13 tahun dah aku berblog rupanya !

by - Rabu, September 08, 2021


Aku ingatkan aku bermula pada tahun 2009 tapi rupanya tak. Lebih dari tu. Aku ingat lagi mula mula aku buat blog. Semuanya kerana wife. Dia mintak aku buatkan blog untuk dia sebab nak jadi macam seseoarang. Katanya blog boleh jana pendapatan. Banyak woiii ! Katanya. Aku cam.. hurm.. malas amik tau. 

Kawan aku pun ada tanya gak. Buat blog ni memang berbaloi. Tapi kena tahu marketing la. Aku malas dah nak terlibat dengan dunia internet ni. Boring dah. Cukuplah masa bujang dulu, aku abiskan masa dengan internet , setiap hari. Sampai bil telefon beribu ribu ! Sian orang tua aku kena bayar. Huhuhu.. Maka lepas kawin tu plan tak nak dah la. 

Wife mintak tunjuk ajar. Camana nak buat. Aku pun buatkan untuk dia. Eh, senang je rupanya. Aku pun buat la satu untuk aku. Saja saja nak buat isi diari kehidupan gitu. Hahahaha.. Entri entri aku ketika tu , memang panjang berjela la. Abis aku paksa kawan kawan FB baca. Mintak pendapat mereka. Dan ada antara mereka dah jadi usahawan yang berjaya pun ! Rasa bertuah gak la dapat kenal mereka ni yang mana dulu biasa biasa jer.. 

Kalau ditanya mengenai pengalaman pahit dalam dunia blog ni.. memang banyak la. Dulu akta cyber bully tu takda. Memang aku kena teruk la. Tahap boleh kena tekanan jiwa. Wife tengok aku pun kesian. Yang tak sangka, mereka yang disangka kawan pun menikam dari belakang ! Hahaha.. Dunia dunia.. Naik turun dalam dunia blog , aku dah biasa. 

Cuma aku tak sangka.. aku jadikan blog ni , karier aku. Dulu orang gelak jer. Boleh ke cari makan ? Nah.. sekarang kau tengokkkkkk ! Bukan blog jer.. media sosial dijadikan pendapatan berlipat kali ganda dari kau kerja makan gaji ! Haa.. gitu ! Tapi bukan mudah yer.. Dan yang paling susah.. keberkatan pendapatan tu ! Haaa. 

Pengalaman manis ? Huhuh.. Banyaaakkkk ! Banyak sangat ! Yang aku tak sangka sama sekali ialah , aku kena bayar cukai dan juga zakat pendapatan. Kalau dulu aku kerja makan gaji, aku tak layak sama sekali. Huhu.. 

Orang baca lagi ke blog ni ? Baca jer. Nak dibandingkan dengan video, bagi aku.. membaca ni feel dia lain. Mereka yang membaca ni akan lebih kerap memproses data yang masuk ke dalam  otak mereka berbanding menonton.  Dan bila membaca buku seperti novel dan sebagainya.. mereka akan punya daya imaginasi yang cukup baik berbanding menonton ni.. Kan kan ?

InshaAllah... aku akan terus menaip di blog ini selagi aku bayar internet ! Hahahaha.. 

You May Also Like

4 comments

  1. Dulu banyak segmen dari BA. Macam mana segmen ada..

    BalasPadam
  2. Blog ni ada penggemar dan pengikutnya yang tersendiri. Terus berblog. Semangat!

    BalasPadam
  3. Salam ziarah..blog ni platform..medan bacaan ..cari infor ramai klik blog..blog no one..

    BalasPadam
  4. Wah! dah form one dah usia blog BA.
    Mrs. A pun masih sukakan blog lebih dari SocMed lain-lain yang telah wujud

    BalasPadam