Kenapa anda perlu ada Pulse Oximeter ?

by - Jumaat, Ogos 13, 2021


Setiap hari , selepas bersenam atau sebelum bersenam... aku akan check kandungan Oxigen aku punya. Pastu wife. Perlu check sebab wife selalu ke pejabat. Dalam keadaan sekarang, kita kena rajin periksa kesihatan diri. Korang pun tahu kenapa kan ?

Oxigen Pulse ni dah macam kira wajib ada kat rumah. Wajib ada yer ! Semua orang kena ada ni. Tapi masalahnya, ada pulak viral kata jenis tiruan punya ! Dah tu nak tau camana betul ke tidak ? Huhuh.. Bagi mereka yang biasa membeli secara online, mesti tau camana nak dapatkan yang betul dan berkualiti. Antaranya tengok sapa seller tu , review dan juga baca Produck Details. Jangan tertarik pada harga yang murah yer.. Boleh je buat perbandingan di seller lain. Ada je yang jual produk sama tapi harga lain.. 

Kalau risau tertipu, gi beli je kat farmasi. Cuma harga dia tu.. heee.. faham faham je la. Tapi ok la kan ? Untuk kebaikan bersama... jika ada duit, jangan berkira ! Beli jer. Kalau kekurangan duit, cari kat Lazada. Atau ada je seller yang jual COD. Masa tu , boleh test sendiri la tiruan atau tidak. 

Untuk kes aku... bacaan oxigen dalam darah aku memang antara 95-98. Nak dapat 99 tu memang payah la. Aku tahu kenapa. Hahaha.. Pernafasan aku memang tak teratur. Kelam kabut bila bernafas. Memang akan beri impak yer ! Bila aku relaks.. bernafas dengan tenang.. awal pagi terutamanya, memang cantik la bacaan dia. Tarik nafas ikut hidung.. lepas juga ikut hidung. Oh ya, sila rajin berlatih kuatkan paru paru anda yer ! Tarik dalam dalam.. tahan nafas dan lepaskan perlahan lahan. 

Kemudian aku ada test gak la.. Setiap kali bila bacaan dalam 95 gitu.. aku amik air secara dan minum perlahan lahan. 5 saat kemudian, bacaan mula naik semula. Dan aku memang payah nak minum air suam kat rumah. Bila kering atau terbatuk.. baru nak minum ! Tak bagus yer.. Kita kena minum air dengan kerap. Bukan sekali minum , bertong tong ! Secawan memadai tapi kerap la. Kerap tu bukan la setiap 5 minit nak minum. Iskh.. Korang tau badan korang sendiri.. 

Kandungan air dalam tubuh manusia adalah sekitar 60% – 70% dari berat tubuh. Air sangat penting bagi organ-organ dalam tubuh untuk bekerja dengan baik. Apabila tubuh kekurangan cairan, untuk dapat menyeimbangkan kadar air, maka tubuh secara automatik akan mencari jalan mengambil sumber air dari komponen tubuh sendiri antara lain dari darah, akibatnya kadar air dalam darah akan berkurang dan darah menjadi tebal. Pada akhirnya, perjalanan darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat – zat makanan akan terganggu

Ketika melalui otak, perjalanan darah akan tersekat, sel-sel otak yang seharusnya menerima pengambilan nutrien dan oksigen tidak dapat berjalan dengan optimum dan mati lebih cepat. Keadaan ini boleh menyebabkan strok. Bukan itu sahaja, ketika darah tebal dan melewati ginjal, ginjal akan mengalami kesukaran untuk melakukan tugasnya sebagai penapis toksin kerana saringan di buah pinggang sangat baik. Ginjal harus bekerja sangat keras untuk menjalankan fungsinya menyaring toksin sekiranya keadaan darah terlalu tebal. Sekiranya ini berlaku secara berterusan maka ginjal boleh rosak dan mesti menjalani dialisis (hemodialisis).

Setelah menjadi peranan penting air dalam tubuh kita, panduan untuk selalu menjaga pengambilan air yang mencukupi dengan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari adalah suatu keharusan. Kerana tanpa kita sedari, kita juga kehilangan cairan melalui peluh, air kencing, tinja dan bahkan ketika bernafas hingga 1.5 liter sehari. "

Sebab tu air penting pada tubuh badan kita yer. Maka silalah tukar diet pemakanan kita yer. Pastikan air cukup dalam badan. 


Ikuti cara penggunaan Pulse Oximeter dengan betul :

1. Tanggalkan pewarna kuku/kuku palsu dan panaskan tangan dengan menggosokkan kedua tapak tangan jika berasa sejuk.

2. Berehat sekurang-kurangnya 5 minit sebelum melakukan pengukuran

3. Letakkan tangan anda di dada pada paras jantung dan kekalkan tangan anda pada paras tersebut.

4.Hidupkan Pulse Oximeter dan pasang di jari tengah atau telunjuk pada tangan yang berada di dada.

5. Kekalkan posisi tangan anda dengan Pulse Oximeter  sekurang-kurangnya 1 minit atau sehingga bacaan menjadi stabil.

6. Hanya catatkan bacaan tertinggi jika bacaan tidak berubah selama 5 saat.

Pastikan setiap pengukuran dilakukan dengan berhati-hati. Anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya tahap oksigen kurang daripada 95%. - Tips Dr.Zubaidi Hj Ahmad.
 

Rujukan Air - Aetra

You May Also Like

5 comments

  1. oo baru tahu yang kena letak paras dada tu .. terimakasih

    BalasPadam
  2. Betul Ben... masa aku mula beli sebelum viral, harga aku beli memang mahal, dekat rm40 hengget, semua kawan kata aku beli mahal, dia punya beli murah, tiberr skrg haaa yang murah beli bebaik, tu yang dapat bukan ori.. sampaikan pensel dia test pun ada oksigen hahahaha so far aku check 96-98 gitu oksigen aku..

    BalasPadam
  3. Dah beli juga satu. Mmg wajib ada di rumah. En.husbnad everyday rentas negeri risau juga. Sbb dh ada Hari2 dia check oksigen dia.

    BalasPadam
  4. kalau bacaan rendah tu kiranya bahaya lah eak? selalu record 90-94 je selalu. risau

    BalasPadam