Face mask apa yang sesuai digunakan sekarang ni ?

by - Sabtu, Ogos 07, 2021

Ada pelbagai jenis face mask atau pelitup muka di pasaran sekarang. Tak kisah la camana punya design atau corak sekali pun... yang penting cara kita nak guna tu dan mengikuti saranan dari WHO atau KKM. Terpulang pada pendirian atau pegangan masing masing. Tak perlu nak ajak aku bertekak yer. Heee.. Buang masa jer.

Ok... Aku dah beli beberapa jenis pelitup muka. Dari jenis surgical, fabrik hinggalah ke 3M punya. Fuhh.. Pelaburan untuk perlindungan diri dan juga keluarga. Bukan apa... risau je bila berada di tempat umum atau ketika berbicara dengan orang, terjangkiti atau menjangkiti. Dengan kes positif dah nak cecah 20 ribu ni dan pelbagai varian lak mengancam nyawa, bab SOP paling utama ni perlulah diutamakan. 

Ada beberapa jenis yang sesuai untuk digunakan kalau korang tengok saranan dari CDC atau FDA. Tapi takda la tunjuk yang mana satu cuma dia kata pakai betul betul.. takda ruang untuk virus celah masuk.. itulah yang selamat ! Haaa ! 

Aku dah cuba beberapa jenis pelitup muka. Yang paling tutup rapi ialah 3M punya  la. Memang padu punya tutup. Tapi lepas buka tu, terasa la perit skit kat tekak. Haaa ! Terasa selamat la skit terutama bila berada di tempat ramai orang. Kalau tak ramai orang dengan persekitaran terbuka, aku guna KN95. Terutama ke kedai runcit. Ada je makhluk pakai face mask kat dagu ! Memang mampu geleng kepala je la. Kang kalau tegur, risau bergaduh lak. Jenis bingai cam ni ramai. 

Dan jangan lupa guna face shield. Dengan kes jangkitan yang tak tau dari mana datang ni, lebih baik tambah sedikit perlindungan diri. Tak rugi pun.. 





Untuk budak budak , aku berkenan lak tengok KF94. Dari Korea punya.  4D design. 4 lapisan pelindungan gitu. Harga pun ok jer... 50 helai. Boleh la standby untuk diorang. Ada jual di Lazada juga. Pandai pandai la pilih yer. Yang penting , cara guna tu. Tutup betul betul ! Jangan ada ruang untuk virus tu masuk.  Dan face mask yang ada di pasaran ni bukan 100%  yer. Sebab tu kena ada perlindungan tambahan. 

Semoga Allah lindungi kita... Jaga diri masing masing. 

You May Also Like

4 comments

  1. usahakan sehabis baik dan seboleh mungkin.

    BalasPadam
  2. Tq share sifu ben. Mmg tgh nak cari face mask baru ni.

    BalasPadam
  3. Macam macam bentuk ada. Kena bijak memilih

    BalasPadam
  4. Moga Allah melindungi kita semua dari virus berbahaya ni...Aaaminn

    BalasPadam