Contohi mereka di Jepun !

by - Selasa, Jun 08, 2021

Selepas subuh.. aku memerhati di luar rumah. Niat di hati , aku nak berlari atau berjalan menaiki dan menuruni jalan raya yang terletak bersebelahan taman perumahan aku. Jarak pergi balik dalam 5km jer. Memang syok dan nyaman terutama selepas subuh. 

Tapi... yang buat aku rasa nak mengamuk ialah sampah sarap yang dibuang di tepi jalan ! Aduhai.. menyedihkan ! Sikap buruk begini di zaman kereta terbang ? Apa nak jadi ? Tak cukup ke Covid 19 ni menyerang kita ? Apakah dia ingat sampah yang dibuang tepi jalan tu akan mereput begitu saja ? Haih.. Ditambah lagi dengan budak budak melepak malam hari pastu membuang botol botol minuman macam tu jer. Bingai punya perangai. Susah sangat nak bawak balik rumah dan buang dalam tong sampah ke ? Tu belum masuk lagi dengan bekas makanan, face mask , kotak rokok dan sebagainya.

Aku post di Facebook. Ada sorang rakan yang juga seorang guru memberitahu yang dia sering membawa beg plastik hitam bila gi jogging. Sambil berlari, jika ada sampah yang dia nampak.. dia akan kutip ! Satu idea yang bagus. Nampaknya aku kena buat begini gak la. Tapi kena guna glove la masa kutip sampah tu. Huhu.. 




Masalah begini bukan saja melanda negara kita. Ada kenalan aku di Instagram , rajin post aktiviti mereka di Kyoto, Jepun. Contohnya selepas hujan lebat , sampah sampah akan hanyut di sungai. Mereka akan bersihkan secara bergotong rotong. Tak perlu tunggu petugas kebersihan untuk bersihan. Begitu juga kawasan kawasan taman dan juga jalanan. Mereka akan buat secara berkumpulan. Dan hasilnya, kelihatan cantik dan bersih senantiasa. 

Rasanya kita pun dah boleh buat macam tu. Tanggungjawab sendiri. Tak perlu harap orang lain. Bila gi beriadah, bawa plastik beg hitam sama. Jika ternampak sampah, kita kutip. Bukan amik gambar dan post di media sosial sambil memaki hamun dah. Rasanya buang masa je gitu. Jenis bengap dan bingai akan terus buat macam tu sebab memang azali diorang begitu. 



Jika kita gagal lakukan , bukan saja Covid 19 saja jadi musuh kesihatan kita tapi kita akan mengundang pelbagai lagi virus untuk menyerang kita.. anak cucu kita ! 
 

You May Also Like

2 comments

  1. bagus, kesedaran untk semua orang

    BalasPadam
  2. Sangat setuju dengan tulisan Ben, bilalah rakyat ng kita nak berubah.

    BalasPadam