Selepas anda guna pelitup muka , ke mana perginya ?

by - Isnin, September 13, 2021

Pagi pagi hari , keluar berjalan kaki untuk menikmat keindahan alam. Jaga kesihatan tu mestilah kan.. Tapi segala keindahan dirosakkan dengan kehadiran sisa sampah sarap di kiri kanan jalan raya ! Jalan raya yer ! Dan menariknya , selain botol botol plastik minuman, banyak pelitup muka atau face mask pakai buang , dibuang tanpa rasa bersalah !

Menyedihkan sama sekali. Mengapa sikap begini masih wujud ? Apakah tahap kesedaran sivik kita masih ditahap rendah ? Apa perasaan mereka ketika membuang pelitup muka ini di tepi jalan ? Mengapa tidak disimpan dan buang di tempat yang disediakan ??

Ini baru tepi jalan. Tu yang pusat pusat riadah yang sehari dua ni penuh. Camana pulak eh ? Tepi pantai.. tepi sungai. Apakah ini bakal jadi masalah yang mereka tahu tapi buta hati. Pelitup muka kini adalah masalah buat kita semua. 

Apa kata kita sama sama kutip macam di Jepun ? Aku ada follow seorang kenalan yang juga rakyat Jepun. Dia seringkali post di Insta Story mengenai masalah sampah di tempat dia, Kyoto. Bagusnya ialah mereka punya sukarelawan yang mana setiap pagi akan mengutip sampah di jalanan ! Bukan sedikit yer. Putung rokok, bekas minuman..dibuang begitu saja ! Maka sebab itulah kita nampak, Jepun senantiasa bersih ! Bukan sebab rakyat mereka yang berdisiplin tapi sebab ada yang prihatin. 


Jika mereka boleh, kita pun boleh. Di negara kita pun ada tapi tak ramai yang buat. Ditambah lagi dengan keadaan sekarang . masing masing takut nak pegang sampah orang lain punya. 

Tolonglah simpan kemas face mask tu. Buang di tempat yang sepatutnya.










Jika semua ini berterusan , apakah yang bakal terjadi pada bumi yang bakal diwarisi anak cucu kita nanti ? Covid 19 bukan saja masalah besar buat kita tapi sikap kita yang takda kesedaran sivik ini juga satu penyakit merbahaya buat kita, dan bumi ini ! 

You May Also Like

1 comments