sekolah agama di seluruh negara. Syarikat itu turut mengumpul dan melupuskan Al-Quran lama yang disalah cetak dan tidak mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN terutama yang dicetak sebelum 1990, mengandungi perkataan salah dan jika dibaca membawa maksud salah serta mendatangkan dosa.
Rahmat berkata, selepas usaha Percetakan Saufi itu disiarkan Berita Harian pada Mac lalu, sambutan orang ramai untuk menghantar pelbagai barangan bercetak ayat al-Quran semakin hebat dan menggalakkan.

Melalui kesungguhan itu katanya, tempat pengumpulan al-Quran di Batu 10 Jalan Cheras, Kajang, semakin hari dipenuhi al-Quran dalam pelbagai rupa, buku teks, kertas kerja, malah plet mencetak juga turut dihantar untuk dilupuskan menggunakan bahan kimia.
“Kami bersedia menerima jumlah yang lebih banyak dan saya berbangga jika ada yang ingin mengikut jejak langkah Percetakan Saufi memberi khidmat sukarela ini. Ini usaha memelihara ayat suci al-Quran dan saya hanya memulakan dulu.

“Jika ada pihak lain ingin membantu, itu lebih baik kerana permintaan untuk perkhidmatan ini semakin meluas. Sudah ada permintaan supaya diadakan di wilayah selatan serta utara,” katanya yang sedang membangunkan mesin insinerator kedua bagi tujuan itu dan dijangka siap Disember ini.

Selain pengumpulan dan pelupusan al-Quran, Percetakan Saufi menganjurkan program Skim Al-Quran Wakaf Malaysia bagi menggalakkan umat Islam bersedekah melalui amalan wakaf untuk diedarkan kepada pihak memerlukan. Melalui skim wakaf itu, individu atau syarikat boleh menyumbangkan RM30 untuk naskah Al-Quran Mushaf Uthmani yang kemudian diedarkan ke masjid, surau, rumah anak yatim, rumah kebajikan, sekolah dan maahad tahfiz. Mereka yang ingin menyertai Skim Al-Quran Wakaf Malaysia boleh menghubungi syarikat itu di nombor 03-26933049/03-26915184.
Usaha syarikat itu turut menarik minat tenaga pengajar di Masjidil Haram di Makkah, Dr Syeikh Md Idrees Al Mashrafe, yang menyifatkan ia harus disokong semua pihak terutama umat Islam negara ini.

Katanya, menjadi tanggungjawab umat Islam memastikan kesucian serta kesejahteraan al-Quran yang mengandungi kalam Allah itu sentiasa terpelihara dan jika sudah rosak, hendaklah dilupuskan mengikut tertib.

“Inisiatif Percetakan Saufi menghasilkan mesin insinerator khas untuk membakar al-Quran yang sudah tidak boleh digunakan atau tersalah cetak sewajarnya mendapat sokongan kerana usaha ini bukan mudah, apatah lagi ia dilakukan secara sukarela.

“Saya berharap kerajaan dan orang kaya membantu usaha ini kerana tanggungjawab umat Islam memelihara kesucian mukjizat Nabi Muhammad,” katanya yang mengunjungi pusat pelupusan berkenaan.
'Elak cebisan, abu al-Quran dipijak, langkah'

PELUPUSAN ayat suci al-Quran perlu dilakukan dengan tertib dan setiap aspek diberi perhatian teliti termasuk memastikan abu daripada bahan bakar mengandungi kalimah Allah itu tidak berterbangan, bersepah, dipijak atau dilangkah.

Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, berkata proses pembakaran ayat suci al-Quran menggunakan mesin insinerator khas turut melalui peringkat percubaan dan penambahbaikan. Menurutnya, proses pembakaran al-Quran pada awalnya tidak berjaya kerana keadaan naskah al-Quran yang agak tebal.

Selepas itu katanya, timbul idea untuk mencarik al-Quran termasuk kulitnya yang tebal menggunakan mesin pencarik menjadi helaian kecil yang lebih ringan serta terurai supaya lebih mudah dibakar dan menjadi abu halus.

“Pada mula kami bakar naskah al-Quran terus tetapi memakan masa yang lama dan ada kalanya apabila selesai, ada yang masih tidak terbakar. Kemudian datang ilham untuk mengoyakkan helaian al-Quran terlebih dulu. Bagi memudahkan kerja, saya menghasilkan mesin pencarik yang boleh mengoyakkan kulit al-Quran serta kertas tebal menjadi helaian kecil. Kertas yang kecil lebih ringan, senang dibakar dan lebih mudah menjadi abu,” katanya.

Mesin pencarik kertas itu dihasilkan daripada ideanya sendiri kerana yang ada di pasaran tidak sesuai untuk mencarik kulit al-Quran yang tebal. Awalnya beliau membina mesin itu di Indonesia tetapi hasilnya tidak memuaskan dan yang digunakan kini dibina anak tempatan.

Proses pembakaran dimulakan dengan meracik al-Quran menjadi helaian kecil sebelum dimasukkan ke dalam raga dan dibawa ke mesin insinerator untuk dibakar. Mesin perlu dipanaskan menggunakan gas industri selama empat jam untuk mendapat suhu 600 darjah celsius.

Kertas seberat 300 kilogram dimasukkan pada satu-satu masa ke dalam insinerator melalui dua pintu iaitu pintu utama (berbentuk bulat) jika mesin masih belum panas dan pintu kedua (berbentuk empat segi tepat di bahagian sisi mesin) apabila haba semakin panas.
Kepanasan ruang bakar membolehkan 100 kilogram kertas dibakar dalam masa sepuluh minit dan kemudian abu dibiarkan selama empat jam untuk sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas menyimpan abu.

Abu yang berterbangan semasa proses pembakaran akan ditangkap oleh mesin aliran air. Abu akan dimasukkan ke dalam plastik atau guni sebelum dihanyutkan ke laut. Pada waktu kecemasan seperti hujan lebat, abu akan dicampurkan dengan air supaya mudah larut sebelum dikebumikan menggunakan corong dalam telaga yang digali di kawasan pelupusan.

Mesin insinerator boleh membakar satu setengah tan kertas pada satu masa dan proses itu memakan masa antara empat hingga lima jam. Keseluruhan proses pembakaran memakan masa lapan hingga sembilan jam termasuk untuk menyejukkan abu.

Rahmat berkata, walaupun nampak mudah, proses pelupusan al-Quran melalui pembakaran itu perlu dilakukan dengan berhati hati kerana tidak ada sehelai kertas tercetak ayat al-Quran atau abu boleh dibiarkan bersepah.

Katanya, pihaknya turut mengupah pekerja untuk mengasingkan kulit tebal dan kertas yang memakan masa serta tenaga kerja, begitu juga untuk mengendalikan mesin meracik bagi memudahkan pembakaran.

Proses pembakaran dilakukan dua kali seminggu atau mengikut keperluan terutama apabila kertas yang sudah diracik semakin banyak.

Sumber : Bharian

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Hurm... satu silap besar .. Kesian pon kesian gak .. Nape ramai anti benor DDR  ni .. erk.. termasuk aku gak la.. hehehe ... Aku bukan benci dia .. Bukan tak suka ..dia antara contoh usahawan melayu yang berjaya .. tu je boleh aku respek .. bab lain ? Tak tau sangat pasal dia ..

Apa yang buat aku tak suka ialah keyakinan dia nak raih RM40 juta .. seperti tidak berpijak di bumi yang nyata .. Aku rasa la kan .. kalau dia buat filem cam Harry Potter sekali pon lom tentu cecah RM40 juta dalam Malaysia .. Kalau dia pasarkan sampai ke cakerawala tu , mungkin la ..  Tu pon kena alih bahasa .. hehehe ..

Aku bukan penyokong filem barat atau anti filem melayu .. tapi aku nak tonton sesuatu yang mana duit aku tak dibazirkan begitu saja .. Kalau takat filem cam 2 alam yang takde kesan khas best giler cam filem filem aksi yang mana berbaloi dilaburkan sebanyak RM11 tu tak pe la gak .. Ni takat filem masyarakat .. tunggu keluar kat tv je la..

Satu lagi yang buat aku geleng kepala .. nak lawan ngan HARRY POTTER .. bukan tak boleh.. boleh .. tapi kena la tau .. HARRY POTTER tu dah satu dunia kenal dia .. 2 alam ? Yang aku tau , masa sekolah dulu la .. ALAM DAN MANUSIA .. Tu aku belajar ..

Cuma satu je aku tak berkenan .. Pada yang buat ulasan tu .. Jangan kaitan fizikal dan peribadi seseorang .. Tu tak patut la.. dia buat filem.. maka kaitkan dengan filem jer .. Macam kita gak , blogger .. suka ke kalau orang kritik ahli keluarga dan juga fizikal kita ? Nak kondem blog maka kondemkan blog jer .. Tak profesional gitu .. kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Weewittt.. jap lagi nak g Alamanda .. Harry Potter time .. hehehe .. Dah standby dua entri auto post... haaa.. camana pon , jangan bagi blog lengang !! Pastikan ada pengunjung 24 jam !!! OK ?

OK.. skang sampai dah SAYA SUKA BLOG AWAK yang ke 4 .. huih.. 4 dah ??? Esok lagi ramai arr... sbb cuti kan... insyaAllah.. Meriahkannya lagi .. hehe

OK.. berikut adalah calon calon blog terbaik masakini ! :

  1. Faezah Hannah Al Baj
  2. Monalea
  3. eqacashperlala
  4. Eliyana
  5. Lelord
  6. Miss Yaty
  7. puterihannan
  8. Kuronofu91
  9. Millomocca Danique
  10. azzey
  11. imz
  12. Afiq Bukhari
  13. Fadzillah Kamarudin

Hehehe.. ada lagi ke ??? Kalau ada yang terlepas pandang .. paste url kat entri ni yer .. hehehe.. maklumlah , pakcik dah tua.. tak nampak dah huruf ni haaa... anak dara lalu terang pulak mata pakcik .. hahaha.. guwau je laaa...

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

Perhatikah suratkhabar samada online atau offline.. hhehee.. offline tu beli kat kedai mamak la... hahaha ..

Ok.. kenapa meriah kat sangat suratkhabar ? Sbb macam macam ada .. Cukupkah suratkhabar tu hanya dengan berita ? Tak cukup kan ? Kena ada iklan gak.. hehehe.. Kena ada artikal.. Bermakna .. untuk tarik pembaca ..perlu ada macam macam cerita kan ?

Fikirkan yang tu .. Pastu fikir yang ni .. Korang nak pembaca tu pergi tak kembali atau nak mereka kembali ? Kalau nak mereka kembali .. camana nak mereka ? Sila fikirkan dengan mengabungkan soalan pertama ..

Yang terakhir.. Cuba tengok statistik kat nuffnang .. Cuba rekodkan masa korang update entri.. Berapa ramai masuk masa tu .. Kemudian dia akan kurang kan ? Kalau dah kurang tu nak buat apa ? Blogwalking sampai naik baik ? Gabungkan soalan pertama kedua untuk mendapatkan jawapan soalan ketiga .. Ok ? hehehe.. ok.. aku nak naik ERL dah .. ni kat stsn nehhh .. hahaha.. gila aku kan ? lantak la.. Yang penting trafik ribu ribu.. hahahaha ... Usaha tangga kejayaan ! Bukan dengki tangga kejayaan yer.. betul kan yang tu !

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Mmg sikap rakyat Malaysiakah begini ? Maksud aku , pemandu pemandu kereta di Malaysia ni la.. Bila nampak pejalan kaki melintas jalan , ada yang sampai hati menderaskan lagi kereta mereka seolah olah nak langgar lak .. Nak tak nak berlari pulak si pejalan kaki..

Kenapa macam ni yer ? Bukan sekali dua .. kerap sangat dah berlaku .. Bukan pada aku jer malah ramai lagi .. Haih.. Sepatutnya kena la bertimbangrasa .. Yang bawak kereta ni sah sah rileks dah dalam kereta.. Laju laju tu nak g mana ?? Kesian la skit kat pejalan kaki tu ... Kalau berlanggar camna ? Tak guna nak cari salah sapa.. Kalau boleh elak, elakkan la..

Tak rugi pon bertimbangrasa... hurm.. jgn la kejam sangat .. tau la ada kereta .. kan ? Orang lain pon ada kereta gak ... hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

image

Dah kul 4 petang .. baru nak cecah 3 ribu UV .. Hurm ... Dua hari lepas  punya ?

image

Bagi aku la kan..  5 ribu bonus je la.. maintain 4 ribu pon je skang ni .. hehe.. lebih lebih pon bukan bleh kaya kan ? Hehe.. Sbb tu aku buat segmen .. kongsi ngan kawan kawan trafik tu.. baru la seronok kan ? Tamo la makan sorang .. hehehe.. kan kan

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Waahh .. rugi ar tak cashout semalam !! Kalau tah sah sah aku leh bayar duit muka BMW 10s punya !! huhu.. beria jer .. Rupanya dah terjawab segala kekalutan semalam ..

Ingat tak entri yang semalam tu ? Yang aku kata tetiba je aku leh pinang anak dara orang tu sbb NUFFNANG kasi aku duit belanja tu ? hahahaha... adeh.. weh.. aku tidur luar malam ni .. hahahaha..

Kalau tak tau , sila rujuk entri ini ( link ) .. Haaa.. baca dah ? Segala persoalan telah terjawab sudah !! Rupa rupanya ?? Nuffnang kasi bonus sbb kerajinan kita ke ? Oh tidak sama sekali .. Dah tu ? Nuffnang kasi duit raya ?? Oh pon tidak sama sekali .. Ari tu dah bagi dah .. TQ Nuff .. lepas duit belanja.. hehe

Kalau gitu ? nape ??? Jangan tanya aku .. aku sendiri pon baru dapat jawapan dari sini haaa.. dari blog NADIA ..  G la baca sendiri yer .. huk huk .. kejaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmmm ...

Dah kena potong balik.. eh.. cashout terus la.. hahahahha.. Yo NUFF .. tqq.. sori yer..bukan kipas.. sekadar menghargainya saja ..

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

image

Lelaki : Nape awak nampak happy semacam jer ?

Perempuan : Eh .. mestilah .. abang nampak begitu kacak hari ni ..

Lelaki : Selama ni tak kacak ke ?

Perempuan : Selama ni cam biasa je .. hehe.. cuma entah ari ni je nampak lain ..

Lelaki : Oh ye ker ? Mungkin sebab abang cukur janggut kot ?

Perempuan : Ye la .. nampak bersih .. Abang , tadi kawan saya kata diorng semua dapat bonus awal bulan ni .. Rasa nak g KLCC je.. Saja jalan jalan ..

Lelaki : Huh.. tau dah ! Puji ada makna ... Perempuan .. Spy merata rata !

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

image

PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2010 , bermula hari ini ( 26/11/2010 ) sehingga Ahad di ruang legar PWTC , KL .. Rasanya la kot.. Tadi tengok dah nak rasmi.. Tak tau sapa rasmi .. Malas nak amik tau sebab nanti aku teringin nak naik pelamin lagi.. Haa.. sapa susah ??? Hahaha..

Psst.. nampak tak aku ulang tajuk tu balik .. hehe.. trafik free...

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

oleh Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

 

Soalan: Dr Asri, saya ada seorang kawan yang sentiasa berhujah dengan hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”. Dengan hadis itu beliau selalu macam kata orang lain tidak islamik sebab berpakaian ala-Barat atau makan dengan sudu tidak dengan tangan dan lain-lain lagi. Saya beritahu itu boleh sebab tiada dalil yang melarangnya, tapi beliau sering berdalil “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”. Sejauh manakah penafsiran hadis ini ?

 

Jawapan: Saudara, sebagai ingat; dalam penghujahan menggunakan sesuatu hadis, terlebih dahulu hendaklah kita semak kedudukan atau status hadis tersebut di sisi muhaddithin (ahli hadis). Jika hadis itu didapati sabit iaitu berada pada kedudukan (nilaian) sahih atau hasan, maka ia boleh dijadikan hujah dalam agama. Setelah perkara tersebut dipastikan, barulah ke peringkat seterusnya iaitu mengkaji maksud matan (teks) hadis tersebut. Bagi menjawab persoalan yang dikemukan maka di sini disebut beberapa perkara;

1. Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.

2. Hadis ini secara umumnya memberikan maksud yang positif dan negatif. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum atau puak yang baik atau terpuji maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang terpuji atau akan dianggap baik dan terpuji. Sementara sesiapa yang menyerupai kaum atau puak yang buruk atau tidak baik maka dia dianggap dalam kalangan mereka.

3. Perkataan man tasyabbaha (sesiapa yang menyerupai) iaitu tasyabbuh (menyerupai) dalam hadis ini merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi ciri khusus sesuatu pihak yang mana jika seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan mereka seperti pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu, atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu, maka dia dinilai dalam kalangan mereka. Adapun jika perkara tersebut bukan khusus untuk mereka, maka itu tidak termasuk. Kata al-Imam al-Son’ani (w. 1182H):

“Hadis menjadi dalil bahawa sesiapa yang menyerupai golongan fasik, atau kuffar atau ahli bid’ah dalam apa-apa perkara yang khusus untuk mereka, samada dalam pakaian, kenderaan atau cara, maka dia termasuk dalam kalangan mereka. Jika dia menyerupai kafir dalam pakaian (khusus) dan beriktikad untuk jadi seperti mereka, maka dia telah kufur. Jika dia tidak beriktikad demikian, maka para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat mengenainya. Ada yang menyatakan dia menjadi kufur kerana berdasarkan secara zahir hadis tersebut. Ada yang menyatakan tidak kufur, tetapi dia diadabkan (oleh pemerintah)”. (al-Son’ani, Subul as-Salam, 4/321. Beirut: Muassasah Fuad).

4. Ertinya, menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu seperti memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka, maka dia menjadi kufur. Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur, amalan tersebut tetap haram. Cumanya, ulama berbeza pendapat, ada yang menganggapnya telah kufur, ada pula yang menyatakan tidak, tetapi berdosa.

5. Saya menyokong pendapat yang menyatakan sekiranya menyerupai golongan kufur tetapi tidak beriktikad kufur perbuatan tersebut berdosa tetapi tidak terkeluar dari agama. Namun, jika dia menyerupai mereka secara penyerupaan zahir dan juga batin iaitu dengan iktikad yang sama, maka dia menjadi kufur. Kadar dosa menyerupai itu berdasarkan kadar perkara yang ditiru atau diserupai.

6. Sekali lagi hendaklah kita jelas, penyerupaan yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah penyerupaan dalam perkara-perkara yang khusus untuk sesuatu puak atau agama. Jika perkara tersebut tidak khusus untuk mereka, maka hadis ini tidak berkaitan. Dalam dunia globalisasi, banyak unsur budaya dan adat telah dikongsi oleh pelbagai pihak seperti pakaian, makanan, binaan dan seumpamanya yang bukan lagi khusus untuk agama tertentu. Maka, kita hendaklah teliti dalam menilai apa yang khusus dan apa yang umum. Pakaian yang dipakai oleh mereka yang bukan muslim tidak semestinya melambangkan agama mereka atau khusus untuk agama mereka. Begitu makanan, binaan dan adat tertentu. Makan dengan sudu-garpu atau cop-stick, berjeket, berumah ala-Inggeris atau Jepun bukanlah berkaitan agama.

7. Dalam hadis “Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai jubah Rom –dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua tangan bajunya” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain). Padahal masyarakat Rom ketika itu adalah Kristian. Demikian juga negara-negara lain pada masa tersebut, belum lagi menganut Islam, tetapi Nabi s.a.w memakai pakaian mereka. Ini kerana pakaian itu bukan pakaian khusus agama.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a (meninggal 728H):

“Rasululah s.a.w itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya). Baginda pernah memakai pakaian dari jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yaman dan selainnya. Kebanyakannya dibuat dari kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun dari kattan. Maka, bererti sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan kepelbagaian negeri” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan).

