Aku yang gilerkan Face Mask atau Pelitup Muka !

by - Jumaat, September 10, 2021

Aku memang suka guna face mask dari dulu lagi. Sebelum pandemik, aku suka je nak pakai. Kenapa ? Korang pun tau kenapa kan ? Heee.. pencemaran udara ! Asap kenderaan, kilang, rokok , bau kentut dan sebagainya. Ketika gi Jepun dan Korea dulu pun, aku cari face mask kat sana. Suka pulak tengok diorang pakai. Nampak cam selamat jer dalam keadaan gitu. Hahahaa.. 

Bila pandemik ni, nah.. semua rakyat Malaysia diwajibkan guna terutama di tempat awam ! Heee... dah bila keadaan dah berlarutan , maka face mask dah jadi sebahagian dari kewajiban memakainya setiap hari. Tak pakai kalu, korang akan bermasalah ! 

Hee.. Face mask yang aku ada ni pelbagai jenis. Yang medical punya , aku guna belah dalam jika berada di tempat sesak. Di luarnya pakai KN95 atau KF95. Terasa selamat skit. Atau rasa tempat tu tak berapa nak selamat , aku guna terus 3M ! Hahaha.. tapi dia punya tak selesa, aduhhhh ! Terasa abis rahang aku terhimpit. 

Kalau tempat yang tak ramai, aku guna yang comel comel gitu. Hahahaha... Bila lagi nak bergaya, kan kan. Antara yang terawal aku guna ialah jenis kain. Masa tu katanya saintis tak syorkan sangat. Huhu.. Sebab virus boleh tembus gak. Kena guna medical mask gak ! Adehh.. 

Bila medical mask pun tak berapa selamat terutama di tempat sesak maka kena guna double face mask lak ! Masa ni yang kain punya berguna la. Dan aku pulak perlukan face mask untuk bersukan. Yang sedia ada, tak sesuai. Bukan apa... ada spesis masa bersukan tu tak reti nak ikut SOP bagai ! Nak tak nak, aku kena cari yang sesuai dengan aku. 

Dan akhirnya.. ada ! Lama dah aku aim nak beli tapi terpaksa tangguh dulu. Mahai woiii ! Harga kayangan. Tapi tak sekayangan yang LG punya. Huhuhu.. Baru baru ni, harganya turun di bawah harga sebenar. Terus aku rembat ! Bila dah beli, terus harganya naik semula. Hehehe.. Lega.. Size pun ada untuk aku. 

Kualiti dan material , memang terbaik la. Puashati kau. Terus rasa sayang nak pakai lak masa workout nanti. 3 layer tapi tak sesuai untuk pakai di tempat yang ramai orang dan ianya bukanlah face mask untuk Covid 19. Tapi kalau guna double face mask.. memang cun ! 

 




















Banyak kelebihan bila guna face mask ni. Aku pulak terasa selamat jer. Asap rokok pun lama dah aku tak hidup. Alhamdulillah.. segalanya ada hikmah yang kita tak nampak. Semoga Allah jauhkan Covid 19 dari kita semua. Patuhi SOP.. Pakai Face Mask di mana jua anda berada.. Ingat , musuh kita tidak kelihatan... 




You May Also Like

5 comments

  1. wah banyaknya koleksi facemask..lawa plak tgk..betul tu pakai facemask rasa secure

    BalasPadam
  2. Wah banyak fesyen facemask ben ada, yg terbaru ben sharing utk bersenam tu kagum jap. Best, nampak selesa. Kena menabung beli facemask bersenam pulak. TQ ben

    BalasPadam
  3. Wah! ni memang sejenis giler FM nih! hehehee

    BalasPadam
  4. Wah..macam2 warna style mask ya..kita jaga kita jaga diri ikut SOP

    BalasPadam
  5. Facemask pun dh jadi fesyen and people make money with it

    BalasPadam