Hadiah istimewa dari Yatie Kitchen untuk aku dan wife !

by - Isnin, Ogos 30, 2021





Sampai dah hadiah istimewa dari Yatie Kitchen untuk aku dan wife. Heee... Koleksi Resepi dan Tips  Masakan karya Yatie Kitchen sendiri. Tak lupa juga ada rempah pati ayam , oden , serbuk gulai dari Adabi. Pergh... dia nak aku masak ke apa ni ? Haahaha...

Wife memang follow Yatie Kitchen ni lama dah. Katanya tips masakan dia memang mudah je nak ikut. Penerangan santai dan senang nak difahami. Maka tak hairanlah masa buku pertama dikeluarkan, dia dah ada ! Pastu dia ada je forward beberapa posting Yatie di Instagram pada aku. 

Ikutkan aku nak tunggu wife balik. Kasi dia bukak dulu baru aku lak. Tapi tak sabar nak tengok buku terbaru Yatie. Dan aku kagum ! Kualiti dia gempak !  Bukan print ala ala jer. Kertasnya bagus. Gambarnya cantik dan penerangan cukup jelas ! Untuk orang macam aku yang tak reti nak masak sangat ni , mesti boleh buat dalam sekelip mata je ! 



Antara koleksi buku masakan dari Yatie Kitchen

Nah... aku kata dah kan ? Siap ada gambar bahan lagi. Maklumlah, orang cam aku ni ramai lagi wujud. Tak reti nak beza mana satu kunyit dan halia.. mana satu sawi dan bayam. Heee.. Part ikan, lagi laa ! Nasib baik zaman pandemik ni, kita order online je ! Nanti ada orang hantar terus ke rumah. Huhuu..

Buku setebal 176 muka surat ni mengandungi 7 pecahan menu masakan yang harus dicuba ! Antaranya ialah menu masakan berasaskan ayam , menu masakan berasaskan ikan , menu masakan laut , masakan pulut , masakan mee , masakan western , pembuka selera dan banyak lagi ! Jumlah menu yang ada dalam buku ini ialah 74 menu ! Perghh... Wife aku tak kebuntuan nak masak apa dah pasni ! 






Aku kagum dengan Yatie Kitchen ni ! Kenapa ? Di kala manusia sekarang ni sibuk menonton daripada membaca, dia masih berjaya menjual buku ! Bukan mudah nak menjual buku buku di zaman ni. Dikatakan generasi sekarang tak minat nak pegang buku dah. Lebih berminat nak pegang gajet gitu ! Huhuh.. 

Terima kasih buat Yatie Kitchen. Semoga terus berjaya dan mungkin boleh keluarkan buku berkongsi kejayaan. Dari zero to hero gitu... Kasi semangat pada mereka yang ingin berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. InshaAllah ! 

Terbaek ! 


You May Also Like

5 comments