Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 31 Julai 2015

Silver Cross Pop2 untuk Zahra Nur Iman !

 

Waahh.. akhirnya ! Tak perlu berebut lagi dah stroller dengan abangnya .. Hurm.. harapnya begitu laa.. Aku pun takde la nak dukung memanjang si anak dara manja sorang ni.. Huhu..

Stroller dari jenama yang cukup terkenal , Silver Cross Pop2 akhirnya dimiliki Zahra. Cantik , bergaya dan paling penting mudah untuk diuruskan. Dengan berat cuma 7.2kg , rasanya untuk travel ke mana mana , tak susah mana pon mengusungnya..

image image

Pentingnya stroller yang ada penutup dan tempat letak barangan di bahagian bawah. Roda yang boleh dikunci atau berputar 360 darjah. Bertujuan untuk memudahkan pengendalian di tempat tempat yang sempit dan mencabar.. huhu..

imageimageimageimage

Setakat dari apa yang aku tengok dan pegang , memang aku berpuashati ! Dari aspek keselamatan , ternyata Silver Cross yang dah cukup berpengalaman dalam bidangnya telah membikin stroller ni tampak kukuh dan selamat untuk si kecil !

image image

Cara penyimpan dan tidak makan ruang juga amat penting. Hanya dengan dua langkah saja , stroller ni dah boleh dimasukkan ke dalam boot kereta. Ruang yang diperlukan tidak la besar mana ponn.. Skit je ruangan yang diperlukan..

Ok.. harga ?

image

Barangan yang bagus dan baik dan paling utama , selamat untuk digunakan adalah aspek utama yang patut difikirkan. Aku pernah beli stroller yang ‘harga bajet’. Sempat pakai 2 kali jer pastu rosak. Maka aku yang pentingkan anak anak pastinya akan utamakan mereka.. Sekali dah terkena , takkan nak kena lagi.. hurmmm ..

2 komen :

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Kalah membeli..menang memakai..biar mahal sedikit tapi manfaatnya berpanjangan..in sya Allah adik zahra pun boleh guna nanti..

Zizie Zack berkata... [Reply to comment]

alah membeli, menang memakai..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI