Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 31 Julai 2015

Tiga wanita ‘gergasi’ mengegar !

 

Semalam dan hari ini .. Dua hari yang penuh dengan ‘peristiwa’ tersendiri. Semakin hari semakin aku mengenali ramai wanita yang bakal atau telah pon mengegar dunia perniagaan dengan kejayaan yang telah mereka perolehi..

Semalam aku jumpa Puan Mawarni Hassan. Pemilik  Cosmoderm yang aku rasa korang pon dah cukup kenal. Bisnis yang bernilai berjutaan ringgit miliknya memang senantiasa membuatkan aku kagum pada beliau. Dan semalam , dia bagitau , akan keluar beberapa lagi produk kesihatan yang bakal jadi sebutan..

image

Kemudian , aku jumpa Shuhada Alauddin .. Pengasas Myryl  dan juga seorang peruding imej. Beliau seorang yang sangat periang dan gila gila namun dalam kepalanya penuh dengan strategi perniagaan. Beliau seorang bekas peguam yang berpengalaman. Melepaskan kerjayanya dan menceburi bidang yang diidamkan adalah sesuatu yang jarang dilakukan oleh wanita di luar sana.. Kagum dengannya..

image  image

Hari ini aku berjumpa Puan Wawa Idris , juga seorang perunding imej. Pada awalnya aku agak segan nak jumpa Puan Wawa ni. Maklumlah , nak jumpa wanita wanita cantik ni pastinya bercitarasa tinggi. Bila beliau maklumkan nak jumpa di Ben’s , aku dah segan dahhh ! Adoiyai.. Lemah tul nak makan tempat mahal mahal ni..

Seminit berbual dengannya , aku dah nampak siapa Wawa Idris ni ! Rupa ‘kepala giler ‘ jugak tetapi seperti Puan Shuhada , mereka ada sasaran besar dalam dunia perniagaan ni !

image image

Bertemu dengan mereka bertiga , adalah satu ‘keajaiban’. Bukan mudah nak jumpa wanita wanita yang berjaya dalam bidang mereka ceburi ni ! Puan Mawarni , walaupun dah berjaya tetapi tiada pernah kenal ‘berjaya ! Beliau tetap bekerja keras untuk menaikkan lagi syarikat miliknya. Begitu juga dengan Puan Shuhada dan Puan Wawa.. mereka tau akan kepayahan untuk dikenali dalam bidang mereka namun mereka sudah aturkan strategi dan bersedia untuk harungi dunia perniagaan yang semakin mencabar ini.

Dan aku.. dapat amik aura mereka ! Aku semakin bersemangat untuk kejar kejayaan yang aku inginkan .. Er , apa eh… er…

7 komen :

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Bila kita dikelilingi insan bermotivasi..insyaAllah diri akan terinspirasi..amin..

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

wuu.. hebat

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Segan lepas ni nak jumpa ben hehehhe

irra yyan berkata... [Reply to comment]

Terbaik! Mendengar kisah kejayaan Puan Mawarni sangat memberi semangat dan kekuatan kepada wanita lain.

mawarni hassan berkata... [Reply to comment]

@irra yyanRibuan Tkasih Ben dan Irra Rayan! Terharu ☺️��
Insya Allah kalau ada kesempatan teringin sangat utk jumpa dua wanita 'gergasi' yg cantik molek ..

shaHsutraMayA berkata... [Reply to comment]

Dan en Ben tinggalkan kad starbuck die pada saya terima kasih

Nadia Johari berkata... [Reply to comment]

pergh tengok mereka bertiga..wanita sekarang memang bekerjaya..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI