Vaksin atau taknak, sila jaga ahli keluarga !

by - Ahad, September 05, 2021

Sekolah bakal 'bersidang' tidak lama lagi. Tapi aku baca SOP yang viral di Whatsapp, memang nampak cantik la. Tapi persoalannya... mampukah murid murid ni ikut ? Dalam sekolah , ok la. Lepas sekolah camana pulak ? 

Jika mak ayah ambil.. takda masalah cuma bab SOP melibatkan ibu bapa je la untuk seminggu dua dibiasakan. Tapi yang balik sendiri ? Yang balik guna bas sekolah atau van sekolah ? Camana lak ? Tapi aku yakin akan ada SOP ketat untuk pengangkutan ni nanti. Tu kita tunggu je la. Mampu ikut atau tidak , terserah. Jika berlaku kecuaian, sendiri susah. Huhuh.. Moga dijauhkan.

Dengan kes berbelas ribu gini , jangan main main. Vaksin atau tidak, risiko untuk dijangkiti sangatlah tinggi. Aku tahu.. ada yang kata dulu kata kalau dah vaksin, takkan kena virus dah. Kita sedia maklum, virus ni dah bermutasi. Vaksin pula dicipta ketika awal awal tercetusnya virus. Jenis Alpha. Ok, aku malas nak berbahas bab ni. Aku lebih suka nak fokus pada SOP ! 



Pagi tadi.. malah semalam pun aku nampak situasi begini ! Kenapa dan bagaimana boleh berlaku ? Sekumpulan anak anak bawah umur berkumpul dan bergerak ke satu tempat. Samada berjalan kaki atau menaiki basikal. Bukan sorang dua tapi lebih dari tu ! Tidak ke diorang tau risiko yang bakal mereka bawa pulang ke rumah ??? Tak kesian ke kat mak ayah mereka ? Orang tua ini adalah golongan paling berisiko untuk kehilangan nyawa ! Tak kira la dah lengkap vaksin atau tidak. Jika mereka ada penyakit yang berisiko tinggi, AllahuAkhbar.. 

Dengan takda face mask.. takda penjarakan sosial. Aduh. Menakutkan sungguh situasi yang aku nampak tu.  Sudahlah mereka dari taman yang kes positif yang cukup tinggi ! Geleng kepala je la aku. Nak buat apa lagi ? Takkan nak gi tegur dan marah ? 

Bayangkan jika situas ini berlaku selepas sekolah ? Cikgu cikgu takda kuasa di luar sekolah. 


Mereka yang bersenam pula... aku cam sedikit tergaru kepala. Memang la tak perlu pakai pelitup muka atau face mask tapi mau paham , itu ketika bersenam. Bila berhenti dan nak bercakap dengan orang, sila patuhi kembali SOP. Pakai face mask dan jarakkan diri bila bercakap. 

Kita perlu tahu, jika orang tu pembawa dan jika dia bercakap atau terbatuk, virus yang dikeluarkan olehnya mampu bertahan lama di udara. Jika tiada udara atau angin membawa ke tempat lain , selamatlah.. Bayangkan jika tiada angin.. virus tu boleh terapung di situ untuk satu jangka masa sebelum jatuh ke tanah. Dan bayangkan jika kita lalu di laluan dia tu lak ! Aduh.. 

Sebab tu bila aku brisk walk pagi pagi.. aku akan elakkan orang lain. Bukanlah aku takut dijangkiti (takut la gak)  tapi aku pun nak elak orang lain dijangkiti andai kata aku ni juga pembawa tanpa simptom ! 


Nampak orang di depan.. maka kita jarakkan diri ! 

Bila selisih dengan orang tu, dia pun angkat tangan. Tanda terima kasih. Kita balas dan senyum. Tengok.. mudah je kan kita jaga kita !


Baru baru ni.. aku ada borak dengan kawan aku. Dia positif Covid 19 untuk kali kedua ! Katanya dia dapat dari hospital gak. Dia gi amik ubat je pun. Pakai double face mask, patuh SOP tapi tetap dijangkiti ! Camana tu ? Tu pun dia tahu selepas di MySejahtera ada tertera Kontak Rapat ! 3 hari lepas tu dia demam dan batuk. Kemudian , paras oksigen turun dan dia alami sakit dada. Cepat cepat dia ke klinik kesihatan untuk dapatkan rawatan. Di sana , pemeriksaan dilakukan. Dia dihantar terus ke hospital. Alhamdulillah, keadaan dia dah semakin pulih ! 

Hurm... ada lagi kisah terutama melibatkan yang tak ambil vaksin ni. Aku rasa aku tak boleh nak cerita la. Bukan hak aku. Nanti jadi salah faham. Apa pun pegangan korang .. tolong jaga kesihatan dan patuhi SOP dengan sebaik mungkin ! Jangan sesekali benarkan virus dekati anda dan masuk ke dalam tubuh badan anda ! 
 




You May Also Like

3 comments

  1. betul tu..saya lagi pening tengok mak ayah pergi bersenam bawa anak kcil. org plak agak ramai even jarak. habisnya anak2 pun persoal kenapa ada je budak yg kluar..tapi diorang tak boleh.

    BalasPadam
  2. Sudah lengkap vaksin atau memilih tidak menerima vaksin tetap mesti jaga diri. SOP jangan tolak ke tepi. Mungkin ada yang mengatakan sekarang orang lebih ikut SOP. patuh SOP melebihi patuh dan takut Tuhan, terserahlah tapi bukan ke Tuhan suruh dan pandang usaha kita. Patuh SOP tu salah satu daripada banayak usaha yang kita lakukan.

    BalasPadam
  3. Vaksin tu usaha..syifa sesungguhnya dari Allah..semoga kita semua dilindungi wabak. patuhi SOP

    BalasPadam