Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 20 Mac 2017

Hilang keyakinan diri bila 'boroi' ?

Dua minggu aku tak turun gym. Kenapa ? Entah mengapa , terasa malas gila terutama bila aku dah set mind aku nak gi gym tetiba ada hal menghalang.. terus aku batalkan walaupun boleh je gi pas selesaikan 'hal' tu ! 
Kesan dari kemalasan tu , perut naik ditambah dengan kegilaan makan roti bersalut coklat Gardenia Hazelnut  yang sedap tu. Bukan salah mereka pon.. aku je tak reti kawal nafsu makan !  Tak sangka lak boleh mengemukkan bila terlebih makan ! Hahahaha.. Dan secara automatik , tiada lagi Gardenia Hazelnut di rumah aku. 
Azam baru ! Minggu ni ada photoshoot yang perlu aku lalui. Bila tengok perut , haihh.. menyedihkan ! Rasa macam nak bagitau je kat agensi.. aku nak tarik diri ! Tak sanggup tengok perut tu nanti terbelahak keluar ! Huhhh.. Apakah aku tiada keyakinan diri bila nampak perut boroi ??? Arghhhh.. Terus aku mula kembali bersemangat untuk hilangkan boroi tu dulu tapi apakah boleh dilakukan dalam masa beberapa hari ni saja ???
InshaAllah boleh.. kalau kena caranya , senamannya. pemakanannya.. boleh jer ! Kadang kadang boroi tu bukan disebabkan lemak di perut tapi hampas hampas yang berkilo tak dibuang.. buang air besar tak lawas orang kata.. 
Aku dah mulakan semalam jugak. Bertreadmill pastu buat abs roller ! Memang bergegar abis perut ! Dan la sedikit pengurangan.. air banyak dalam badan. Tu nampak boroi semacam. Hurmm...  Apakah aku kembali berkeyakinan ? Apakah keyakinan aku terletak pada perut ???? Adehhh.. 


2 komen :

FeyLiez berkata... [Reply to comment]

Salam Abg Ben...
Semoga kembali kempis perut ya...
Jangan risua masih hensem disitu :)

yanie yusuf berkata... [Reply to comment]

tapi roti coklat hazelnut tu yang sedap hihihi...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI