Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 1 Julai 2015

Katakan tidak pada bukan susu ibu !

 

“ Alamak.. stok dah nak abis ! Kuat pulak Zahra kebelakangan ni minum susu ibu.. “. Getus hati aku. Wife pulak memang kebelakangan ni kurang susu dah. Sejak bertukar jabatan dan naik pangkat , dia dah payah nak dapat curik masa untuk pam susu. Ditambah lagi dengan Qhaliff yang masih belum nak putus susu walaupun dah paksa berkali kali.

Aku hantar whatsapp pada wife untuk beritahu pada dia mengenai masalah yang aku hadapi. Wife mintak aku bagi Zahra susu kotak andai stok abis.

Terdetik hati aku untuk mencubanya… Apakah Zahra akan terima susu kotak ?? Aku pon test bagi..

image

Ok.. Gambar di atas ni.. Yang kat tangan aku tu susu segar dari GoodDay. Aku bagi kat Zahra. Pada awal aku tunjuk kat dia , dia punya bernafsu tengok.. perghhh.. Siap kejar aku dari dapur tuuu.. Sampai kat tilam , dia terus jatuhkan badan dan amik kedudukan untuk hisap botol susu !

Aku bagi.. Dia masukkan dalam mulut dia.. Dan buang botol tu ! Hahahahahha.. Aku bagi botol yang mengandungi susu ibu.. Dan , habis sebotol !

Adehhh… Susu ibu ni ada power woooo ! Teringat kata seorang ulamak .. bagi susu ibu pada anak ni sehingga dia berusia 2  tahun  ! Camana punya payah pon , kasi dia susu ibu. Cari ibu susuan. Jangan kasi dia susu tiruan atau susu binatang.. Wallahualam..

9 komen :

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

hehehe.. terbayang aksi dak Zahra buang botol susu tu.. ;)
Moga dak Zahra membesar dengan sihat hendakNYA.

Nurzakiah Hanum berkata... [Reply to comment]

singgah pagi

SweetLikeWhat berkata... [Reply to comment]

susu ibu lagi sedap kata zahraa

mas saari berkata... [Reply to comment]

satu keseronokan dpt susukan anak dgn susu ibu sepenuhnya..

Fiza Rahman berkata... [Reply to comment]

I love breastfeeding. Susu ibu memang terbaik. Sama dengan my Qhalif. Dah 3 tahun masih BF lagi. Tak tau mcm mana nak stop kan. Macam tak der tanda2 nak benti tu :-(

Azlinda Azman berkata... [Reply to comment]

Dhia pun belum putus susu ibu lagi. Si kecik ni pun sama. Bulan ppuasa ni merengek sket lah. Susu tak sedap kot. EBM lebih seminggu dorang xsuka. Untung aben Zahra nk isap botol. Anak saya xnak isap btol mcm ni. Nk botol straw

Unknown berkata... [Reply to comment]

itulah cabaran menyusukan anak dengan susu ibu. kekangan masa si ibu utk mengepam, faktor kurang air (bulan puasa) buat production susu jadi kurang, badan letih...etc

Tapi seronoknya susukan anak dengan susu ibu, hanya mereka yang alaminya je yang tahu..

btw, sy pernah TERsedut susu sendiri, mmg manis! hahahaha.. no wonder la ada budak2 hanya nak susu ibu je..lalalala~

Liyana berkata... [Reply to comment]

rindu moment susu ibu nih.. bangga dpt susukan ank sampai 2 thn 5 bulan ahaks B)

yoorin melacolea berkata... [Reply to comment]

irine masih menyusu lg..lg stress kalau kat rumah langsung xnak botol...nak ngempeng je.. nasib kat rumah bs dia nak botol.. tak nak ebm lama2..nak ebm yg fresh baru pump..adoii.., bertabahlaa..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI