BEN ASHAARI



 

Hurmm.. melekat jer .. Walaupun mak dia ada , dia nak gak melekat ngan aku ..

Nak dijadikan cerita laa .. Petang tadi nak gi makan kat Umai Cafe , Presint 3 di Putrajaya .. Yeke 3 ? Tah .. tak ingat dan malas nak ingat..  heee…

Ok sambung.. Sampai kat sana , aku malas nak turun memandangkan wife nak tapau je. Aku lak nak dengar Bajet. Mana tau ada imbuhan untuk para blogger cam aku ni .. hahahaha.. Mimpi la ko !!

Tiba-tiba wife ketuk cermin. Dia dah turun tadi dengan Qhaliff.. Tapi tak bergerak jugak .. Aku tanya kenapa ?

Qhaliff tak nak jalan. Hahahah .. Dia nak aku ikut jugak ! Adehhhh .. Dia boleh baring atas jalan tuuu .. Adoiyai.. Aku keluar , dukung dia.. Terus melekap kedua dua kaki dia ! Serupa mau panjat pokok dia .. Alahaiii ..

Bila dalam keadaan gitu , cium berkali kali dia pon, dia tak kisah .. Terasa skit mak dia .. hahahah .. Ngan daddy je dia nak jalan ..

Photo

Lama tak gi gym.. nampak tua dah muka .. Kena gi gak ni … sbb bulan depan ada shooting untuk .. haaaa.. Nanti citer lain !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Aku , tak kisah bab subsidi gula ni haa.. Aku bukanlah pengemar gula ! Tapi nape bising sangat aku ni kat FB ? Hehehe .. Apakah makanan harian kita ni takde gula ?

Contoh laaa .. Milo dalam tin tu.. Takde gula ke ? Semata mata koko je ? Sat aku check ..

Tu diaa .. ada ! Apakah kenaikan harga gula nanti tidak memberi kesan pada milo yang menjadi kesayangan ramai anak kecil yang ingin membesar bagai johan ?

Bagaimana pula dengan susu formula ? Takde guna gula ke ? Walaupun jumlahnya kecil , namum itu bukan alasan untuk tidak menaikkan harga barang .. Kalau tak naik , ok la.. Kalau naik ???

Janganlah ingat gula putih yang dibeli dan dicampurkan minuman tu saja .. Air tin , air kotak .. Nak minum kat luar sesekali.. Tau tau secawan milo kosong pon dah buat keluarkan note rm1 , dua keping ! Walhal dulu … Hurmmm ..

Aku tak nak pertikaikan apa kerajaan buat tapi mereka yg kata “ ala gula je pun …” niii .. Jangan la pandang remeh.. Camana pulak dengan kawan kawan yang meniaga makan ? Bila semua pakat makan kat rumah je , diorang yang cari makan melalui bisnis makan ni ?

Nasi lemak yg aku beli hari hari pon , apakah terkesan jugak ? Mari kita tunggu ..

Aku kesian pada yang tak mampu .. Yang mampu , jangan angkuh ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Layankan ajaaaaa ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Lapar .. Gi dapur , selongkar kabinet. Ada maggie kari , ayam dan asam laksa ! Perghhh.. Terliur .. Tiba-tiba teringatkan dua  status Dato Sharifah Aini .. Hurmm .. Buah pinggang dan darah tinggi !

Aku ada penyakit darah tinggi tahap hypertension. Lama dah tak gi check doktor . Makan ubat pon tak .. Tapi alhamdulillah , aku takde dah macam dulu. Kerap sakit kepala atau stress..

Tak tau la camana leh hilang.Apa ubat aku amik pon aku tak ingat. Macam macam aku try .. hehehehe .. Alhamdulillah .. Tapi kalau aku tak jaga jaga , hurmmmm ..

Bukan apa , darah tinggi ni skang tak kenal usia Yang kena , kronik di usia muda dan .. selamat jalan … Warning dah kasi tapi degil. Tak nak jaga makan !

Bila teringat menda ni .. aku rasa , baik aku makan roti dan cicah dengan milo kosong je .. hahahaha .. Adehhhh …

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Ahaa… Aku tertanya tanya , apa itu LTE ?? LTE ialah singkatan dari Long Term Evolution yang juga dikenali dengan 4G LTE .. Ok, nak tau lebih lanjut , boleh google dan pasti akan jumpa mengenainya.

Seperti kita tau MAXIS  yang pertama yang lancarkan 4G LTE di Malaysia dan kini , MAXIS telah menawarkan 4G LTE Mobile Wifi di Malaysia ! Sesuatu yang telah lama ditunggu !

Dan , PERCUMA 4G LTE Mobile Wifi modem dengan plan RM88/bulan dan ke atas ! Ok , ada yang tak tau ..berapa lajukah 4G LTE ni ? Perbandingan antara 3G dan 4G ..

Amacam ? Tertarik ? Hehehe .. Buat mereka  yang macam aku , yang mana senantiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan menggunakan internet 24 jam tanpa henti  serta gemar mendownload , maka  dengan LTE Mobile Wifi modem ini amatlah bersesuaian dengan anda apatah lagi jika dikongsikan pada masa sama sehingga 10 orang pun (guna laptop , tablet  , handphone dan sebagainya ) , masih terasa kelancarannya !

Bagaimana jika berada di kawasan bukan liputan 4G LTE pulak ? Jangan risau.. anda masih boleh gunakan dengan liputan 3G ! Berbaloi la kan ?

Ok .. inilah rupa Mobile Wifi yang diceritakan. Mampu bertahan hingga 10 jam baterinya .

image

Berminat ? Jika anda ingin melanggannya buat pertama kali anda perlu bayar RM100 untuk  cas pengaktifan dan  RM240 advance payment, yg mana akan dipulangkan dalam bentuk rebate sebanyak RM20/sebulan selama 12 bulan dan kontraknya cumalah 12 bulan sahaja. Pejam celik pejam celik , selesai.

Jika anda pelanggan sedia ada  yang mana dah melebihi 6 bulan , anda juga boleh memiliki modem ini tapi perlulah membayar advance sebanyak RM340 ( akan dipotong melalui rebate sebanyak RM20/ sebulan , selama 12 bulan ) dan kontrak juga diperbaharui selama 12 bulan.

Jika tidak berminat dengan modem ini , anda juga perlu memilih modem yang tersedia bersama plan plan yang disenaraikan di Maxis.  Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke  MAXIS 4G LTE MiFi .

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Gitulah ceritanya …

Photo

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Peluang berbisnis !! Hehehe.. Jiran aku dah jadi saudagar cendawan yang berjaya ! Aku pun nak jugak laaaa .. Heheheh.. Aku try test pasarkan kat FB .. Tanya kawan kawan , berapa harganyaa …

Cendawan ni segar dari ladangnya sendiri kemudian dipesan jiran jiran termasuk aku. Aku hantu cendawan dari dulu.. Suka sup cendawan , cendawan goreng , nasi goreng cendawan … haaaa .. Bila ada peluang gini , pasninya jgn dilepaskan , kan ?

Makaa …. jawablah kawan-kawan ..

  • RM 2 ?
  • RM 5 ?
  • FREEE
  • RM 50 ?

Hurmmm … memain eh ? Tak jadi aku nak meniaga gini .. Kensel laaa jadi usahawan ! Terus je la jadi blogger seumur hidup ! Grr…

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Hurrmmm .. Pernah aku baca satu artikal berkenaan tekanan perasaan di Malaysia ni . Katanya pada masa akan datang , semakin ramai rakyat Malaysia akan mengalaminya !

Seriuss !! Tak perlu tunggu akan datang .. aku rasa sekarang ni pon makin ramai dah ! Dah ibarat macam jadi zombie dah skang ni .. Dalam waras , tetiba terus ilang kewarasan fikiran ! Apa dah jadi ? Apakah puncanya ?

Macam macam puncanya ! Aku amik diri aku sendiri dah la yer.. Dulu , bangun pagi .. gi kerja .. Redah jalan jammed.. Tak pun , berebut naik pengangkutan awam.

Sampai opis .. Buat kerja .. buat kerja dan buat kerja.. Layan karenah orang tak kira la satu pejabat atau pelanggan .. Pastu balik kerja .. Sampai rumah .. tidur , esok gi kerja ! Rutin begini , mmg buat kita tertekan ! Bosannnn !!

Ubah ! Kena ubah agar kehidupan lebih tenang .. Kalau tak ubah , maka makin lama makin teruk ! Contohnya , lawan cakap bos. Gaduh dengan teman sepejabat atau mula jadi kaki ponteng .. Paling teruk , mula berjinak dengan dadah atau rokok ! Hurmmm ..  Ada yang siap gi clubbing , minum arak utk legakan tekanan ..

Bagi yang tau apa nak buat seperti banyakkan aktiviti bersosial dengan masyarakat .. cam gi surau atau masjid bersolat berjemaah pada waktu lepas kerja  ( Maghrib / Isya ) , kuliah agama dan bersukan , pastinya masalah tekanan perasaan ni dapat dihindari. Di sana, pasti kita akan berbual , berbincang dengan teman andai punya masalah ..

Nak ulas , mmg panjang bab ni. Aku bukan nak tulis tesis atau cerpen .. Memadailah dengan mintak kita sama sama berfikir .. Apa tujuan utama kehidupan kita ni ?? Apakah kita nak rutin kehidupan kita , sama jer ?? Mari ubah ke arah yang lebih berfaedah dan lebih terisi dan paling penting , hati mau gembira !!

Contoh lain penyebab tekanan perasaan ? Aku rasa korang pon tau kan .. hurmmm …

“ Dua maut, dua cedera ditikam lelaki di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati

Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.

Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral. …. “

Hurmmmm …

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Qhaliff selsema lagi .. Wife mintak belikan kunyit dikala aku dok syok bantai berborak kat kedai mamak .. Gi tapau mee goreng kambing untuk malam.. heee ..

Sms dari wife berbunyi begini ..

“ Beli kunyit 50 sen bang. Nak letak kat hidung Qhaliff.. “

10 minit kemudian …

“ Aiii bang .. Terus keje kat restoran tu ke ? “

Opss .. aku terlepas pandang hp aku ni sbb syok sangat bercerita pasal gym .. hehe ..

Pastu terus aku gi ke kedai kat sebelah restoran tu .. Dan mencari kunyit.. Persoalan di benak aku .. Mana satu kunyit eh ?? Seperti ramai pembaca blog ni dah tau , aku mmg lemah tul dengan kunyit . Memang tak leh cam. Anak dara sebelah , boleh la cam. Tapi kunyit ni haaa .. adoiyai …

Amik gambar dan sms kat wife ..

“ Mana satu kunyit ni ? “

 

10 minit berdiri depan raga tu.. Takde respon .. Hurm.. Aku pilih je la .. Amik dua ketul dan bayar .. Pastu terus balik ..

“ Ni ke ? “ .. Aku bagi kat wife ..

Nasib baik tak yah gi dah .. hehehehe …

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Dah lama tak bawak dia keluar berjalan jalan .. Yelah , dengan cuaca tidak mengizinkan .. dengan faktor keselamatan yang mana baru baru ni kan raya ? Jadi kawasan ni lengang je.. tak berani la nak bawak jenjalan ..

Dan setelah 2 hari tinggalkan dia .. maka , hari ni .. bawak la dia berjalan jalan ke kedai .. hahaha .. Dah pandai mintak dahhh !! Aku tunjuk Twiggies ..

“ Naanakkkk .. naanakkkk … “ ..

Tak nak koooo .. Aku tunjuk roti tuuu.. baru dia nak ! Hurmmm … Memilih dah makan skang .. Kena jaga sikit diet dia .. Gula dan garam banyak dalam makanan gitu .. kan kan ?

Panjang rambut dia ? Perghhhh .. Camana laa nak gunting ??? Aku pegang gunting pon dia dah siap pegang tangan aku ! Tak kasi sentuh rambut diaaaaa .. Adoiiii !

Kena kasi lena sungguh sungguh baru boleh la kott gunting.. hurmm..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Penulisan santai yang nampak mudah seolah tiada infomasi di dalamnya ? Ahaa .. Blog aku la tuuu .. Ramai yang dah masuk , baca dan kata blog aku ni ‘takde apa apa ‘ ! Betul !! Aku tak nafikan .. Takde apa aku nak balahkan di sini ..

Baru-baru ni , aku dihubungi oleh PR sebuah agensi di Singapura dan berminat terhadap blog aku .. Ahaaaa.. Apakah itu ?

“ Hi Ben,

Greetings from Publicist PR!

Hope you are doing good and this email reaches you well. 
Pioneer Singapore would like to engage you to blog about its VSX-series AV receiver line-up, designed to support today’s connected lifestyle.

The new models are compatible with iOS and Android for easy access to music streaming options and improved control of features and functionality. Each receiver offers top quality audio and brings a variety of new features with the top of the line models boasting expanded high resolution audio file playback.

Pioneer will be providing you with the VSX-923-k model for your review. “.

image

Terkedu ? Sebab tu aku kata , jangan pandang remeh blog korang tu .. Kalau korang benar benar berminat dalam bidang penulisan blog ni , maka buat betul betul ..

Segalanya tak mustahil jika ada minat .. Dan paling penting , jangan putus asa .. Ini antara hadiah hasil penat lelah .. Berbaloi ? Korang bagitau aku je nanti , bila dah mengecapinya ..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Masa dapat tu , mmg cun laaa .. sayang sungguh nak pakaiiii .. Tapi bila dah pakai .. dah dilasakkannn .. maka , nampak laa calar sana sini .. Hurmm.. Dah tak sayang dah ..

Bila aku dah confirm menang .. heheh.. Itu handphone milik aku maka , kena la jaga kan ? Nak beli mahal … Dah tu kameranya lak mmg tiptop … rugi la dibuat sepak je dek Qhaliff..

Maka , aku gi cari baju dan screen protector untuk Nokia ni memandangkan mudah benar tercalar tapi sukar untuk retak ! Haaa.. Berbeza tuuu .. Tahan lasak gak woo..

Dan , aku berjaya jumpa.. Masa tanya kat butik Nokia , screen protector tu harganya RM80 ! Perghh.. tak leh blahhh .. Kat Low Yatt baru dapat RM20 jer.. ok la tu.. kualiti punya ..

Tambah dengan baju sbb mudah tergelincir body Nokia Lumia 925 ni.. nak grip kuat kuat , takut rosak lak.. hehe..  Terasa superman sat.. hehehe..

Jumpa gak.. RM23 jer .. Cantik gak.. macam macam warna dan gaya ada .. Aku amik yang ni.. Bila dah dipakaikan , tu diaa.. Jatuh cinta balik .. Tak jadi nak jual ! Heeee..

Photo: Nokia lumia 925

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Masa dapat tu , mmg cun laaa .. sayang sungguh nak pakaiiii .. Tapi bila dah pakai .. dah dilasakkannn .. maka , nampak laa calar sana sini .. Hurmm.. Dah tak sayang dah ..

Bila aku dah confirm menang .. heheh.. Itu handphone milik aku maka , kena la jaga kan ? Nak beli mahal … Dah tu kameranya lak mmg tiptop … rugi la dibuat sepak je dek Qhaliff..

Maka , aku gi cari baju dan screen protector untuk Nokia ni memandangkan mudah benar tercalar tapi sukar untuk retak ! Haaa.. Berbeza tuuu .. Tahan lasak gak woo..

Dan , aku berjaya jumpa.. Masa tanya kat butik Nokia , screen protector tu harganya RM80 ! Perghh.. tak leh blahhh .. Kat Low Yatt baru dapat RM20 jer.. ok la tu.. kualiti punya ..

Tambah dengan baju sbb mudah tergelincir body Nokia Lumia 925 ni.. nak grip kuat kuat , takut rosak lak.. hehe..  Terasa superman sat.. hehehe..

Jumpa gak.. RM23 jer .. Cantik gak.. macam macam warna dan gaya ada .. Aku amik yang ni.. Bila dah dipakaikan , tu diaa.. Jatuh cinta balik .. Tak jadi nak jual ! Heeee..

Photo: Nokia lumia 925

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Ginilah rupanya selepas berjaya mencalarkan Note 8.0 aku tuuuu .. Adehhh .. Tak cukup dengan calar , siap pijak lagi ! 12kg koooo .. dua dua kaki naik dan berada atas Samsung Note 8.0 aku tuuu.. Kental la pulak Samsung ni.. huhu ..

Kan semalam aku ke Low Yatt.. Selain beli screen protector untuk Nokia Lumia 925 aku tu , aku tukar sekali yang Note 8.0 ni .. Yelah , dah macam kena cakar dek Wolverine dah rupa skrin aku tu ..

Dan hari ni … Dah Qhaliff bantai buat garisan atas tu dgn gunakan kabel charger tu haaa  ! Adehhhh .. Kecik besar kecik besarrr aku tengok dia .. Dia tengok aku ? Terus ketuk aku dengan Note tu seolah nak sampaikan mesej ..

" Note ni lebih disayangi ke , wahai daddy ku ?? " ..

Nak je aku balas ..


" Dengan Note tu la daddy boleh beli lampin dan susu ko tiap minggu ! "..


Adeh.. anak oh anak ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Ada ke ? Hahaha .. Dah ada orang nak beli , tentu ada orang nak jual ! Heheheh ..

Teringat kisah dongeng dulu dulu.. Dongeng ke ? Kerana judi , kampung tergadai , tak silap aku .. Sat google , kot kot ada yang baik hati buat entri pasal tu ..

Haa.. ada .. Cerita Pak Kaduk .. Hehehe .. Ayamnya menang tapi kampungnya tergadai.. Ada korang ingat cerita tu ? Tak ingat ? Sila google .. Belajar belajar google dari banyak bertanya atau biarkan persoalan tu berlalu begitu saja .. Rugi.. Ilmu woo ..

Photo

Berkenaan dengan saudara kita yg nak beli kampung ni , aku pasti dia tengah hadapi tekanan .. Bukan gila atau tekanan perasaan tapi stress .. hehe .. Dengan cara gini , dia akan gelak sendirian dan tenang kembali.. Biasanya aku buat gini laa..

Er, kalau tak betul .. maaf la .. Kot mmg benar dia cari kampung untuk dibeli.. hehehe .. Gud luck noooo ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Ramai tanya .. mana dapat nasi lemak daun pisang ni ? Yelah kan , sekang ni nasi lemak letak dalam bungkusan yang takde daun pandan. Mana nak naik aromanya kan ? Hurmm ..

Photo

Yang aku beli ni kat Restoran Nija di Bandar Baru Salak Tinggi. Memang akan abis dengan cepat punya. Kena gi beli awal pagi lagi .. Hehehe..

Biasanya aku akan beli 4-5 bungkus … 3 untuk aku , wife dan Qhaliff .. sebungkus je .. huhu.. Memang boroi la pas ni .. heee.. Harga ? RM1.20 kot .. tak ingat .. lebih kurang gitu la …

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Semalam , sedang aku sedap makan bihun goreng yang adik aku beli .. tiba-tiba ada call masuk .. Aku pantas menjawabnya. Risau kot ada awek call nak bagi job.. hehehe .. Acah jeeee laaa ..

Tapi , mmg suara awek kat sebelah sana dengan suara agak dikawal agar nampak ala ala koperat dan bunyi latarbelakangnya serupa macam dalam bursa saham .. hehehe ..

Perempuan tu mula bercakap .. Dia sebut nama penuh aku. Kagum.. Mesti bukan pasal blog ni … Perempuan tu terus bercakap tanpa rasa bersalah .. Katanya aku terima 2 diskaun kad utk pengguna Touch N Go yg aktif . Dia tanya aku guna Master atau Visa kad tak ? Kalau guna , bank mana ? Aku jawab tak ..

Dia tanya  samada aku gunakan debit ? Aku jawab yer.. Bank mana ? Dia tanya..Aku jawab , Maybank .. Best part ni .. Dia bgtau aku ni.. Ini sekadar semakan yer .. Bila tarikh luput pada kad ye ?

Hahahaaha... Apa ingat aku bangang sangat ke ?? Jangan sesekali dedahkan butiran yg terdpt pada kad atm anda .. Seingat aku , segala butiran mmg penting. Tak kisah la 3 digit ke , 4 digit ker .. Mana yang diorang dah tau , biarkan.. Apa yang diorang tak tau , jgn kasi tau !!

Dan aku bgtau dia .. Aku tak perlukan diskaun kad.. Terima kasih.. Terus letak .. Malas nak berjimba jimba lagi dengan dia .. huhu .. Pastu aku terus update dalam FB .. Daaaaannn , tu diaaa… Ramai kawan kawan kongsikan pengalaman mereka !

Antaranya ..

  • bro , aku pun terkena pagi tadi , dia kata dari maybank , nak bg diskaun kad mcm u punya kes lah , aku jerit kuat TAK MINAT ! terus letak phone , pastu dia call lagi aku tak angkat haha
  • banyak sgt org nak menipu skrg...memula ckp lain...dah lama2 ckp lain...ader tu plak kata nak bg insurans percuma sbb i pki bonuslink...alih2 minta kad kredit la, itu la ini la....kata percuma tapi knape nak benda2 tu semua....x ker merepek tu
  • sy pnh gak.dia ngaku dr TM. Tp suara mcm bkn org msia.mcm pelat2 indon je. Sy mintak num ofis TM tergagap2 nk jwb. Pastu dia buat xendah tanye sy nama pe. Trus sy ckp "sy inspector Nor". Terus letak hp. Tau takot.haha.
  • Sy pnh kena tlk duit insuran bagai.. Huhu.. Tiap bulan msti potong duit akaun pdhal.xda sain aggment ke apa ke.. Tra hbby ckp xyh pakai la dh kd bnk tu. Biar kosong je.. Huhu
  • Abg ben...sy dh pernah terima panggilan ni....ms dia tny ada guna kad kredit x? Sy jawab "xder sbb sy x suka berhutang"....terus dia dia cepat2 matikan perbualan...
  • aku pernah terkena sama macam ni,. time tu aku sibuk kerja part time,. so aku sempat gak layan minah yang call aku pasal benda ni,. siap mintak 4 digit no,. aku pun bagi,.. apa yg berlaku selepas aku bagitau detail semua, duit dalam bank aku lesap sikit-sikit,. nasib ler aku checj maybank2u, ada transaksi setiap bulan bayar apa entah,.
  • Aku hari tu sempat tanya..nama & no ic pemanggil..terus je dia letak...dah tak selamat... kita guna satu je bank, bank lain boleh access kits punya maklumat...

 

Perghh.. banyak lagi kes gini kalau kita google .. Kenapa makin ramai penyangak dalam negara kita ni ? Dan kenapa mudah benar kita tertipu ??  Apakah kita yakin dengan sistem keselamatan dalam negara kita ? Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

“Sayur-sayur ini akan dikutip dari tong sampah di pasar borong untuk dijual di Pasar Harian Selayang, dan hasil pemantauan dan risikan yang dibuat, jarang ada orang perseorangan yang membelinya melainkan dari pihak kedai makan.".

Photo

Wow !!! Tapi tak hairan .. Bukan sekali dua aku dengar cerita mengenai kebersihan kedai makan ni .. Bukanlah semua tapi nak jumpa yang bersih tu , hurmmmmm ..

