Workout tu workout juga tapi makanan camana lak ?

by - Ahad, Ogos 22, 2021

Menjaga kesihatan bukanlah untuk hidup lama di atas muka bumi ni tapi lebih pada untuk elakkan diri ulang alik ke hospital dek kerana masalah kesihatan yang berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat. Banyak manfaat jika kita rajin jaga kesihatan terutama di zaman pandemik ini ! Paling utama adalah untuk meningkatkan antibodi badan kita dan juga mengurangkan risiko gejala andai kita dijangkiti virus Covid 19.

Aku... macam korang tau la kan. Lama dah aku dok bergelumang dengan fitness ni. Bukanlah untuk masuk mana mana pertandingan atau nak jadi model majalah Mangga pun tapi lebih pada kesedaran diri sendiri. 

Dulu.. aku memang aktif bersukan tapi gaya hidup aku salah. Makan ikut selera dan nafsu. Tak ikut masa dan waktu rehat pun tak Kesannya ? Di usia 20an aku dah ada Hypertension ! Jangan main main kalau ada Hypertension. Aku dah tengok kawan kawan aku meninggal dunia dek kerana Hypertension. Berlaku pendarahan di dalam kepala dan akhirnya koman. Pembedahan di kepala terpaksa dibuat. Dua minggu kemudian, meninggal dunia. 

Aku ubah gaya hidup. Cari aktiviti sihat. Tidur awal. Bangun awal. Makan makanan yang berkhasiat. Sesekali makan yang tak berkhasiat tu. ok la. Sebulan sekali. 




Bab pemakanan sihat ni , sejak dua menjak ni memang aku berkira skit la. Makanan segera cam mee segera tu aku dah tolak tepi. Nafsu nak makan tu pun dah takda sangat. Sama gak la makanan lain. Aku lebih suka wife aku masak je. Guna minyak kelapa sawit atau minyak zaitun jer. Pastu tak bubuh garam. Minuman manis ? Memang dah kurang sangat. 

Pastu aku amik MMX Whey Protein untuk pastikan protein dalam badan tu cukup. Namun begitu , aku lebih utamakan protein dari pemakanan aku. Kelebihan  MMX Whey Protein ni bukan saja untuk recovery otot selepas bersenam tapi juga memastikan aku kembali bertenaga. Jika tidak , aku akan kelaparan dan akan makan macam macam untuk memastikan aku 'kenyang' dan bertenaga kembali. Bahaya gitu ! 



Kalau korang jenis kuat bersenam.. boleh la amik gak MMX Whey Protein ni. Memang la makan telur, ayam tu dah cukup tapi whey protein ni juga memberikan kelebihan pada badan kita juga. Tu korang kena rajin mencari sendiri. Aku tak nak kata aku cakap ni sebab aku nak promote menda alah ni. Yang aku tau la.. tekanan darah aku lebih terkawal sekarang ni. Amik pun bukan kerap. Selepas sarapan pagi je pun.

Apa pun.. ikut pada niat masing masing. Cam aku... aku tak nak kurus keding ! Heee..



 

You May Also Like

4 comments

  1. Salam abg ben! lama sangat xsinggah sni. bertahun. btw, keep it up. good sharing!
    tambahan waktu pkp ni, ramai yang stres. so heath and fitness kena jaga.

    BalasPadam
  2. Bagus amalkan senaman, dan makanan sihat.. Tengok botol dia bedar why protein ni..

    BalasPadam
  3. nice sharing..senaman dan pemakanan sihat memang penting

    BalasPadam