Qhaliff dah 3 bulan .. Perkembangannya ? Part 1

by - Jumaat, Julai 06, 2012

 

IMAG1873-1-1_thumb1

Saya , Muhammad Qhaliff Iman . Nama ayah saya , korang dah tau kan ? Ok … ini cerita saya .. bukan cerita ayah saya yer ..

Perkembangan saya bila dah usia 3 bulan ini berdasarkan dari BABYCENTER melalui penilaian ayah saya yang suka kentut merata tu .. huhu ..

 

Menegakkan kepala dengan stabil

Pada bulan ini, bayi anda mungkin sudah boleh mengangkatkan kepalanya semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Jika diampu untuk duduk, dia mungkin boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus. Ketika dia meniarap, anda akan memerhatikan dia mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Duduklah di hadapannya dan hayunkan mainan untuk menggalaknya.  “

Ulasan Qhaliff

Menurut ayah saya yang dikasihi itu , saya mampu angkat kepala saya tapi masih malas nak buat gitu sbb saya suka didukung ! Seronok jer rasa .. Kalau tak buat gitu , ayah suka ngadap laptop dia.. Jadi saya menjerit laa dengan penuh kepura-puraan sambil mengeluarkan air mata ..

Manakala ayah mmg suka kasi saya meniarap kebelakangan ni .. Dia nak suruh belajar kuatkan leher tu.. Tapi saya suka pura pura buat lembik ! Sbb saya suka ayah pegang saya .. Weee.. Rasa manja gitu … Ayah mmg akan duduk dpn saya sambil hayun dumbellnya ..

 

Koordinasi lengan, kaki dan tangan lebih baik

Bayi anda sekarang boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya. Sendi paha dan lututnya menjadi lebih lentur menyebabkan tendangannya menjadi lebih kuat. Dan jika anda mendirikannya dengan kaki terletak di lantai, dia akan menolak badannya turun dengan menggunakan kakinya. Dia boleh merapatkan kedua tangan dan membuka jari-jarinya, tapi dia akan menggunakan tangan yang digenggam rapi untuk memukul barang yang tergantung. (Harap maklum bahawa usaha memukul mainan atau sesuatu objek merupakan satu pencapaian yang penting!) Galakkan perkembangan kemahiran tangannya dengan menghulurkan mainan dan perhatikan sama ada dia mengambilnya.  “

 

Ulasan Qhaliff

Yang ini mmg saya suka buat .. Bukan takat kaki tangan je bergerak malah sering ayah kena kentut dengan saya terutamanya bila nak tukar pampers.. Tepat di mukanya . Adakalanya ayah hampir pengsan lalu diganti oleh ibu ..

Mengapai mainan mmg cita cita saya..Ini kerana saya amat tertarik betul dengan HTC ONE X ayah yang sering dia usung ke mana saja .. I like la daddy !! Tunggu la besar .. nak mintak Iphone 5 ..

 

Pola tidur lebih terkawal

Mulai dari sekarang, ibubapa yang dahulu-nya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam. “

Ulasan Qhaliff

Yang ni mmg best .. Saya selalu tidur bila kenyang .. Kalau tak kenyang , saya akan pastikan mak dan ayah tak cukup tidur ! Asyik nak tidur je diorang tu .. Jangan la gitu. Tunggu saya besar skit baru leh tidur lama lama .. Bukan apa , tak puas manja.. tau tau dah ada dik .. huhu ..

Tidur saya mmg cukup tp klu ada aircond lg best !

 

Jelas mengenali emak dan ayah

“ Menjelang tiga bulan, dan kadangkala lebih awal, bayi anda sudah menjalin hubungan rapat dengan anda dan mengenali muka anda. Dia masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Namun begitu, dia sudah mula mengetahui siapakah orang-orang dalam hidupnya dan sudah boleh menentukan siapa yang lebih disukainya antara mereka.

Lobus parietal, bahagian otak yang mengawal koordinasi tangan-mata serta membolehkan seseorang itu mengenali objek, kini mula berkembang dengan pantas.

Dan lobus temporal, yang membolehkan pendengaran, bahasa dan bau-bauan, juga lebih responsif dan aktif. Oleh itu, apabila bayi mendengar suara anda, dia akan memandang terus kepada anda dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan anda.

 

Ulasan Qhaliff

Maunya  tak kenal mak ayah sendiri ?? Pantang nampak jer confirm saya senyum pastu ketaw .. Tak reti reti bg susu ker ? Saya mmg suka senyum terutama dgn akak akak yg comel comel tu ..

Buat masa ni pendengaran saya ok .. Camana saya tau ? Sbb ayah selalu panggil saya dan saya akan menoleh lalu memberikan senyuman paling menawan , masa tu .. Tau apa ayah kata ?

“ Abis la anak aku nanti !! “

 

-SAMBUNG PART 2-

 

Sumber – BabyCenter

You May Also Like

16 comments

  1. hahaha.. qhaliff ke yang tulis ni?? pecahkan semua rahsia daddy awk ye.. kasi bongkar semua.. hahaha

    BalasPadam
  2. Heehe...alhamdulillah, sejauh ini perjalanan si Kecil kan?Syukur....Qhalif comel...Qhalif comel!:)

    BalasPadam
  3. hihi..lucu ulasan qhaliff;) mkin lama mkin hensem qhaliff ni ha..geram nk cubit pipi.hoho

    BalasPadam
  4. wah qhaliff pndai buat ulasan ye... terbaik... qhaliff sangat comel.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. Qhaliff dah aktif dan berkembang dengan sihat.. :)
    pandai yer Qhaliff tulis kat Blog tentang ulasan2 dari daddy dia.. tak sangka betul.. (^_^)
    oooo, daddy dia suka kentut merata..

    BalasPadam
  6. hehe..klakar...
    Alhmdulillah..Qhaliff membesar dgn sht...:)

    BalasPadam
  7. hahahaha... ulasan Qhaliff memang kelakar...

    BalasPadam
  8. gigih membaca ulasan Qhaliff. yg lain tu skip.. :) tunggu part 2 plak.. *sbr menanti

    BalasPadam
  9. ok dengar ulasan makciklak ye
    - takpe ayah kentut merata, itu maknanya saluran kentut ayah clean.. tak tersumbat
    -makcik cuma nak pesan, dalam 6 bulan pertama, mesti kerap berjaga-jaga tau.. tidor malam jgn lena2.. jgn kasik can sama ayah.. kasitau ayah, khalif belum sedia nak jd abglonglah ayah.. :)

    BalasPadam
  10. Comel qhalif....................... bukan ayahnya

    BalasPadam
  11. Suka entri ni... Tak sabar nak tunggu part 2..

    BalasPadam
  12. Salam Perkenalan...

    Tahniah dengan newborn baby awak..Cute sangat..

    Cute macam anak saya...Tak caya tengok blog saya http://elqashrinqaisara.blogspot.com
    Hahaha Promote la plak...

    Saya nak follow blog awak lah..best banyak informasi...nanti follow kita balik yer!

    Kiss Kiss to Qarliff..

    BalasPadam