‘Kucing’ percuma di Perth ! - BEN ASHAARI

‘Kucing’ percuma di Perth !

Respek ! Ini yang patut dibuat di negara kita ! Alang alang dah naikkan cukai dan tambang maka perlu ada timbal balik ! Jangan asik kata kos penyelengaraan naik tapi mutu perkhidmatan tetap sama ! Malah ada lebih terus !
‘Kucing’ yang aku maksudkan ialah CAT.. Perkhidmatan bas percuma dalam bandar ! Tak kira la sapa sapa pun.. boleh guna ! Naik turunlah beberapa kali pon , tak de sapa nak marah !
Dan lebih menariknya.. si CAT ni sampai tepat pada masanya ! Fuhh… giler laa  !! Terasa macam nak migrate je sana sekarang jugak tapi… tak sampai hati aku nak tinggalkan negara ni begitu saja ! Huhuhuh.. 



Tengok gambar di atas dan tumpukan pada THE NEXT CAT IS DUE IN '1' MINUTE.' Masa dalam ruangan skrin tu bergerak ! Dari 5 minit ke 1 minit dan menariknya.. bas sampai tepat pada masanya ! Fuhhhh.. 

Kat Malaysia boleh buat ? Hahaaha.. Boleh kan ? Tapi saja diorang lambatkan sebab nak kasi penuh atau peluang pada orang lain naik tanpa tunggu bas selanjutnya.. Kononnya laaa ! Hurmmmm... 
Ok ok.. aku rasa negara kita yang kononnya nak mencapai taraf kemodenan tahun 2020 perlu ada begini ! Cukai yang dikenakan rakyat perlu dikembalikan pada rakyat dengan membuuat keselesaan yang tidak membebankan ! Apa guna buat MRT tapi kena bayar ??? Dah macam sekarang.. kononnya LRT dan ERL tu untuk memudahkan tapi sekarang tengok harganya.. Sapa je boleh naik ????  

Mintak pak pak menteri bila keluar negara tu , bukak mata la skit ! 

9 ulasan:

  1. stress baca kesedapan negara lain....

    dulu aku bangga kini aku malu
    tapi terpaksa aku pikul nama negaraku ini hingga ke liang lahad kerana disini tanah tumpahnya darah datuk nenek moyang ku ....

    ***apa aku merepek nihh...!!!

    BalasPadam
  2. Asalam perkhidmatan bas percuma..wow!! terbaik ya di Perth..patutlah tak nak balik..best rasanya dapat bersiaran ...tahniah ya..suspen kejap..hehehe

    BalasPadam
  3. Alangkah bagusnya jika kerajaan berfikir macam en ben demi kesejahteraan rakyat.

    BalasPadam
  4. kalau nak baca pengalaman saya dengan bas CAT ni boleh klik di link ini http://myfoodathome.blogspot.my/2012/09/day-6-perth-just-you-and-me.html

    BalasPadam
  5. Betul...patut buat macam ni utk capai status negara maju...

    BalasPadam
  6. Patutnya memang da kna ada pengangkutan bas percuma.sedangkan gst laju je ikut. Bila bab lain tak nak pula ikut

    BalasPadam
  7. Bestnya kalau ada perkhidmatan mcm ni kat malaysia. Tapi...hmmm ntah bila lah agaknya...

    BalasPadam
  8. Semoga ada pihak yang membuka mata

    BalasPadam
  9. Bila tahun la negara kita nak maju macam ni...kena ada pihak yang buka mata pasal ni kan...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.