Perlukah kita dan keluarga kita ada insurans ?

by - Isnin, Julai 02, 2012

 

Hurm .. Dulu , bagi aku insuran ni membazir jer .. Bayar tiap tiap bulan tapi takde apa apa pon .. Bertahun aku bayar tapi , apa pon tarak .. Untung ? Kalau amik sekali ngan simpanan , untung la ..dapat bonus atau dividen .. tapi kalau amik sekadar perlindungan ?

Selepas aku kawin , bertahun berikutnya baru aku nampak kepentingannya lebih lebih lagi bila aku nampak anak buah aku dok keluar masuk hospital kerana sakit .. Hurmm ..

Aku terfikir waktu tu .. Dengan keadaan hospital kerajaan  yang amat jarang nak dapat layanan yang baik jadi hospital swasta adalah menjadi keutamaan aku andai aku sakit teruk nanti.. Ini berdasarkan pengalaman aku ikut ayah ke hospital untuk check kencing manis serta darah tingginya. Memang tensen wooo … Waktu tu laa ..

Ditambah lagi dengan pelbagai jenis penyakit yang mula muncul ( lama dah pon sebenarnya tapi kurang ilmu mengenaninya ) , maka aku dan wife amik keputusan untuk amik insurans ..

Dan ternyata , keputusan kitorang tu amatlah berbaloi .. Kenapa ? Itu korang leh baca pada entri aku yang lepas ..

Berbaloi jugak rupanya amik insuran ni ..

Adoii...

Terkejut siut !!

Kenapa aku amik insurans ? SINGGAH 2

Dan , bila aku terbaca kisah seorang rakan blogger yang mana dia meluahkan perasaannya mengenai insuran ni , aku rasa lega sangat kerana tindakan aku skang ni betul apatah lagi aku baru saja amik untuk Qhaliff ..termasuk simpanannya sekali ..

Rakan blogger yang aku maksudkan ni , menceritakan kisah peribadinya bersama 3 orang anak OKUnya. Memang sayu dan pilu aku membacanya . Aku pandang Qhaliff setiap kali aku berenti dan usap dahinya… Hurmm ..

Aku tak mungkin setabah akak SITI tu .. sangat respek dengan ketabahan serta kesabarannya .. Semoga Allah terus berikannya kesabaran dan murahkan rezeki keluarganya .. Jom baca blog akak SITI .. http://suarahatidanceritaku.blogspot.com/

You May Also Like

10 comments

  1. sangat2 perlu.. mana kita tahu apa yang bakal terjadi kan..

    BalasPadam
  2. Bagi saya sangat² perlu. Tanya pulak.. kenapa kereta yang kita beli tu ada insurance kan? Yg mana lebih kita sayang.. diri kita dan keluarga atau kereta kita sahaja..

    BalasPadam
  3. Tengok atas kemmpuan kita yer abg ben :) kalau ade duit lebih eloklah ade :)

    BalasPadam
  4. perlu sangat..lebih2 lagi untuk anak2..

    BalasPadam
  5. Sangat sangat perlu.. untuk masa depan kita..

    BalasPadam
  6. saya ade kad insurans, tpi dengan ayah lah..hehehe..

    BalasPadam
  7. Terima Kasih Ben..sudi baca blog akak yg tunggang terbalik tu..

    Sekadar berkongsi maklumat melalui pengalaman sebenar..

    Tahniah!! sebab ambil insurans kesihatan utk keluarga...Selama ni kita bayar insurans kereta tak pernah minta wang dikembalikan..Tapi knp kita selalu berkira utk keluarga kita..Betul tak??

    BalasPadam
  8. insurans sangat perlu!!! lebih2 lagi insurans kesihatan...! :)

    BalasPadam
  9. Thanks Ben for the info. Saya salah sorang agent insuran, yg saya nampak , ramai lagi orang kat luar sana x sedar macam mana pentingnya insuran.

    Ramai pulak yang anggap dia dah ada insuran sedangkan dia cuma ada PA insuran yg cover untuk kemalangan je. Ramai yang tak tau.

    Pada kawan2 yg nak more info pasal insuran atau ada masalah dan ragu2 pasal insuran, boleh whatsapp/sms saya. Saya akan buat yang termampu untuk bantu. x ada caj apa2, tak payah bayar. saya cuma nak tolong.

    Ahmad Munsif Amin
    013-2425430

    Thanks again Ben.

    BalasPadam