Kedai cermin mata murah di Kuala Lumpur. Boleh bawa bincang punya !

by - Isnin, Jun 15, 2020

Kedai cermin mata di Kuala Lumpur ni ada banyak. Teringat arwah ayah aku yang suka pergi buat cermin mata di Jalan Kuching. Tu kira kira 30 tahun dulu la.. Tapi memang murah la. Branded lak tu. Nampak dia memang puashati la. Sebab bukan sekali dua dia buat situ. Dengan aku aku sekali terlibat tempah spek kat situ. Spek rabun. Hehehe..

Bila dah besar ni.. duit ada kan ! Hehehe.. maka pergi la kedai kedai yang terkenal. Bingkai murah tapi dia punya lens.. pergh... Campur campur, beribu ! Adoi... dek kerana dah terpaksa, teruskan je la. Tapi berkali kali gak la aku tak puashati ! Bingkai rosak dengan cepat. Masa beli , siap kata gitu gini. Bila dah rosak, sembangnya lain. Nak beli baru, bukan murah. Kan ? 

Tapi sejak aku kenal satu kedai spek ni.. aku memang akui kedai ni memang murah la. Memang area tu banyak kedai spek yang murah tapi yang aku suka ialah senang dibawa berbincang. Pastu bagitau je berapa bajet kita dan masalah kita. Diorang boleh je settlekan. Tapi janganlah mintak yang gempak pastu nak murah ! Memang parak laaa weh ! Ikut la kemampuan. Kalau nak bergaya tu , ok jer.. tapi keluarla  duit lebih skit. Pandai pandai la buat tawar menawar. 

Yang bestnya , kat kedai aku kata ni.. ko boleh dapat lens anti silau , tukar gelap dengan harga yang tak masuk dek akal ! Aku pernah tanya di kedai ternama.. harganya serupa gaji aku 2 bulan sewaktu bekerja dulu ! Hahahaha.. Tu lens je tauu ! Dia punya bukak harga... memang nak sembelih kau punya ! 

Tapi ini tak berlaku kat kedai yang aku kata ni la.. Ramai dah kawan kawan aku pergi sana. Malah diorang siap syorkan pada kawan kawan lain lak.. Kira dah berangkai la.. Kluster Ben Ashaari gitu. Hahaha.. 

Masa aku gi baru ni pun, ada pelanggan siap order 4 pasang gitu. Aku pun tak tau la dia buat untuk sapa sampai banyak gitu tapi tampak muka dia cukup berpuashati la kat  situ terutama dengan layanan pekerja pekerja kat situ. 

Berbaloi kalau buat multifocal kat sini ! 












Ok la kan ? Ramai puashati. Alhamdulillah. Tak sia sia la aku rekemen.  Plan nak gi lagi. Ada spek idaman aku menanti kat sana. Hahahaha.. 

Kalau korang nak gi , dapat harga cun punya.. cakap je korang pembaca blog BEN ASHAARI. InshaAllah dapat harga cun. Cari Mr.Jun tau ! 


Lokasi : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Waktu Perniagaan: 11pagi - 7 petang( Setiap Hari)
No Tel/Whatsapp  : 0163636464 ( Mr.Jun )

You May Also Like

7 comments