Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 3 Julai 2015

Sahur dengan telur mayong dan ayam salai..

 

Ke D’Laila Sup Power malam ni..  Hehehe.. Berbuka ala kadar di rumah , pastu ke sana untuk menikmati juadah istimewanya.. Perancangan nak makan megi telur mayong + udang galah tapi.. sampai sampai sana , tokey besar takde . Aku tak nak orang lain buat.. huhuhuh.. nak tokey yang buat. Air tangan tokey lain skit.. Hahahaha ..

Tokey gi kedai kejap.. beli barang dapur. Tak pe la, tunggu je.. Salah aku la tak bagitau dia dah sampai.. Tapi aku pun tak nak la dia kelam kabut.. kang merbahaya , kata Qhaliff.. heheeh..

Maka , makan je la mee udang buat lapik perut.. Eceh.. lapik perut la kononnya ! Tu pun dah kenyang wooo .. Huhhuuh.. Dan ,tak lama kemudian dia pun sampai..

Bila dah sampai, berborak sakan.. Perut yang lapar pon dah kenyang. Tokey memang terkenal dengan keramahannya. Tokey , yakni Kak Laila ni memang dah berpengalaman dalam dunia masakan. Bukan sehari dua pegang sudip.. huhuhu..

Akhirnya , aku tapau untuk sahur jer.. Sahur pun sedap wooo.. Dah beberapa hari aku sahur dengan susu serta kurma .. gara gara takde selera nak makan sangat.. Hurmm..Cuaca kot ? Ke sebab Venus dan Jupiter ari tu ? Huhuh..

image

Buat pengetahuan , sapa sapa nak berbuka kat tempat dia ..leh pm dia di FB untuk buat tempahan meja.. hehehe .. PM jangan tak Pm yer.. Jangan main pakat serbu.. kang nyesal kang.. haaa…

6 komen :

Maria Hj. Abas berkata... [Reply to comment]

Orang Sabah hanya boleh 'nangis' je tengok gambar tu.. T_T

Mira Adzlia berkata... [Reply to comment]

terliur di pg Ramadan ke 16..hahaha

yaya cendana berkata... [Reply to comment]

ohowwww....yang ni yang Yaya sangka ikan malam tadi...biasalah....mamai... :)

Gee Hamid berkata... [Reply to comment]

telur mayong mmg favorite family sy...kalau brother ikan kat Pasar Keramat tu mmg simpan utk kami kalau ada stok...priorty gitu dan yg pasti telur ikan mayong ni masak lemak cili api letak belimbing buluh..perghhh hehe

mas saari berkata... [Reply to comment]

alaaaa nak buka kat dlaila lah mlm ni.. terliur sehhhh

Anil Wanina berkata... [Reply to comment]

eh ehh... i pun ada tumpang borak skali smalam.. hahahhaa... ^_^

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI