Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 8 Julai 2015

Pelancaran OPPO R7 Series

 

Di ShangRi La Hotel Kuala Lumpur.. Aku sebagai salah seorang pengguna telefon pintar Oppo pastinya berminat nak tau kelebihan R7 ni memandangkan sebelum ni Oppo terbaik dipegang oleh Find 7.

Bersama sama rakan rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari , kami antara terawal menyaksikan dan mencuba sendiri telefon pintar ini setelah dirasmikan dengan gemilangnya , petang semalam.

imageimage

Majlis pelancaran OPPO R7 Series berjaya memukau para hadirin. Sememangnya lain dari yang lain.. Ternyata mereka meletakkan harapan tinggi pada R7 kali ni..

William Fang, CEO of OPPO Malaysia holding OPPO R7 Plus

OPPO R7 LITE (RM1,298 )

R7 Lite_Layout01_13_CMYK_less_12000 R7 Lite_Layout02_34_CMYK_less copy

OPPO R7 PLUS ( RM1,998 )

R7 Plus Gold frontR7 Plus Gold back

Ok , aku tak nak cerita pasal spesifikasi sebab banyak blog dah tulis pasal tu.. Hehehehe.. Sekadar nak berkongsi apa aku rasa mengenai telefon Oppo R7 Lite dan R7 Plus..

R7 Lite ni sesuai mereka yang nak simple dan pantas. Sekadar nak gunakan telefon pintar khusus untuk buat kerja kerja yang mudah namun begitu spesifikasiknya jangan dipandang ringan ! Masih mampu menandingi telefon pintar yang sealiran dengannya.

image

Ok.. aku tak berapa minat sangat dengan R7 Lite. Kalau aku ada bajet terhad untuk membeli telefon pintar.. selepas menyaksikan dan mencubanya sendiri R7 Plus , aku rasa inilah telefon yang patut dimiliki !

Aku dah test lagging .. kamera .. selfie.. macro.. dan ianya memang menarik sama sekali ! Kamera depan 8MP menarik minat aku. Walaupun handphone dalam keadaan bergerak , ianya masih mampu menangkap gambar kita dengan jelas ! Ini disebabkan penggunaandual drive hybrid focus system iaitu Contrast Detection AutoFocus ( AF ) dan Phase Detection Auto Focus ( PDAF ) yang memastikan kestabilan imej dan kepantasan fokus !

Menariknya kali ini , badan R7 Series bukan seperti OPPO Series yang lain.. Ianya metal dan membuatkan nampak lebih kelas dan ekslusif ! Ditambah lagi dengan penggunaan 16M AMOLED paparan warna , R7 Series pasti menarik hati sesiapa saja yang melihatnya.

imageimageimage

Perbandingan size aku lakukan dengan Sony Xperia Z3 aku.. Jika korang pengemar movie atau kaki mengadap telefon pintar , rasanya pasti akan puas dengan R7 Plus ni ..

image

Selain dari tu , kepantasan mengecas bateri juga aku titik beratkan. Dengan teknologi VOOC Flash Charging System  , masa untuk mengecas telefon disingkatkan ! Kalau tak silap aku , 5 minit charging mampu guna untuk 2 jam lamanya bagi membuat pangillan telefon !

imageimage

Ternyata keluaran terkini OPPO berjaya menarik minat ramai blogger hingga mereka sanggup sertai pertandingan singkat bagi memiliki telefon pintar OPPO R7 ini..

Cuma sayangnya.. kalaulah telefon pintar ni boleh masuk air , pastinya ianya akan menjadi lebih menarik dan mampu mencabar telefon pintar yang terlebih dahulu popular darinya..

Untuk keterangan lebih lanjut terutama mengenai spesifikasi OPPO R7 Serius , bolehlah layari www.oppo.com/my atau di Facebook , OPPO Malaysia .

6 komen :

Dunia Zumal berkata... [Reply to comment]

Menarik gak nie, rasa nak pergi tengok kat kedai phone besok...

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

wahh cantik nya OPPO terbaru ni.. nk tengok gak lah..

mas saari berkata... [Reply to comment]

R7 Plus memang menarik..

safurara berkata... [Reply to comment]

sukanya yg GOLD tuuuuu! eh eh pekenan pulak!

HE.RE. K.NOT berkata... [Reply to comment]

Huhuhuhu..kepantasan utk discharging tu lah yg menarik hati plus full HD AND SLEEK DESIGN (^^)

HE.RE. K.NOT berkata... [Reply to comment]

Huhuhuhu..kepantasan utk discharging tu lah yg menarik hati plus full HD AND SLEEK DESIGN (^^)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI