Betul ke aku tak boleh makan durian dah ?

by - Khamis, Jun 11, 2020

Wife ajak beli durian. Teringin katanya. Bila dia kata gitu , aku tau dia nak ajak aku ke Pondok Durian Kak Jue yang terletak di Salak Lama. Bersebelahan kedai tayar. Kat situ boleh la tawar menawar dengan Kak Jue sebab dah lama membeli dengan dia. Dia pun menjual bukan untuk kaya pun nampaknya. Sekadar ada duit masuk , dah la katanya.

Banyak buah buah baru haa ! Segar bugar dan besar besar. Macam macam jenis ada haaa.. Terliur terus aku tengok ! Gulp... Dalam kepala aku , nak gi Pulau Pinang nanti ! Nak cari duri duri hitam. Hehehe... Balik Pulau la jawabnya. Tapi tu nanti la. Buat masa sekarang , aku fokus depan mata dulu. 

Wife dah standby bawak tupperware. Jimat masa dan tak payah nak kopek kopek dah pastu satu hal lak nak membuang lak ! Huhuh.. Baik terus je kopek dan lagi pun bak kata otai durian , kita leh dapat buah yang elok je. Maklumlah , sembang kata buah semua elok.. sampai rumah.. tu dia ! Haa, penah kena kan ? Haaa.. senang citer.. bukak depan mata tokey. Baru berbaloi dengan harga ! 

Cantik cantik isinya. Tapi aku mampu tengok je kali ni. Tak berani nak makan. Kenapa ? Dua tiga lepas, tekanan darah aku naik. Walaupun tak check tapi aku tau naik. Maka buat masa sekarang , aku kena rehat dari segala benda yang boleh menaikkan tekanan darah termasuk tengok gambar awek awek cun di media sosial ! Eh.. lain lak bunyi yer.. Hahaha..


Zahra terus mintak seulas. Ok.. kita stop sat na. Kita belajar sedikit penjodoh bilangan lak ! Hahaha.. Ada orang main belasah je sebut. Nah.. ini penjodoh bilangan untuk buah durian. Kang ada yang kata dia makan sebijik durian. Mampus weh ! Hahaha.. 



Tapi apakah benar orang yang ada tekanan darah tinggi ni tak boleh makan durian ? Ada yang kata , doktor kata gitu.. Biasanya , kalau tanya doktor mesti tak boleh. Kenapa ? Sebab bagi mereka yang ada tekanan darah tinggi dan makan ubat , mesti tak dibenarkan. Bagi yang tak makan ubat , sebenarnya boleh jer makan tapi sederhana ! Ops.. baca kasi abis dulu na...

Nah.. ini info dari HelloDoktor.Com

Durian boleh menjadi sebahagian daripada Pendekatan Diet Untuk Menghentikan Hipertensi (DASH) yang merupakan pola makan direka untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengikut Garis Panduan Pemakanan 2010 dari Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat. Pola pemakanan ini adalah dengan mengambil empat hingga lima hidangan buah sehari dalam diet 2,000 kalori, dan setengah cawan durian segar sebagai hidangan.

Durian hanya menyediakan 5 mg natrium per cawan, dan mengurangkan pengambilan natrium boleh menurunkan tekanan darah anda. Individu yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak boleh melebihi 1,500 mg sodium sehari. Bagi menurunkan pengambilan natrium anda, banyakkan memakan buah-buahan segar, sayuran dan kekacang serta hadkan penggunaan garam dan makanan yang disediakan.

Satu manfaat penting buah durian untuk tekanan darah ialah ia sangat tinggi dalam kalium, dengan 1,059 mg per cawan. Diet tinggi potasium menyokong tekanan darah yang sihat, dan orang dewasa yang sihat perlu mendapat sekurang-kurangnya 4,700 mg sehari. Buah, kacang, sayuran dan ikan adalah sumber semula jadi potasium yang baik.

Pesakit dengan hipertensi sering mengalami komplikasi dengan penyakit jantung. Kandungan alkohol dalam buah durian boleh meningkatkan tekanan darah pesakit hipertensi. Tekanan darah meningkat akan menyebabkan kadar denyutan jantung dan penyakit jantung secara tiba-tiba. Kawalan tekanan darah yang sering terletak di atas 200 akan mendorong kepada penyakit jantung. Sekiranya tekanan darah dan serangan jantung serentak, ia mungkin boleh menyebabkan kematian.

Tip makan durian bagi penghidap diabetes:
  • Tidak makan berlebihan
  • Tidak makan daging berlemak tinggi selepas memakan durian
  • Banyakkan minum air putih selepas makan durian
Apa apa pun .. sila rujuk doktor peribadi korang. Jangan sebab Ben kata boleh , korang pun bedal ! Hahaha.. Naya aku.

Peringatan ! Jangan makan ubat selepas makan durian ! Fuh.... meninggal kau nak oiii ! 

You May Also Like

15 comments

  1. Betul.bahaya ubat + durian dalam.masa yang sama.

    BalasPadam
  2. Makan boleh... Tp kena beringat..

    BalasPadam
  3. Baru tau...daging sama durian x boleh makan serentak...mmg kena hati² bila dh masuk umur hujung ni

    BalasPadam
  4. bagus sharing ni aben. abah huda suka makan durian walau ada diabetes. jenuh nak jaga pemakanan dia

    BalasPadam
  5. sedap nya. saya kurang skit durian ni. Kalau makan, mesti kena makan terus dari buah. Kalau durian tu dipacking dalam bekas atau pinggan saya confirm tak makan. so, bolehlah control pengambilan kalori sikit. hihi

    BalasPadam
  6. Lepas makan durian jangan lupa bilas dengan air masak.

    BalasPadam
  7. Ini ilmu baru.Lazimnya orang yang ada diabetis sangat tidak digalakkan makan durian.Kali ini rupanya yang ada hipertensi pun ada hadnya dibolehkan makan durian.

    BalasPadam
  8. Aku makan je Ben, tapi beringat oii, dapat sepangsa pun dah cukup, kalau seulas, meraung gak aku, kalau sebiji, bak kata ko, meninggal nak oiii hahahahaha

    BalasPadam
  9. Ritu dapat black thorn 1st time memang sedap sangat .. tp tak berani makan banyak. Manis nau²

    BalasPadam
  10. fuhhh..bahaya tu cikBen..camno ado darah tinggi lak nie..xpe la.durian2 tu bg sy je la.mkn..sy tlng

    BalasPadam
  11. Kalau makan durian kena ingat apa yang pantang dengan durian ben...bahaya

    BalasPadam
  12. Ala sedpnya durian.. Haritu dpt dh mkn tapi tak puas.. Haha

    BalasPadam
  13. huish kena beringat ni
    apap pun kena minum air banyak lepas makan duyan

    BalasPadam
  14. Sedapnya..... Salak lama tu dekat mana, tak pernah dengar pun

    BalasPadam