Kenapa Aqiqah Centre patut jadi pilihan kita untuk menunaikan aqiqah ?

by - Rabu, Jun 09, 2021

Alhamdulillah , anak anak aku dah dibuat aqiqah. Ketika tu, boleh buat di Kelantan jer.  Buat bersama sama keluarga sebelah wife. Alang alang balik beraya kan.. terus buat sekali la. Tapi aku tau, korang yang belum dapat buat aqiqah untuk anak lebih yang baru dapat zuriat, mesti dok terfikir bagaimana nak buat aqiqah di musim Covid 19 ni kan ? Tak pe, jangan pening. InshaAllah akan dipermudahkan.  Ada je cara untuk memudahkan kita.  Harga, lokasi dan diuruskan secara profesional !

Kerap kali jugak la aku nampak iklan berputar di media sosial melibatkan beberapa orang selebriti terkenal dan juga posting melalui artikal para blogger di blog.  Memang terus tersemat di dalam kepala otak ak ni la jika ada adik beradik , jiran atau kenalan yang mencari tempat untuk melakukan ibadah aqiqah.. akan aku syor Aqiqah Centre jer ! 

Bukan apa.. sekarang ni Covid 19 sedang menyerang dunia. Walaupun aqiqah yang terbaik adalah yang dibuat sendiri, dilihat depan mata, dimasak dan dijamu pada orang ramai tapi  ada yang tak mampu atas sebab kos yang tinggi , masa, dan keadaan tak sesuai seperti covid sekarang. Jadi bila tak mampu buat semua, jangan pula tinggalkan semua.


Mungkin ada yang tertanya , "  Apakah Hukum Aqiqah? "

Hukum aqiqah adalah sunat muakkadah (dituntut) bagi yang berkemampuan. Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: 

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

Ibadah aqiqah sesuai dengan hadith riwayat Abu Daud, At Tirmidzi dan Ibnu Majah :

“Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh (7); dari hari lahirnya- dicukur seluruh rambutnya dan diberikan nama yang membawa maksud yang baik.”

Dan mungkin ada yang tertanya gak la..  " Apa Beza Aqiqah & Qurban? ".  Jawapan mudahnya , Aqiqah ialah Ibadah yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat dikurniakan anak manakala Qurban pula bertujuannya untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT. Dan ianya dilakukan sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim dan seterusnya Nabi Muhammad SAW. Hukum kedua-duanya sunat muakkad.

Bagi yang ingin melakukan aqiqah tapi bermasalah seperti segi harga di luar kemampuan, ketiadaan masa nak mencari kambing atau lembu dan apa jua masalah sekali pun , bolehlah gunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh AqiqahCentre.Com ni. 

Kenapa AqiqahCentre.Com jadi pilihan ?

Harga mampu bayar. Mereka dah uruskan lebih 21 ribu sembelihan sejak 2014 lagi termasuklah dari golongan selebriti.  Setiap kali sembelihan dibuat , bukti sembelihan dalam bentuk video serta sebutan anak diberikan kecuali qurban. 

100 %  dilakukan secara online !  Daripada pendaftaran hinggalah ke pemberian sijil premium ukiran kayu selepas selesai urusan aqiqah . Anda tak perlu keluar rumah untuk urusankan segalanya. Manakala pendaftar Qurban akan menerima hadiah istimewa.

 Untuk makluman, Aqiqah akan dilaksanakan di Mekah dan diagihkan dengan baik kepada fakir miskin. Sebahagian daging sembelihan akan diedarkan kepada penduduk dan pekerja susah di sekitar Tanah Suci Mekah. Ada yang tanya, ada ke orang susah di Saudi? Ya memang ada. Mana-mana negara pun semestinya ada orang susah. Pemandu teksi, pekerja buruh, anak yatim, pelarian, ibu tunggal dan lain-lain sentiasa ada di mana-mana. Sebahagian daging yang lain pula,  mereka serahkan pada badan kerajaan. Mereka akan proses daging ini, sebelum dihantar ke beberapa negara lain yang memerlukan. Jadi daging sembelihan aqiqah anak anda bukan sahaja diterima oleh penduduk Mekah, malah seluruh dunia!







Jangan tunggu lagi, Jika dah ada niat atau belum buat lagi aqiqah, boleh buat pertanyaan atau terus Qurban Kambing 2021 dan juga Daftar Qurban Online. Boleh rujuk ke website AqiqahCentre.com

Info lanjut : 
Whatsapp : 010-8400803



Tag : Aqiqah Centre , Qurban Online , Qurban Kambing 2021

You May Also Like

2 comments

  1. Sekarang sangat mudah kan. Cuma kita terdedah atau tidak sahaja dengan kemudahan (aqiqah) ini.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah adanya qaiqah centre ni memudahkan semua orang, terutama zaman covid19

    BalasPadam