Susahnya cari content untuk orang baca atau tonton !

by - Sabtu, Ogos 07, 2021

Ada kawan komen di Instagtram aku... 

" Susah betul nak cari content kan ? katanya... Pastu katanya sekarang banyak merapu. 


Hurm.. Susah ke ? Nak cari content tu tak susah pun. Banyak je idea tapi nak tarik orang membaca tu susah sikit. Bukan takda. Ada jer tapi kalau nak meriah, kena tajuk yang gempak dan berinfomasi. Kalau nak cerita hal peribadi atau kegiatan kehidupan tu, hanyalah mereka yang rapat dengan kita saja akan ikut.

Aku boleh je nak cerita isu isu semasa tapi rasa cam... dalam keadaan sekarang ni, aku rasa cam tak perlulah sangat dah. Cukuplah ramai antara kita ni tertekan dalam diam. Antara sedar dan tidak jer. Sejujurnya aku pun tertekan juga tapi aku perlu bertenang dan banyak bersabar. Segalanya ada hikmah. Sebaiknya aku teruskan chill jer ! Cari content yang menarik untuk dikongsikan. Tak perlu nak tambah beban di kepala rakan rakan pembaca setia blog aku ni. 

Orang tak membaca dah ? Menonton video?  Hurm... content video yang berilmiah juga sangat penting. Bukan apa.. zaman sekarang ni , ramai dah pandai mengedit video ! Kalau buat live, pastu salah cakap.. naya bang ! Viral sekelip mata jer ! Hahahaha.. Abis segala lubang nanti kena korek ! Tak sanggup aku aih.

Sebaiknya.. aku kekal begini jer. Menaip di papan kekunci laptop , memberi kelegaan pada aku. Meluahkan rasa apa yang terpendam. Berfikir sebelum menaip. Segalanya dari isi hati. Berbeza dengan video.. Kena cari content menarik untuk memastikan apa yang bakal diupload itu viral. Kalau tak, sia sia jer. 

Dan perlu kita ingat juga.. video tu akan kekal lama di media sosial ! Maka berhati hatilah dengan apa yang kita buat. Jika yang baik diupload, maka saham akhirat untuk kita. Jika sebaliknya.. 

You May Also Like

4 comments

  1. Betul.. aku lagi suka bercerita menulis hal aktiviti aku, sebab niche blog aku pun lifestyle.. so apa aku nak tulis aku tulis, cuma kadang selitlah bab isu semasa sikit.. sebenarnya cerita aktiviti harian kita lalui hari-hari lebih banyak idea, dari nak menulis benda yang kita hanya baca je..

    BalasPadam
  2. Rakyat marhaen skrg dah tak berapa gemar membaca.. sbb tu tiktok lebih viral skrg.. xpe kita taip je ada lg yg masih membaca blog ni

    BalasPadam
  3. Terima kasih ben atas nasihat dan panduan. Itulah selesa menulis lagi di blog, lebih banyak idea bila menulis. Paling best bila silent readers menonjolkan diri dan ikut cerita dan pengalaman kita.

    Perghhh membuak² semangat tu mr ben. Keep it up ben, tqq jadi abg² kami.

    BalasPadam
  4. aku ada je buat blog viral...blog viral ni memang untuk cari makan dan sebagai aset. buat blog dalam sebulan dah boleh dapat 10 dollar paling minimum...kalau youtube, bertahun baru dapat income tu kalau berjaya. Nasihat aku guan je blogspot yang percuma untuk hasilkan content lepas tu joint pengiklanan yang melambak kat dunia internet ni.

    BalasPadam