Penghargaan buat petugas hadapan kesihatan daripada McDonald's Malaysia

by - Jumaat, Jun 11, 2021

Petugas barisan hadapan kesihatan negara atau medical frontliners adalah insan insan yang paling wajar dihargai buat masa ini. Mereka telah korbankan nyawa dan masa demi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia ketika ini yang bertarung dengan Coronavirus atau Covid 19. 

Sehubungan dengan itu bermula dari 24 May 2021 hingga 30 June, rangkaian perkhidmatan   makanan  terkenal , McDonald's Malaysia telah membuat tajaan berupa makanan ke lebih 70 buah hospital di seluruh Malaysia yang melibatkan seramai 30 ribu kakitangan kesihatan.

Setiap hospital akan dapat tajaan makanan seminggu sekali. Inisiatif terbaru oleh McDonald's ini adalah kesinambungan dari  kempen #KitaBoleh yang telah dicetuskan mereka pada tahun lepas sejak bermulanya  MCO atau Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP ).

Konsep #KitaBoleh  yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia melalui platform media sosial ini bertujuan untuk meningkatkan semangat para frontliners yang kita tahu mereka dalam kelesuan dan keletihan dalam membantu pesakit pesakit yang dijangkiti Covid 19 ini. Secara tidak langsung mereka tahu, kita bersama mereka dalam memerangi wabak Covid 19 ini. 

 





Encik Azmir Jaafar selaku Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia berkata sudah lebih setahun sejak Perintah Kawalan Pergerakkan pertama dilaksanakan di Malaysia dan rakyat Malaysia sudah lalui berbagai bagai fasa kehidupan.sejak pandemik ini. 

Katanya lagi, para petugas hadapan kesihatan ini telah menunjukkan komitmen yang cukup konsisten sepanjang masa , setiap hari bagi memastikan tahap kesihatan kita terjamin  ketika melawan wabak ini. Azmir juga memuji pasukan restoran McDonald’s Malaysia kerana melibatkan diri  dengan inisiatif ini dalam   memastikan   barisan   petugas   hadapan   perubatan   dapat   menikmati   makanan kegemaran mereka! 

Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald's Malaysia : www.facebook.com/My.McDonalds/

You May Also Like

1 comments

  1. Kita sama-sama doakan mereka sentiasa diberi kesihatan dan dilindungi daripada sebarang penyakit, terima kasih petugas barisan hadapan.

    Syabas McD.

    BalasPadam