Rekod ReTweet Peribadi tertinggi ..
Serius tak sangka ramai nak RT kata kata aku yang simple ni .. Aku sebenarnya di Twitter lebih gemar bermadah pujangga dari tweet yang bersifatkan peribadi .. Sesekali ok laa .. Maklumlah , apa yang kita tweet tu , akan orang lain baca .. Kalau negatif isinya , kita dapat dosa kan ? Jadi , lebih baik aku cari saham akhirat .. Tu tujuan kita atas dunia ni kan ?
“ Benar diam itu mahal harganya kerana diam mereka sangka kita bisu atau tidak berilmu sedangkan kita diam adalah utk menjaga tuturkata kita.. "
Skang ni , susah .. Kebenaran akan dipandang serong dan yang palsu itulah dipuja puja .. Jadi , lebih baik kita berdiam diri . Tapi berdiam diri tak semestinya tak buat apa apa kan ? Orang yang bijak , akan gunakan akalnya untuk ‘berperang’ .. Tidak sama sekali membabi buta menyerang ..
Diam juga akan menyelamatkan keadaan yang keruh . Yelah , dari dok bertelagah , lebih baik amik tindakan berdiam diri . Maklumlah, masa tu gak syaitan dok menyucuk yucuk untuk kita bergaduh sesama kita . Jadi , kita gunakan akal ketika ini . Tunggu sejuk skit baru kembali berbincang .. Hehe ..
Twitter ni dulu aku tak berapa nak suka guna sbb mudah diserang haters . Tapi setelah tau bagaimana nak ‘uruskannya’ , alhamdulillah .. aku semakin suka terutama aku boleh bermadah pujangga di situ .. hehehe ..
Terima kasih kerana sudi follow dan RT setiap kata kata aku . Semoga ianya memberi manfaat pada kita semua termasuk aku ..
13 comments
wah :D ayat yang mnarik tu, memang ramai org RT ㅎㅎ
BalasPadambetul tu abg ben.. mmg patut pun klo ramai yg RT, ayat tu simple but nice. plus, penuh mkna :)
BalasPadamdiam dn ambik masa utk fikirkan ap yg terbaik utk dilakukan. .br la dpt berperang dgn akal, bkn nafsu semata.
BalasPadamok the word is really true..:)
BalasPadamden masih tak faham lagi penggunaan twitter ni.. malas langsung nak bukak..hehe
BalasPadamGood one bro..
BalasPadamhttp://dailytonic.blogspot.com/?m=1
kata2 yang menarik dan ada kebenaran disebalik kata2 tersebut.. :)
BalasPadamdan terima kasih jugak follow sy :o)
BalasPadamsetuju...orang yang bijak akan gunakan akalnya untuk berperang...yeah hari ni ada agenda untuk pergi bertempur bagi mengembalikan maruah diri yang tercalar..tapi mesti guna akal dan kawal emosi..he2..
BalasPadamsaya setuju. Diam boleh menyelamatkan segalanya. SEBAB PULUT SANTAN BINASA. SEBAB MULUT BADAN BINASA. salah satu sebab saya suka berblog skang sebab saya taknak byk bercakap ngn org, sbb selalu sgt percakapan kita disalaherti. kadang saya konfius, rasa mcm takda salah apa yg dicakap tp yelah lain org lain ragam. ada yg nak kita bersopan santun dgn dia walaupun dia celupar dgn kita. lebih baik diam. sebabtu nabi cakap, kita dikurnia satu mulut tapi dua telinga sebab kita perlu byk diam tp byk mendengar.. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata?
BalasPadamsekurang2 dengan menulis kita boleh edit dulu, tp itupun belum mampu dapat memuaskan hati semua.
thanks for following me too :)
BalasPadambetul la tu.. sya setuju sngt. (:
BalasPadambetul la tu.. sya setuju sngt. (:
BalasPadam