Adakah layak Youtuber Sugu Pavithra letak tinggi harga tinggi untuk muncul di mana mana ?

by - Selasa, Jun 23, 2020


Sugu Pavithra , seorang Youtuber berkonsepkan masakan India yang popular sejak PKP lepas. Menjadi bualan dari bawahan hingga atasan.. Perdana Menteri sendiri pun sebut nama dia 'hari tu' menjadikan dia antara Youtuber yang banyak dapat subscriber ! Contoh rakyat Malaysia yang patut ikuti ! Mesti tahu kenapa punya, kan ?

Ok..dalam isunya hari tu.. dia dikatakan 'saja saja' letak harga tinggi untuk menolak muncul di rancangan masakan. Dan aku dah beri pendapat aku dalam entri lepas. Berdasarkan pengalaman aku la. Yang mana aku mementingkan Network dari pelbagai sudut dan orang.  Boleh baca di entri Youtuber Sugu Mintak RM10K ?

Yang aku sedikit pertikaikan ialah part low profile tu je. Tu pun aku tak baca dari dia tapi dari komen komen netizen di Twitter yang mengatakan dia 'saja' letak harga gitu sebab nak tolak secara halus ! Hurmm.. Macam aku kata la.. kalau tak nak , cakap tak nak.. Kalau nak , bagitau je 'harga kamu' dengan ikhlas ! Dan yer.. dia memang layak pun untuk bayaran tinggi ! Takda isu kat situ.

Cuma isunya ialah.. kalau benar nak low profile , kenapa buat photoshoot ala ala model gitu ? Pastinya akan viral gempak punya. Kalau viral bab masakan tu, ok la. memang sesuai ! Tapi model ? hurmm.. Kau punya level bukan low profile dah pastu ! Akan naik satu level lagi !


Kalau nak maintain low profile , buat macam blogger masakan Mat Gebu. Yer, dia berkali kali tolak untuk muncul di tv dan majalah. Katanya memadai je dengan di blog. Ok... tu low profile ! Income tetap masuk gak..

Tapi... tapi ! Jika dia tak kata pun dia tolak sebab nak low profile , haaaa.. apa dia buat ni dah betul ! Kautlah selagi rezeki tu halal dan tak salah di sisi undang undang. Aku pun tumpang seronok sebab boleh gak tumpang tulis cerita pasal dia ! Hahahaha.. Kan kan ? Isu positif. Dan dia pun memang positif orangnya.  Cuma part low profile tu je aku tak pasti apakah dari dia atau netizen yang buat kesimpulan ! Apa pun , dia memang layak  sebab inilah ' lubuk emas' yang aku sering cakapkan.. Internet jika dimanfaatkan.. ko akan hidup senang !

Buat korang yang nak jadi macam dia... jadilah diri sendiri dan bersedia untuk hilang segala gala privacy ! Harga privacy sangatlah mahal....

Buat Sugu Pavithra... jangan leka dan utamakan keluarga. Oh ya, cukai pendapatan jangan lupa declare tau ! Hehehe...

You May Also Like

10 comments

  1. Silap dia sebab dia kata"nak low profile" tak salah pun nak letak harga tinggi. Sbb pilihan tetap ditangan mereka yang memilih kan...

    BalasPadam
  2. Silap dia sebab dia kata"nak low profile" tak salah pun nak letak harga tinggi. Sbb pilihan tetap ditangan mereka yang memilih kan...

    BalasPadam
  3. benar sekali nilai privacy sgt mahal

    BalasPadam
  4. Oh! kisahnya baharu Mrs. A faham...

    BalasPadam
  5. Low profile tetap berjaya
    Berjaya sebab low profile
    Moga terus berjaya

    BalasPadam
  6. tak amik port pasal citer dia ni..huhu. baca sini baru tahu

    BalasPadam
  7. Dia terkenal dengan mendadak. Betul, jangan leka dan utamakan keluarga.

    BalasPadam
  8. uishh tak ternilai harga privacy..sekali dh publish semua bakal dikorek

    BalasPadam
  9. Saya lagi kesah lau abang ben masuk tv. Hahahaa sugu ni layan sesekali jelah huhu

    BalasPadam