Tak caya ? Cuba tanya pada rakan rakan korang yang mana ada jadi penguatkuasa kebersihan atau inspektor kesihatan Kementerian .. Haa , macam macam laa korang akan dengar cerita .. Jangan pengsan sudah laaa..

Bila dah tau kebenarannya , berapa ramai antara kita sanggup tak nak makan kat luar.. Balik rumah , baru nak makan ? Hehehhee.. Aku rasa , ramai tak sanggup .. Tapi dalam tak sanggup tu , lebih baik berusaha cari kedai yang rasa rasanya lebih bersih dari kedai lain , kan ?

Entahlah.. zaman ni , semua nak untung walhal dia kerugian sangat sangat !

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Dah berusia 19 bulan anak aku ni.. Er , yeker ? Lahir bulan 4 .. sekarang bulan 10 .. 6 + 12 .. baru 18 bulan laa Ben !! Aiyoo.. Gagal matematik tambahan sungguh !

Heee.. Tak kisah la.. Janji sihat dan ingat tarikh lahir dia dah. Bukan apa , mak dia suka tanya bab bab tarikh ni.. Hehehe.. Ok ok .. jauh melalut..

Alhamdulillah. skang ni walaupun dia semakin lasak , dia dan boleh tau membezakan keadaan yang bahaya terutama bila nak turun katil , kawalan diri agar tidak tersungkur atau sebagainya.. Berkali gak aku perhatikan tindakaknnya bila aku biarkan dia kesorangan tetapi yang masih bahaya ialah , suka mengutip ! Grrr…

Part menyuruh pon dia dah paham. Aku suruh amik remote dan buang sampah , dia tau dah .. hehehe .. Cuma kalau ada rancangan kegemaran dia kat tv tu , hurmmm .. mmg kena tutup tv dulu .. heee ..

Pasni nak suruh tolong support aku masa workout. Hahaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

WP_20131021_092

Aku ada ajukan soalan pada rakan rakan di FB dan juga Instagram . Aku saja je tanya .. aku tau diorang tau sangat laa makanan tradisional kaum India ni ..

Bila baca satu satu jawapan , aku senyum.. Tiba tiba aku terkedu .. FISHBALL ?? Gulp… ada rupa Fishball ke ? Kalau dalam gambar , mungkin la kot .. hehehe ..

Aku tak salahkan dia. Ramai anak muda masakini kurang amik berat mengenai budaya kaum lain di Malaysia .. sbb apa ? Hurmmm .. Aku rasa satu sebab jer ! Sebabnya ?? Aku rasa kerajaan perlu lakukan seesuatu untuk elakkan rasa was was dalam hati rakyatnya dan tolong elakkan artikal artikal berbau perkauman ! Serius , aku benci giler !!

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

WP_20131021_070

Hahahah .. Chendol laaaa !! Beria laa semalam PR agensi advertising , Karen ajak gi cari Jendol selepas mendapat lampu hijau untuk berehat seketika. 

WP_20131021_099

Aku ngan blogger otai , Kak Kujie ( www.kujie2.com ) , puas laaa pikir apa laaa si Karen ni nakkk .. Kawan kita ni , dalam van lagi dah nak itu ini itu ini.. Tapi bila depan mata, sejemput je dia makan.. Adeh ..

Akhirnya segalanya terjawab sewaktu berada di Chowrasta Road.. Kat sini ada satu kedai chendol terkenal di Pulau Mutiara ni .. Dan , mmg sedap kooooo ! Nasib baik laaa aku dah kekenyangan nasi kandar .. kalau tak ???

Seperti yang dijangka , Karen bukan nak makan bermangkuk mangkuk pon. Sekadar nak rasaaaaaaa jer .. Adoiyai ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Terlalu banyak video video menarik di Youtube. Camana nak mendapatkannya untuk dijadikan koleksi tanpa perlu menontonnya secara online yang pastinya akan ‘makan’ bandwitch kita ? Hurmm ..

Ada banyak cara dan aku ada kongsikan di blog utk rakan rakan pembaca yang ingin mendownloadnya untuk anak anak kecilnya terutama video pembelajaran ABC dan sebagainya..

Dan pagi ni , aku tersenyum gembira. Bangga tu tak la tapi gembira dapat membantu mereka yang tak mahir dalam penggunaan internet ni , mendapat apa yang mereka inginkan ..

“ Terima kasih saudara kerana saya telah berjaya download you tube yg anak saya minta..first time saya berjaya downlaod berpandukan step2 yg saudara bagi..jazakaAllah. “.

Sekurangnya , aku berjaya gunakan blog ni ke arah kebaikan seperti mana yang aku harapkan. Nampak je macam mengarut kan ? Tapi sebenarnya , majoriti blogger dah baca apa kehendak penggguna internet ni .. kan kan ?  Bukan senang mau jadi blogger wooo ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Kalau jaga anak sendiri dari kecil hinggalah sekarang ni , pasti terasa begini ..

Photo

Alhamdulillah..  aku sampai KL kul 10 lebih malam tadi. Penat ? Tentu sekali .. Seronok sbb dapat kawan baru serta timba pengalaman hidup baru seperti .. er , tak pe la.. biar aku abadikan saja kenangan ‘ngeri’ tu .. hehehe ..

Sampai sampai je rumah , terus cari budak ni.. Dia tengah tidur . Bila aku cium je dia , terus terjaga dia .. Hehe.. terus mintak dukung .. Akhirnya , tak leh tidur dah dia hingga jam 2 lebih ! Hahaha.. Wife kena tidurkan dia .. dan aku , lenaaa dahhh.. Penat wooo ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Er... sampai sini, jd confius sat. Mana satu LINE CLEAR yang jadi sebutan? Yang ni panggil masuk dlm .. Yangsorang lagi kata ni la LINE CLEAR !! Ah , sudaahh... semua masuk dah dlm restoran Yasmeen ni ..dorg nk mkn kt LINE CLEAR..  Camana neh ?

Pakat berebut tarik pelanggan .. Ni laaa diaaaa .. Kalau takde org , jd gini. Bila ramai , pandanggg pon tidak ..Huhhhh ..

Mkn jeee mana manaa .. asal kenyang dan free , dah lerr.. heeheee..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

Satu perangai yg aku cukup benci sebenarnya. Aku tak merokok tp pernah la aku dpt rakan sebilik  hotel yg merokok tak henti henti .. Hurm , serupa tak jumpa rokok dah pastu !

Malam tadi , rakan sebilik yg baru aku kenal utk job yg mana kami disatukan dibawah satu tugas yg sama  pon merokok tapi dia lebih bersopan la. Mintak izin dan cuma sebatang je dia hisap dgn pantas.. Aku tak kisah pon walaupun aku kisah ..

Kadang kadang , kita kena peka sikit. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Hormat andai kita punya akal utk menilainya.Jangan sangka org senyum saja pada kita maka kita dah boleh lakukan apa saja yg kita suka. Jangan gitu ..

Ramai buat begini. Si bapa , si suami , rakan , teman hidup .. seolah olah tak kisah sungguh dgn nyawa org lain. Yg penting , paru-parunya perlu dibakar pada saat itu ..hurmm ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

Makan kat Restoran Kapitan .. Ahaaaa... Sedap beriani kambing dan ayam .. lalalalalala ...

Alhamdulillah .. esok lak makan ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Dlm perjalanan ke Pulau Pinang utk cover shooting projek Deepavali Petronas .. Utk legakan tekanan , makaaaaaaa ...

Terima kasih.. hahahahah...

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Perghh.. kalau duluuuuu , aku confirm peninggggg .. Skg ? Sekati korang lerrr .. tak larat che Ben nak bebel .. hahaaha..

Aku join lg ada laaa ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Kalau bukan kita sendiri sbg pelindung mereka , sapa lagi nak lindungi anak anak kecil ni ? Nak harapkan mereka yg dok kejar keuntungan duniawi tanpa amik endah baik buruk , jangan mimpi laa !

Ada sorg kawan cerita pada aku.. Dikisahkan di pejabatnya baru baru ni ada sorg officemate ni bawak anaknya ke pejabat atas sbb2 tertentu. Utk elakkan anak perempuannya yg berusia 8 tahun itu boring , dia pasang la citer KL Gengster dgn kuatnya..

Maka kawan yg dgr ni pon menegur la si kawan tu .. Maklumlah citer bukan citer yg sesuai ditonton kanak kanak pon tetapi dia kembali dismashnya ..

"Ni la dia.. tak sokong filem bangsa sendiri !! "..

Geleng kepala aku mendengar ceritanya.. Kot sokong pon berpada pada laaa .. Janganlah membuta tuli ! Best camana pun , pandang la jugak baik buruknya pada mereka yg disayangi ..

Hampeh gile spesis gini ! Apa yang dia pikir ? Sokong produk tempatan dengan ketepikan keluarga sendiri ?? Apa punya pemikiran la gini !! 

Tolong fikirkan baik buruk sebelum malukan diri sendiri ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Waaaa .. Daddy kena keje kerasss la pasniiii .. Adehh ibu dah bersuara nak suruh antar Qhaliff ke sini memandangkan diorang nak bukak cawangan di tempat tinggal aku ni ..

Tapi aku cam tamo je lepaskan dia skang ni.. Kesian pulak kat dia. Yelah awal awal lagi dah antar ‘sekolah’ tapi demi masa depan dia , kena la gak kan .. Sayang la.. otak sedang serap apa saja .. Jadi , kasi yang baik baik untuknya ..

Photo

Tapiiii .. menurut rakan di FB , The Little Caliphs ni terima 4-6 tahun je. Bawah tu , tak leh lagi.. Ahaaa.. boleh la aku bukak taska aku sendiri .. khas untuk bawah 4 tahun ! Antara pelajaran yang akan aku terapkan ialah , camana nak jadi blogger yang berjaya ! Perghhhh .. Confirm ramai nak punya.. Yuran pendaftaran , RM1500 pastu bulan bulan RM3000 .. Amacam ? Laku tak ??

Gilo.. nak jaga sorang pon pening .. ada hati nak jaga anak orang.. huhu .. Jaga Qhaliff dan adik dia je la nanti .. Tu pon tak tau la untung nasib aku nanti .. Apakah aku akan dibuli mereka nanti ? Tunggu saja tahun depan. Masih jauh lagi …

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Baru 3 bulan usia kandungan tp masa bergerak pantas.. Tau tau dah tiba masanyaaa .. tgk Qhaliff dah la ., Rasa seperti semalam je tau mrrangkak walhal hari ni dah pandai ajak wrestling !!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Nak tgk video ni , gi ke imstagram aku.. cari 'ben_ashaari' .. Jangan tanya kenapa dan mengapa dia buat gitu .. Automatik !!

Merajuk pon dah buat gitu dah diaaa ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Photo

Alhamdulillah .. Selesai segala masalah hari ni .. Bukan semua tapi ada la segelintir yang buat aku pening kepala .. Dan diselesaikan walaupun belum selesai sepenuhnya ..

Bila mood tak bagus , bagi la apa makanan sekali pun , pasti terasa tidak enak. Begitu juga mee rebus yang aku makan di Killiney Kopitiam ni .. Nampak hebat dalam gambar tapi bila makan , tawar benar !

Apakah tawar dan tak sedap ? Sebenarnya , sedap je pon cuma aku je yang mood ke laut . Fikiran entah ke mana .. nafsu makan pon takde . Makan sekadar untuk kenyang .. Hurmm .. Hasilnya , mmg perut kenyang tapi rasa tiada ..

Mood begini , jangan buat review makanan ! Kesian tokey kedai .. hehehe. Dan kesian gak kat staff situ. Tak tinggal tips untuk diorang walaupun cemerlang buat kerja.. heee… sori ya paakk ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Pasni nak buat style ibu je laa .. Muka daddy takyah letak dah dlm blog atau mana mana pon .. Merajuk daahhh..

Aahhhh..tak kiraaaaa...

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Ni la jadinya bila g gym dlm keadaan tak bersedia ..Dgn seluar jeans , baju selekeh , mood takde .. Hasilnya , peluh setitik dua dan penat je dpt .

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Padahal boleh dapat duit !! Memula aku tak tau semua ni tetapi setelah bertahun dalam bidang ni , baru aku tau .. apa yang kita tulis itu patut dibayar !

Bayangkan yer , nak buat blog mmg senang gile laa.. Sapa sapa boleh ! Tapi nak cerita apa ? Kalau dah mula bercerita , ada ke orang nak baca ? Ler .. satu hal pulak tu kan ?

Maka mulalah promosikan blog. Gi laaa promote dalam page sana sini , kat kengkawan .. kena kutuk , kena perli.. kena sindir ! Semangat jatuh , pastu bangkit semula setelah dapat sokongan kawan kawan lain.. Dan kembali promote blog tu di mana mana saja laman sosial !

Bila dah ada trafik atau pembaca , maka ada la yang mula berminat dengan blog kita tu.. Dan mula mintak tolong promotekan produk ,bisnis atau panggil ke majlis majlis tertentu ..

Satu soalan .. Apakah segala usaha untuk menaikkan blog tu , tak perlu dibayar ? Atau memadaikah dengan sekadar diberi makan , penginapan dan hiburan lalu diminta buat kerja walhal blogger juga patut dibayar ! Yerlah , anda perlukan idea , kreativiti , serta usaha untuk menulis dengan baik dalam blog ! Maklumlah , pasti mereka akan pesan tulis yang baik baik je .. kan ?

Hurm.. melainkan , anda buat blog hari ni , esok plan nak tutup dah atau anda ada kerja tetap dan berblog sekadar suka suka .. maka tu tak leh nak kata apa dah ..

Satu soalan buat mereka yang suka amik blogger tanpa bayaran ni .. Apakah tujuan anda itu tercapai ? Dan blogger , apakah memadai dgn sekadar glamer saja ? Sampai bila ? Bila ‘mereka’ tahu blogger sanggup buat keje secara percuma , maka blogger tiada lagi harga dan akhirnya … ramai blogger berbakat akan terkubur ..

Aku ? Selagi ada internet , selagi itu aku akan berjuang. Kerana aku tau kemampuan aku .. 

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes