Bang, tak leh bagi diskaun ke ?

by - Isnin, Jun 29, 2020



Aku suka beli kraftangan bila melancong sebagai tanda ingatan. Tak kira la dalam atau luar negara , aku mencari sesuatu yang akan aku pakai hingga rosak. Nak simpan tu , tak de la. Nanti berabuk jer. Hahaha.. Tu style aku la..

Di Pulau Tioman ari tu , aku ternampak gerai jual kraf. Aku belek gelang tangan. Sejak muda lagi aku memang suka gelang ni. Tengok kawan aku pakai , cam nampak cool gitu ! Nak pakai gelang perak tu , nampak ganas sangat. Hahaha...

Aku beli satu. Aku terus pakai. Cam best lak. Teringat anak dara di rumah. Wife ? Haha.. Jangan mimpi la dia nak pakai.  Aku beli gelang jade kat Korea pun dia simpan jer. Baik beli kasi kat orang yang nak pakai ! Rasa berbaloi gitu. Hahaha..

Maka aku beli satu untuk Zahra. Aku bayar.. RM10. Harga setiap satu RM5. Aku tak mintak kurang  pun walaupun aku boleh mintak. Kenapa ? Huhu.. Pertama , mereka baru keluar dari PKP. Bisnes baru nak bergerak. Income selama beberapa bulan , tiada. Pastu aku nak mintak diskaun ? Aku datang melancong kot ? Mesti ada duit ! Lagi pun orang kita yang meniaga tu. Apa salahnya support sikit. Dan kena pulak ,pelancong ketika ni tak beberapa ramai lagi. Memang takkan aku mintak.

Dan sebelum pulang.. aku beli lagi 4. RM20. Saja pilih beberapa jenis lagi untuk Zahra. Aku tahu dia mesti seronok sangat... Aku bayar kat abang tu. Aku bagi duit dan ucap terima kasih.  Dah beli 6 pasang tapi tak mintak diskaun. Bagi aku , kalau mampu bayar ... apa salahnya kan ? Seronokkan peniaga.



Teringat aku ketika ke Kuala Pilah.. masa tu ternampak itik salai. Aku singgah beli. Seekor. Selepas ditimbang , harganya RM52 dan aku ketika tu ada RM50. Memang tak keluarkan duit lagi. Aku cakap kat peniaga tu..

" Bang.. saya ada cash 50 je ni. Terlupa nak keluarkan kat ATM tadi. Bagi saya dalam setengah ekor je dah la.. " kata aku.

Dia jawab , " Kita jual sekor dengan timbang beratnya. Tak pe.. Saya kasi RM48 jer.." .

Wah.. rezeki aku. Alhamdulillah. Tapi sampai sekarang itik tu tak dimasak lagi. Hahaha.. Saja je beli nak support peniaga ketika tu. Maklumlah , baru bukak kedai kan.. Huhuh..

Berbalik pada Tioman.. Tampak gembira la di wajah abang tu selepas aku bayar. Maklumlah , yang nak beli barangan kraf ni sah sah pelancong jer. Penduduk tempatan , takda makna la nak beli. Hahah.. Kan ?

Sesampai je rumah semalam , Zahra sambut aku. Yang lain tidur dah. Dia je ! Hahaha.. Dia kata dia tunggu daddy balik. Rindu. Olololo.... Aku letak beg.. Tak kasi dia peluk aku. Aku kena bersihkan diri dulu. 

Selepas mandi , baru aku peluk cium dia. Pastu aku kasi dia hadiah. Gelang tangan. Suka betul dia. 

" Sooo beautiful. I like it ! " kata dia. 

Kita yang beli pun rasa berbaloi gitu. Hahahaha... Dan aku belikan dia 3 set. Dia tak tau. Semalam aku kasi dia satu je dulu. Tu pun dah cukup happy. Terus dia cuba pakai. Seronok dia. Pastu bukak. Simpan kat tempat selamat. Takut Aariz amik. Hahaha..

Itulah cara aku. Kalau tak berduit , aku tak beli walaupun aku suka. Tengok je la. Melainkan memang peniaga tu dah kasi diskaun.. baru aku beli.

You May Also Like

5 comments

  1. bagus tu..support business local.

    BalasPadam
  2. Zaman dulu2 suka gak pakai gelang ni

    BalasPadam
  3. ank2 mmg menghargai barangan mcm ni.kena beli selalu utk zahra

    BalasPadam
  4. Yup sekrg nak mintak diskaun kesian pulak.. Diaorg pun cri makan.. Alolo.. Zahra.. Kiutnyaa

    BalasPadam