Khamis, 23 Mac 2017

Dua jam bersama Harith Iskander...

Teringat pengalaman pertama aku bersama artis terkenal pada tahun 2011 yang melonjakkan nama aku sebagai blogger.. Meh baca Sepetang Bersama Heliza Helmi. Manis giler dia masa tu.. Aumm... hehehehe..
Tapi apa yang berlaku pada hari ini , impian menjadi kenyataan. Aku memang teringin nak muncul dalam iklan bersama selebriti terkenal di tanah air tapi bukanlah sebagai pak pacak.. Hahahaha.. sekurangnya ada la dialog walaupun sepatah perkataan.. 
Pada awal aku ditawarkan job Ambi Pur ni , aku sangat sangat teruja. Macam tak percaya lak. Seperti aku ditawarkan ke Paris untuk ke kilang AirBus untuk membawa pulang kapal terbang baru ! Fuh.. Satu pengalaman yang tidak boleh dibeli. Naik kapal terbang besar..baru..tanpa ada penumpang lain ! 
Opss.. terlari tajuk.. Ok ok.. Kenapa aku teruja ? Aku ditawarkan berlakon disisi yang baru saja menang gelaran individu terlucu di dunia 2016.. hehehe... sapa lagi kalau bukan Harith Iskander...kan kan ? Kenal kan ? Haaa.. Aku memang layan lawak dia lama dah.. memang pedih dan sinis. Suka lawak gini dari lawak terjerit jerit atau dok melucah tak tentu hala.. 
Hari demi hari .. tiba masanya. Aku tetiba cuak ! Aku nak tarik diri. Tapi apakah alasan aku ? Hurm.. aku rasa cam akan buat dia marah jer ngan aku sebab aku jenis tak mudah dapat hafal skrip atau dialog. Dari dulu sampai sekarang.. huhu.. mesti dia akan tension ngan aku punya.. Tapi bak kata orang.. tak cuba tak tau kan ! 
Aku dimaklumkan lokasi dan masa. Dup dap..dup dapp ! Kawan kawan blogger beri kata kata peransang..di Facebook , beri semangat dan bangga dengan apa yang aku capai. Tapi aku tak rasa apa apa dah ! Rasa sakit perut lagi ada laa... 
Khamis.. 23/3/2017 , jam 7.40 pagi.. dari Sepang , aku ke Damansara. Nasib baik tak jammed. Tapi yang membimbangkan aku ialah.. batuk aku ! Risau menganggu masa rakaman nanti! Aku minum air suam banyak banyak. Dah nak terkencing lak ! Hahahaha.. 
Aku sampai ke lokasi jam 9 pagi. Awal setengah jam. Aku lepak dan berbalas whatsapp dan juga email. Tiba tiba banyak job masuk. Rezeki.. Alhamdulillah..  Dan 9.30... aku diminta jumpa pengarah ..tuan direktor ! Hehehe.. Aku diberi taklimat ringkas. 
" WHATTT???? ENGLISHH ??? Huk Alohhhhh.... Berkurun dah aku tak bercakap english.. Dulu masa kerja di Kementerian Pelancongan , memang makan aku la hari hari borak dalam english walaupun tunggang langgang ! Salahkan diri sendiri sapa suruh tak belajar rajin rajin masa sekolah dulu.. hahahaa.. 
Tetiba terbayangkan filem P.Ramlee.. huhu. Lain suruh buat, lain dia buat ! Tak pasal pasal tuan direktor masuk hospital ! 
Tak pe.. aku cubaa... hafal dialog.. Dan dapat hafal. Tapi bila keluar dari kereta , terus lupa dialog tu ! Hahahahaha... masak aku ! Aku redha je laa.. Jam 11 pagi , masa untuk rakaman.. Tapi sebelum tu , aku diperkenalkan dengan Harith Iskander. Berpeluh ketiak aku jap masa tu. Segan laa wehhh ! Dia bukan sebarangan orang walaupun takda 'Datuk' lagi depan.. hehehe..
Dia nak sarapan pagi.. Aku ajak selfie. Dia ok jer ! Memang terbaik laa dia ! 10 minit pertama , dia dah berjaya membuang rasa cuak aku. Aku rasa dia pun perasan... hahahaha.. Dia tenang jer. Memang 'makanan' dia semua ni ! 
Dan tiba masa untuk rakaman. Aku dah tenang.. tapi dialog semua dah lupa ! Mampus aku.. Huhuhu. Masuk je dalam kereta... terus dia cakap kat aku. Aku tercengang.. 
" Er , direktor kata dalam english.. ". Kata aku. Dia kata tak pe.. kita campur campur jer. Respek la mamat ni ! Walaupun english dia berabuk tapi dia tetap utamakan bahasa kebangsaan ! Borak ngan aku pun dalam bahasa melayu. Patut la dia dihormati dikalangan rakan artis.. dia seorang yang sangat low profile. 
Sejam bersama dengan dia.. aku dah macam kenal dia bertahun. Sangat peramah. Tak sombong walaupun dah bertaraf dunia.. dan masa rakaman tu , dia sangat sangat membantu aku. Dia gunakan dialog tu sebagai point untuk bercakap jer.. Ditambah dengan wangian Ambi Pur di dalam Grab kereta BMW tu , aku terasa perjalanan rakaman tadi sangat best.. satu pengalaman yang sangat manis ! Tak bayar pon tak peee laa... tapi diorang bayar ! Hehehehe...
Sebelum berpisah.. aku sempat hulurkan kad aku. Dan bagusnya Harith Iskander ni , dia tak sekadar amik dan simpan. Dia amik nombor telefon aku dan terus whatsapp aku. Tak sampai 10 minit , aku dah buat satu projek dengan dia !

  • Wowwwww !  Terima kasih Ambi Pur dan Grab Car .kerana memilih aku sebagai salah seorang influencer untuk iklan mereka kali ni.. 

16 komen :

Afiq Halid berkata... [Reply to comment]

Tahniah. Keep it up. Nak amik berkat komen kat sini. Mana tahu Ada rezeki masa akan dtg. Hewhewhew

Umminani berkata... [Reply to comment]

tahniah abg ben. semogalepas ni ada lagi job 2 hebat

YB Shehan berkata... [Reply to comment]

Wow.. respek ah dgn harith.. thniah aben.. nt share vid ye

PeRdU cINta berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah..resamnya seperti padi..semakin menunduk bila semakin berisi..moga terus success abg Ben untuk peribadi mahupun untuk KBBA..ameen.

qaseh dalia berkata... [Reply to comment]

Tahniah abg ben .. wah nak sign Kikiki

firzz duka berkata... [Reply to comment]

Tetiba saya rasa saya adalah aben...hahahaha

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Teruja baca pengalaman ben ni, bestnyaaa dpt luangkan masa dengan Harith Iskander tuuu!

Mrs Fuzy sweetsourՆĕγʀǟ berkata... [Reply to comment]

terbaik Ben...akk yg baca ni pulak teruja lebih..hehe

Mieza S berkata... [Reply to comment]

wah bestnya. pengalman yang sgt berharga

Nurfaezah Abdullah berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah rezeki bro ben

Leen Pingu berkata... [Reply to comment]

wwooowww.... ai is so cemburu... hahaha
neway, tahniah ben.. keep it up. proud of u :D

Yana MIB berkata... [Reply to comment]

tahniahh bang ben! lupa nk soh kim slm dgn harith...minattt sgt tgk dia wat stand up comedy... :)

Emarieys berkata... [Reply to comment]

Tahniah bro Ben...semoga sentiasa dilimpahi rezeki

Shiqeen Sattar berkata... [Reply to comment]

Awesome! Masing2 terbaik drpd bidang masing2!

Sue Izza berkata... [Reply to comment]

orang lama ni,suka tengok dia dari zaman dengan arwah din beramboi lagi,lawak best ada isi.

IK Tia berkata... [Reply to comment]

nak menyinggah jap.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI