Kolobrasi Ambi Pur - Grab Car demi keselesaan anda !

Best tak naik teksi yang mana ada bau rokok di dalamnya ? Atau pendingin hawa dipasang tapi tetap berpeluh ? Bila sampai destinasi , harga yang perlu dibayar tiada diskaun ! Huhhh... Tiada maaf lak tu dari dia. Kena bayar penuh ! 
Itu antara pengalaman yang pernah aku lalui bila menggunakan teksi dan menyebabkan aku bertukar menggunakan saja pengangkutan awam yang lain atau pandu saja kereta ke destinasi yang hendak aku tuju... jammed pon jammed laa ! 
Grab Car muncul... Aku pernah guna perkhidmatan Grab Car dan ternyata tidak mengecewakan dan ramai bersependapat dengan aku. Kereta yang digunakan , memang selesa dan semalam , satu lagi keistimewaan jika menggunakan Grab Car iaitu kesegaran yang didapati di dalam kereta yang pastinya selesakan anda di kala kepenatan atau berada di dalam kesesakkan jalan raya. 



Kerjasama antara Grab dan Ambi Pur diumumkan di ibu pejabat Grab , semalam. Usahasama ini mengabungkan dua jenama besar untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada para pemandu Grab samada yang baru atau lama.  Semua pemandu Grab akan mendapat diskaun ekslusif untuk produk produk Ambi Pur dan secara langsung akan membuatkan para pelanggan mereka menerima  'Perjalanan Yang Paling Segar'.
Tahniah Grab dan Ambi Pur atas kerjasama ini. 

8 ulasan:

  1. dah jarang sangat amik teksi dah sekarang, grab sangat2 membantu... kereta wangi? lagi best la naik, hahahah...

    BalasPadam
  2. sangat utamakan keselesaan pengguna. tahniah

    BalasPadam
  3. Trus bli ambipur jgk. Hehe

    BalasPadam
  4. tak pernah lagi naik Grab Car.. blh try ni..hhe

    BalasPadam
  5. lepas ni naik grab car pulak la..hahaa

    BalasPadam
  6. Suka wangian Ambi Pur, memang wangi dan segar bau dia.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.