Mereka ini 'HERO NEGARA' !

by - Rabu, Jun 10, 2020

Hari ini dalam sejarah Malaysia. Alhamdulillah. Perintah Kawalan Pengerakkan Pemulihan dilaksanakan bermula hari ini (10/6-2020 sehingga 31/8/2020).  PKP-P ni bermakna tiada lagi sekatan merentas negeri dan juga dalam perniagaan. 

Tapi segalanya masih bersyarat dan perlu ikut SOP yang kerajaan sarankan. Tak susah pun nak ikut. Lagi pun banyak manfaat ikut. Aku lebih rasa selamat dan bersih. Mulut tertutup.. tak da la nak terbau mulut orang yang..uhuk.. hehehe.. Kita pun bila cakap takda la nak tersembur air liur bagai ha.. Hahaha.. kan kan ?

Semalam , aku keluar sekejap 'merentas negeri' . Dari Sepang ke Nilai. Dari Selangor ke Negeri Sembilan. Hehehe.. dekat je ngan rumah aku sempadan Negeri Sembilan ni. Keluar pun ada sebab. Ada roadblock tapi mereka longgarkan. Dah hujung hujung waktu untuk laksanakan PKP P. Diorang takda la nak tegas sangat. Ok la kan ? Tapi sebelum ni.. kena tanya gak la nak gi mana. Kalau seorang tu, lepas dengan mudah. Berjemaah ? Huhuhu.. nasib ko la nak. Hahaha..

Dalam perjalanan pulang ke rumah dari Nilai selepas membeli barangan yang aku nak, di sebuah sekatan jalanraya berdekatan dengan rumah aku kelihatan sebuah kereta berhenti. Kemudian aku nampak seorang anggota polis menghampiri kereta tu. Mungkin pemandu tu ingin bertanya soalan kot? Tapi rupanya.. Terharu aku tengok. Ikutkan memang aku sendiri ada simpan niat gitu.. Tapi aku batalkan je..Sebab ? Hehee.. risau pulak makanan aku sumbang tu nanti akan beri kesan sampingan pada dia. Faham kan maksud aku ? Haaa.. Risau gak la. Kena pikir semua tu. Memadailah dengan mendoakan kebaikan untuk mereka yang bertugas tu.

Mereka inilah wira negara. Kalau dulu ada yang dok bertanya apa tugas askar di kala negara aman ? Apa tugas polis yang ramai ramai tu ? Doktor ? Jururawat ? Nah... inilah dia ! Bayangkan di negara negara maju seperti Amerika , Greece , Itali dan sebagainya tu... mereka punya frontliners tu dah kecewa berjuang.. dek kerana orang awam tak nak beri kerjasama. Maka apa yang berlaku adalah mendukacitakan. Mereka yang terkorban kerana Covid 19 sangatlah tinggi berbanding negara kita yang jumlahnya kecil saja. 







Nah.. sekarang , terpulang pada kita. Aku tahu.. ada yang takut. Ada yang tak yakin dengan tahap disiplin rakyat negara ni tapi inilah yang perlu kita buat sekarang ni.. kerjasama ! Kena bersatu padu dan sama sama membantu ! Kalau tidak , kita sama sama kembali ke dalam rumah... untuk beberapa bulan lagi ! Nak ? Huhuh.. 


Tak susah pun nak ikut SOP. Malah jika ikut pun , kita sendiri dalam keadaan bersih gitu. Tangan senantiasa disanitize.. berbanding sebelum ni, dok korek hidung pastu bersalaman dengan orang. Dan korang perasan tak ? Nak selsema atau demam pun dah payah sekarang ni kan ? Haa.. sebab kita semua jaga kebersihan diri ! 

Buat frontliners seperti abam polis , askar , doktor , jururawat dan pelbagai profesion tu , jutaan terima kasih atas pengorbanan anda semua ! Tak terbalas kami pun. Semoga Allah berkati pengorbanan anda dan juga murahkan rezeki anda sekeluarga.


Dan sekarang.. tugas tugas frontliners tu dah diserahkan kepada kita.. Ayuh ! Kita pastikan negara kita terus kekal selamat dan aman. Kalau tak nak ikut , korang leh gi Amerika sana tu. Atau gi je negara Eropah yang kembali bergelut menentang Covid 19 tu. Banyak songeh lak dia !

Ayuh... kita sama sama berganding bahu ! Jangan biarkan negara kita sekali lagi 'sunyi sepi'.. dan Aidiladha kita seperti Aidilfitri yang lepas..


Gymmm... ku merindu kamu !! Masjid mesti la.. kang kata penunggang agama lak aku ni ! Hahaha..

You May Also Like

12 comments

  1. Hope..rakyat Malaysia sentiasa bersatu hati patuhi PKPP.

    BalasPadam
  2. Bangga jadi rakyat malaysia. terima kasih Fronliner..anda mmg WIRA Negara

    BalasPadam
  3. Terima kasih semua petugas barisan hadapan. Jasamu dikenang

    BalasPadam
  4. Ikut SOP. Thanks to frontliner. Jasa mereka tak terbalas.

    BalasPadam
  5. Betul.. nak batuk pun takut.. nk demam lagilah takut.. tq frontliner, mereka memang hero negara..

    BalasPadam
  6. yeah, sekarang kita plak kena sama2 berkerjasama, bagi frontliner rehat

    BalasPadam
  7. Kita rakyat yang patuh. Kita boleh.. Heeh

    BalasPadam
  8. Salute dengan semua frontliner. Terima kasih!!

    BalasPadam
  9. Thank you frontliners. Sebak pon ada

    BalasPadam
  10. sebak bila terkenangkan jasa frontliner. kena ketepikan keluarga berbulan demi negara. salute hero kita

    BalasPadam