Muliakan suami mu dengan..

by - Rabu, Jun 24, 2020


Jadi kekecohan dua tiga hari ni. Huhuhu.. Masing masing keluarkan pendapat sendiri. Langsung menenggelamkan isu 'lelaki jadi perempuan' dengan menggunakan Face App. Hehehe.. Kan kan ? Isu ni lagi panas sebab menyentuh perempuan ! Huhuh.. Faham faham je la apa akan terjadi kan ? 

Ok... Aku membaca dengan jayanya. Masing masing dengan pendapat. Aku , ok jer.. Korang punya pendapat adalah bagaimana cara korang melayan suami masing masing. Aku takda hak nak pertikaikan. Kenapa aku kata gitu ? Sebab korang lebih mengenali hati budi suami isteri masing masing. 

Bagi aku gini jer..Bagaimana si isteri melayan suami , adalah dari apa yang dia nampak , pelajari dan ketahui. Contohnya la... Jika mereka kawin dari hasil mak bapak punya aturan , maka pastinya si isteri tu tak tau pun cara si suami tu camana... di awal awal perkahwinan, kan ? Jadi pastinya dia akan melayan si suami dengan apa yang dia nampak di rumah orang tuanya... bagaimana ibunya melayan ayahnya... Atau bagaimana dia belajar sewaktu menimba ilmu. Nah.. mudah je kan ? 

Yang kedua .. jika si isteri mengenali suami dari sebelum kawin lagi.. Mesti dah tau laki dia camana. Kepala sempoi ke.. atau jenis protokol mengikut adab dan agama. Nahhh... dua cara yang pastinya sangat berbeza. 

Suami tak minta dimuliakan. Tapi jika isteri memuliakan suami, mesti si suami akan senantiasa terasa macam.. WOW gitu.. Tapi sebelum nak dapat WOW gitu , si suami terlebih dahulu buktikan yang dia layak dapat WOW dari isterinya. Bagaimana ? Nah.... sama jer caranya. Layanan dari suami perlu WOW. Cara bertutur katakan.. 

" Sayang , abang hari ni mungkin pulang lewat yer.. Nak jumpa kawan di luar lepas kerja. Ada hal bisnes. Kalau sayang nak.. bla bla bla... " 

Dia punya cakap lembut... cara sentuhan lembut..Senyum. Pergh.. Hati isteri mana tak cair memanjang kalau suami selembut sutera begini. Hasilnya , si isteri akan kasi yang lebih baik dari suami dia kasi ! Nahh.. kan ? Perempuan ni , senang jer. Ko kasi dia satu kebaikan... dia akan balas berganda ganda. Ko kasi dia taik , siap laa ko ! Haaa.. jangan memain ! 

Bila kita nampak ada si isteri cakap ngan si suami dengan kerasnya.. dengan kasarnya. Kononnya ini zaman sempoi. Zaman laki bini ibarat BFF gitu.. Sembang aku kau gitu. Boleh giler giler. Sesuaikah? Si suami gi jumpa orang tua si isteri , cakap baik baik.. nak meminang dijadikan ISTERI. Besar title tu.. ISTERI ! Bukan BFF atau kawan baik bagai... 

Oh ya.. ISTERI  ni bukan binatang belaan tau ! ISTERI ni adalah sebahagian dari dirinya. ISTERI adalah melambangkan dirinya. Bagaimana dia berpakaian.. bagaimana dia berhadapan dengan orang lain , adalah dari didikan suami ! Nahh...gituu.. Jika suami gagal , maka gagallah isterinya. Terumbang ambinglah kapalnya ! 

Bayangkan.. jika si suami memainkan peranan dengan cukup cemerlang.. Dari subuh , berjemaah. Berdoa bersama sama.. Dengan penuh penghayatan. Si isteri turut sama berdoa.. mendengar dengan jelas setiap bait bait atau baris doa , pastinya hati si isteri tu umpama lautan tenang yang disulami pelangi  petang.. Gituuu ! Fuh...Cantik je kan ? 

Bila suami kasi yang terbaik... bukan saja pakaian diasingkan dari pakaian anak anak bila dibasuhkan malah pinggan untuk suami pun akan beza dari anak anak. Kenapa boleh gitu ? Sebab dia nampak suaminya dari satu sudut yang tinggi kedudukannya. Tu diaaa...Nak capai level ni , bukan senang ! Hahaha.. aku ? Jauh sekali tapi aku nampak ada ! Memang bertuah sekali dia dan anak anaknya. Cukup tenang pelayaran kapal keluarganya tu.. 

Kita tengok je zaman sekarang. Di media sosial. Cara update status.. Cara dia menurunkan komen. Faham faham je la kan ? Aku baca pun cam... hurm... 'Kesian'.. 

Berpelajaran tak semestinya berilmu. Berilmu tak semestinya beramal.Beramal kena ada ilmu. Bukan suka suka kasi pendapat ikut logik akal. Bila kita terdengar orang kasi nasihat.. kita jangan terus melenting. Orang berilmu akan berfikir terlebih dahulu. Kemudian dia akan analisa dengan dirinya.

Apakah aku sedemikian rupa ? 

Sedang dia dok berfikir.. Dia ternampak suami dia keluar dari bilik air..

" Abangggg... tolong amikkan kopi saya atas meja tuuu.. Best pulak cerita Korea ni ! ". Si isteri menjerit manja . 

Kau rasa ? 

Sebab tu tak pelik.. masih ada suami yang lepas makan , tinggalkan pinggannya atas meja. Si isteri akan kemaskan. Pada yang nampak , akan kata... Pemalasnya suami dia ! Yang dia tak nampak , si suami tu buat apa selepas bangkit dari situ... Sambung bekerja mencari rezeki atau pergi melayan anak anak.. 

Segalanya terpulang pada kita. Cara kita menentukan hala tuju keluarga kita. Kalau nak anak anak contohi kita , maka tunjukkan contoh yang baik. Bagi aku , memuliakan suami ni tanda hormat pada dia. Bukan asingkan pakaian je tapi cara kita berpakaian.. Cara melayan.. Cara berbicara .. Cara pandangan.. Dan suami pula memuliakan isterinya lagi kena tinggi ! Jadi ketua.. jadi pemimpin.. jadi khalifah. Bimbing si isteri dan keluarga menuju ke syurga Allah ! 

Jangan  tanya ada lagi ke orang gitu di zaman ni.. Tanya bila kita nak jadi macam tu ? Sama sama berubah... 

Fikirkan la.. 

Tak perlu nak melenting.. nak sentap memanjang.. 

You May Also Like

7 comments

  1. Thanks aben , this week isu macam2.. daripada thoharah dll.. huhu bab layan suami atau kedudukkan tinggi ni , suami isteri je tahu tau..org luar jgn masuk campur..hahah jaga keluarga masing-masing

    BalasPadam
  2. Banyak cara untk memuliakan suami. Untuk mengasingkan cucian tidak bagi saya. Asing cucian ikut jenis pakaian dan tahap kekotoran. Hihi.

    BalasPadam
  3. Betul tu aben. Suami layan isteri baik, isteri berganda layan suami dengan baik. Bukan satu pihak shja

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah saya dapat suami yang rajin - urusan baju-baju kat rumah ni termasuk baju isteri dan anak-anak semua suami yang uruskan dari A- Z termasuklah menggosok baju isteri 😊. Baikkan suami I😊.. dia kesian tengok isteri dia dah penat mengandung,melahirkan anak dia pastu pulak nak menyusukan anak anak lagi selama 2 tahun,penat tu..

    BalasPadam
  5. Sebenarnya tak boleh pukul rata orang dengan kita hehe

    BalasPadam
  6. Kannnn, tepuk dada tanya iman gitu... tak perlu nak pertikaikan itu dan ini kan... tapi kan aben, ada je orang yang memang hidupnya asyik nak negatif je... konsep begini memang kena kita jauhi... nak negatif je memanjang, apoooooo kannnnnn... hehehehe...

    BalasPadam
  7. Niat mendirikan rumahtangga itu kerana Allah.Ibadah.Semua terwujud dengan landasan sabar,berkongsi,bekerjasama dan saling menjaga.Suami jaga isteri isteri jaga suami.Dalam menjaga itulah kena saling memuliakan.Saling menjadi pakaian satu sama lain.Paling penting suami isteri sentiasa memuliakan Allah swt,agama dan ibu bapa inshaAllah hal kecil tidak akan menjadi besar kerana paling penting masing-masing lunaskan tanggungjawab dan tahu konsep memuliakan itu bagaimana.Rasulullah SAW ada untuk kita contohi.

    BalasPadam