8. Meniru perkara yang baik dan bermanfaat, sekalipun ia berasal dari bukan muslim adalah tidak salah. Apatahlagi jika perkara itu diterima oleh masyarakat awam sebagai sesuatu yang baik dan bermanfaat. Daripada Anas bin Malik, katanya:

“Apabila Nabi s.a.w ingin menulis surat Rum. Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad RasululLah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini jelas menunjukkan baginda Nabi s.a.w meraikan dan menerima pakai kebiasaan sesuatu kaum selagi ia tidak menyanggahi prinsip Islam.

9. Berdasarkan hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” maka muslim dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai tersebut. Kata al-Imam al-Munawi:

“Jika puak fasik atau kaki berfoya mengkhususkan sesuatu pakaian, maka dilarang untuk seseorang memakainya kerana mungkin boleh menyebabkan orang yang tidak tahu berburuk sangka bahawa dia dalam kalangan mereka (fasik dan kaki berfoya), lalu berdosa yang berburuk sangka dan juga yang disangka buruk disebabkan dia punca sangkaan tersebut” (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 6/135. Beirut: Dar al-Kurub al-‘Ilmiyyah).

Maka, perbuatan anak-anak muda atau selain yang meniru pakaian atau gaya artis atau kumpulan yang dianggap serong oleh masyarakat itu menyumbang kepada dosa.

10. Manusia ini cenderung menyerupai pihak yang mereka suka atau sayangi. Orang baik cenderung meniru cara orang yang baik. Demikianlah sebaliknya. Kecenderungan kita untuk meniru gaya atau gaya sesuatu pihak, memberi gambaran tentang apa yang tersirat dalam jiwa kita.

11. Kesimpulannya; kita dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain, atau apa yang khusus untuk sesuatu puak atau kumpulan yang mempunyai nilai yang negatif dan buruk. Kita boleh menyerupai apa yang tidak khusus untuk agama tertentu atau tidak memberi imej yang buruk. Demikian meniru apa yang baik adalah digalakkan sekalipun dari bukan muslim.

 

Sumber : DRMAZA.COM

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Ok.. masuk sesi ke 3 ... erk.. ke 4 eh ? Hurm.. tadi aku ada dapat satu komen yang menaikkan semangat aku lagi .. hehee.. Semua komen mmg menaikkan semangat aku.. cuma yang satu ni , lain skit sbb dia sememangnya tak kenal blog aku .. hehehe... Kira special kes la nih .. ADeh.. tetiba tensen lak ..kena g bank.. kena kuar duit.. huwaa... ok ok.. sambung ..

" Hi Ben, apa khabar? ShueQry di sini.
Terjumpa blog ni dari Google Malaysia..tiba-tiba tertarik nak baca, ringkas, bersahaja dan ditulis terus dari hati.

Ya, amat mencabar untuk membina komuniti pembaca yang setia. Tak kata susah, cuma amat mencabar..wordingnya saya tukar supaya jadi lebih positif.

Bila dah kumpul ribuan pembaca, next mission adalah untuk kekalkannya, sebab boleh jatuh teruk bila-bila masa! "

Terima kasih ShueQry ..

Ok..sambung SSBA ... Senarai terkini ..

  1. hudahazwani
  2. Fadzillah Kamarudin
  3. Cik Chuie
  4. KINA
  5. yana
  6. Ifah Ibrahim
  7. AiDa
  8. Citarasa Rinduan
  9. water lily
  10. SyafiqaNabila
  11. gula-gula kapas
  12. farahizzaty
  13. Sis-Lin
  14. ika rashid
  15. blogger
  16. Izan Ishak
  17. Sham

Okeh.. ni dulu.. hehehe.. adeh.. fenat neh... nasib baik jumaat ari ni.. hehhe.. esok chooteeeeeeeeeeeeeee

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Maaf .. kalau kat opis ni , entri aku banyak berkisarkan blog .. maklumlah , tak bergerak .. kalau bergerak , lain ceritanya.. tak caya , tengok esok.. hehe..

Apa yang mustahil tu ? BLOG .. Kali pertama aku buat blog , aku tak tau apa apa langsung .. Bukan la aku buta IT .. maksud aku ialah teknik nak tarik pembaca .. Aku terfikir kalau buat blog nanti , automatik orang akan masuk baca .. hehhe .. Yelah , macam FB tu .. orang akan add kita gitu la kan .. Tapi rupanya meleset .. meleset melecet .. huhu..

Nak dapat pembaca setia atau follower ? Mintak maaf la.. bukan senang .. Nasib baik aku ada FACEBOOK .. Pelan pelan aku promosi kat situ .. Alhamdulillah .. Ada la kawan kawan setia sudi mengunjungi blog aku ..

 

image Iklan sesaat - EQ CLOSET

 

Bila tengok blog blog otai .. nampak follower diorg beribu ribu , mmg aku tergamam.. camana diorng boleh dapat gitu eh ? Ada yang cadang buat contest dan wajib jadi FOLLOWER .. ada yang buat I FOLLOW U , U DONT FOOL ME !!  Haa.. macam macam cara laa..

Aku guna cara apa ? Hurm.. U wanna follow me ? Up to u ! hehe.. tapi aku hargai sangat pada mereka yang sudi follow aku tu .. Ibarat menyokong segala usaha aku .. Terima kasih .. Aku free nanti , aku cuba follow balik .. tiada jaminan di situ.. aku bukan free sangat ... hurm ..

Kemudian .. Bila diorng cerita blog boleh dapat duit beribu ribu lemon .. Huih.. sukar aku nak percayainya .. Mustahil aku leh dapat gitu.. Yelah , aku bukannya artis atau seorang yang dikenali ramai.. Jauh sekali nak masuk majalah .. Haih.. Tak kisahlah .. Aku cuba berharap sebulan dapat simpan RM100 dah la..setahun dapat la RM1200 .. hehe..tak yah tunggu duit bonus kan ?

Alhamdulillah .. Berkat usaha serta sokongan rakan rakan serta ehem.. orang rumah .. ni penting part ni .. kang ada yang merajuk.. tidur luar aku malam ni .. hahaha .. Part ni penting weh...kalau tiada sokongan , sahih bergaduh siang malam .. Ok sambung.. Haa.. kat mana tadi ? .. haaa.. sokongan yang tak berbelah bagi , akhirnya aku di sini .. Korang yang aku tak pernah kenal dan tak terfikir pon nak berkenalan , syukur diketemukan di dunia maya ini.. Sapa tau , insyaAllah boleh jumpa di dunia realiti , kan ?

Maka , dengan ini terbuktilah bahawa segala yang kita inginkan perlulah di mulakan dengan niat , disusuli dengan kerana Allah disertai dengan doa dan kemudiannya usaha ditambah dengan kemahuan ... dan sokongan rakan rakan serta yang tersayang amat penting bagi membantu untuk menaikkan semangat !

Akhir kata .. tiada yang mustahil .. segalanya bermula dengan angan angan ..

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Banyak pertanyaan yang aku terima .. ada yang sempat aku tengok tapi cam biasa la.. aku tak sempat nak balas pertanyaan tu .. Hurm.. Maaf yer .. maka kalau berkesempatan tapi biasanya tak la sbb aku bukak blog , lepaskan komen pastu terus update entri .. tu je keje aku ari ari.. tak sempat nak balas membalas.. kalau ada pertanyaan tu , maka aku balas melalui entri .. Maaf yer .. mengejar masa .. bukan sombong .. huk huk.. kalau aku full time tu atau upah orang tolong balas komen tu ok gak kan ? Tapi .. hehe.. no money no talk talk ..

image

Iklan sesaat dari CHEKGU PINCES SHOP

Ada yang frust sbb koleksi NUFFNANG dia masih kosong atau sedikit .. Aku dah buat entri pasal ni berkali kali.. tapi tak pe la.. nak g cari tu bukan senang kan.. beratus entri kat belakang .. hehehe.. beribu sebenarnya .. .. hehe..

Mudah je ... jangan hiraukan lagi pasal $$ di NUFFNANG tu .. apa yang penting , naikkan dulu blog tu.. samada dari segi kualiti mahupun kuantiti .. Trafik memainkan peranan penting bagi mereka yang inginkan pendapatan sampingan dari blog .. Tiada trafik maka susah untuk jana pendapatan ..

Maka nasihat aku .. jangan tengok $$ dulu ... Naikkan blog dan akan sendirinya $$ datang .. InsyaAllah .. Jangan gelojoh .. nanti nikmat berblog tu takde dah .. tu yang penting .. kalau terlalu fikirkan $$ , blog jadi hampeh ... jadi mengarut .. ok ?

Camana nak naikkan trafik ? Erk... cuba search dalam blog aku ni dulu .. kalau tak de gak .. nanti aku bagitau eh ...

Ok.. kalau ada pertanyaan. .sila buang dalam komen ni yer.. Kalau mengarut atau rancang nak maki hamun  , sila pendamkan hasrat tu .. aku tak berminat nak baca .. dan jangan tambahkan lagi dosa kita.. hari jumaat ni ... banyakkan beristighfar dan berzikir .. lagi bagus kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

image Iklan 1 saat ...

Ok.. persetan mereka semua itu.. Kalau dilayan kita gak sakit jiwa .. maka , jangan dilayan... Okeh ? Kita teruskan agenda tersembunyi kita .. hehehe .. Skang masuk ke sesi 3 dah.. ada berapa banyak lak ? Mari kita kira .. huhuh..

  1. zurayda
  2. Khai Adry
  3. amiey lee
  4. fyna
  5. Maya Ariffin
  6. hadifar-fyda
  7. Mr FieQ
  8. cikmawar
  9. Syukri Hasshan
  10. Gee Jah Noor
  11. Ummi Alifya
  12. Syira C Gadis KidaL
  13. nur dhiya' aida
  14. Nurul chumel
  15. Cik Kamoo
  16. Haris Khairuddin
  17. piasara
  18. Syafiq Rosli
  19. Sham
  20. MiMi PeONy
  21. Ayuni

Hehehe.. fuh... 21 ... OK.. lunch time.. solat jumaat.. g g la meramaikan masjid bagi lelaki tu dan yang duk kat opis tu , g baca blog diorng .. follow pon cun tu.. kasi ramai kawan kawan ... Okeh ? Tqqq... Jangan dengki dengki.. tak berbaloi ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Hurm.. Panas sangat ke bila dengan nama BEN ASHAARI ? Kat mana panasnya ? Sat ... aku nak tanya .. ada tak aku bayar sapa sapa untuk naikkan blog aku ni ? Takde kan sbb aku pon tak mampu nak bayar ..

Kenapa dan mengapa ? Kalau marah sekali pon , jgn la dibabitkan orang lain .. Apakah disebabkan segmen yang aku buat selama ini ? Persoalannya .. segmen ni sapa sapa je boleh join.. takda paksaan pon .. Sama gak cam segmen GIVEAWAY , TAGGED , AWARD dan banyak lagi ... Tujuan sama cuma promosi membezakan ..

Kalau ada perasaan benci tu , bawak la istighfar .. sama sama menginsafi diri .. Kalau aku terlupa , korang ingatkan .. kalau korang terlupa , kawan sebelah ingatkan .. Kita sama sama saling memerlukan .. Aku perlukan korang .. begitu juga sebaliknya..

Jangan lupa .. hari ni kita kat atas.. tak tau bila kita kat bawah .. Tak perlu angkuh dan sombong .. Aku ? Aku cam korang gak . Sekadar menulis untuk menghiburkan hati dan mencari duit poket beli nasi lemak .. tu jer .. nak lebih , sapa la aku kan ... Kalau ada nama sekali pon , tolonglah .. semua ini pinjaman semata ! Esok lusa kita mati , tinggallah segalanya .. Sapa yang akan datang tolong angkat jenazah kita ? Fikirkan ...

Share
Tweet
Pin
Share
28 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes