Tidur pun boleh dapat penyakit !

by - Jumaat, Jun 12, 2020



Bagi yang muda muda lagi tu , mungkin dia tak kisah semua ni. Asal tidur lena.. hilang mengantuk dah la. Tapi bila mereka dah cecah 30 an , masa ni baru diorang sedar. Apakah terlambat ? Atau tidak.. kena tunggu apa kata doktor !

Macam aku dulu laaaa... Zaman muda gitu. Asal lena dah ! Tidur je kat mana mana pun.. Atas lantai sejuk ke.. atau tidak beralas. Dalam kereta. Atas bas. Bila bangun , terasa sengal tapi sekejap je. Orang tua tua kata , ' tunggu la umur 40 nanti.. tau la camana rasa ' .

Sekali betul da ! Fuhhh... Sekarang ni , nak tidur kena ikut SOP yang diajar ! Kalau tak , bangun akan sakit pinggang , sakit kepala , perut tak sedap ! Kenapa ? Haa.. Takkan berpunca dari tidur kot ? Adoi.. kepercayaan karut tul ! 

Nah... Pernah tak korang tiba tiba sendawa pastu rasa pedih ulu hati ? Haa.. atau tiba tiba terbelahak ? Haaa.. mesti penah kan ? Pastu rasa gas keluar dari tekak. Adoii.. kena lak baru lepas makan makanan pedas ! Tau tak tu bahaya ? Boleh menyebabkan kanser ? Haaa... 

Aku ni tak nak la memandai mandai. Bukan ada kelayakkan tapi beginilah aku buat. Sebelum tidur , aku minum air yang beralkali seperti air suam yang letak lemon. Atau aku amik sesudu jus Alam Natura. Bukan nak jual tau ni.. Aku bagitau apa yang aku buat jer. Kesannya , memang berbeza. Sebelum tu , aku dah terlupa amalkan. Sekali kena gas keluar..angin satu badan ! Nak tidur pun tak boleh. Asyik nak sendawa jer.. Pedih perut woo ! Terus cari lemon dan buat air.. Pastu lega skit.. 

Cara tidur juga memainkan peranan penting. Salah tidur , hurm.. Bukan je leher sakit ! Kepala pening dan secara automatik , mood semua ke laut untuk hari tu ! Kanser pun leh dapat kalau cara tidur tak betul.



Info tambahan mengenai tidur..



Cara terbaik untuk tidur ,adalah seperti yang dianjurkan dalam Islam. Tiru je cara Nabi tidur.. Boleh baca di SINI . Banyak hikmahnya.. 

You May Also Like

9 comments

  1. baru thau hikmah cara tidur yang nabi suruh.. islam memang lifestyle terbaik

    BalasPadam
  2. Setuju ...salah tido pun akan rasa sakit badan. Tilam pun kadang main peranan kalau jenis badan manja

    BalasPadam
  3. Tidur salah posisi boleh dapat sakit urat 😂

    BalasPadam
  4. Kita tidur mengiring ke kanan, ikut sunah nabi

    BalasPadam
  5. Tapi i suka tidur gmbr nombor 4 permluan tu. Hahaha

    BalasPadam
  6. Bantal dan tilam pon main peranan kan

    BalasPadam