Kembali ke Tioman selepas 10 tahun !

by - Ahad, Jun 28, 2020

Pertama kali aku ke Pulau Tioman ni , pada tahun 2010. Aku bersama wife ke sini selepas dia menjalani pembedahan cyst. Dan aku ke sini atas 'bantuan' Kak Ummi Zaihadi. Yer, masih ingat lagi dia tolong uruskan segalanya. Terima kasih kak Ummi. 

Cuma kali ni, aku tak duduk di resort yang sama. Amik resort lain lak. Dan tak pergi bersama wife. Aku ke sini pun atas urusan kerja. Huhu... Cuma tak sangka la genap 10 tahun aku memori aku bersama Pulau Tioman. Dan berbulan madu di sini.. Huhuh..

Trip kali ni diuruskan oleh agensi travel Ben And Nash Adventure Holidays Sdn Bhd. Yup, aku dah ada agensi travel. Hehehe.. Aku dan Mr. Nash.. partner aku.. Atas inisiatif dia la wujudnya agensi travel ni. Dan fokus pada pelancongan domestik dan sebagainya. Nanti aku cerita lagi eh.. 

Ok.. Pulau Tioman selepas PKP sangat bersih dan seronok untuk dikunjungi. Berbeza sangat la.. Kalu nak bawak keluarga di sini , jika pilihan di Kg. Salang , korang boleh usha resort Salang Indah.. Situ ada resort yang sesuai untuk family dan dekat ngan pantai. Anak anak boleh puas main air kat situ. 


















Sepanjang kat sini.. Abang Zul dan Nash yang sibuk masak. Aku ? Hahahha.. Gitulah.. Syok gak masak sendiri dari dok makan kat luar. Kalu sorang dua ok la makan luar.. Kalau ramai, baik masak sendiri jer.. Hehehehe...

Pulau Tioman... cantik ! Harap dapat kembali bersama anak anak nanti.

You May Also Like

4 comments

  1. Xsabar nak tunggu updated cerita lagi tu...
    sbb pulau tioman selepas pkp sangat bersih tu mcm indahhhhhh je nak pg sanaaaaa

    BalasPadam
  2. cuti2 dalam negara.. pun best. banyak je tempat menarik dlm negara kita. klu dekat boleh ulang pergi selalu hehe

    BalasPadam
  3. senang tak dapat bahan mentah kalau masak sendiri?

    -midy89@gmail.com-

    BalasPadam